top of page

ZALILA

  • Writer: Unit Media
    Unit Media
  • May 20, 2018
  • 3 min read

Updated: May 22, 2018



ZALILA ATIFAH BINTI SAHNI

IIO170034

KUMPULAN JALINAN MASYARAKAT 1


Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada kami untuk melaksanakan

program jalinan masyarakat di SAM Tinggi Sultan Hishamuddin, Kampung Jawa Klang dengan

bertemakan ‘Seize Your Success!’ selama dua hari satu malam pada 14- 15 April 2018.

Alhamdulillah program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya hasil kerjasama semua

pihak.


FASA PERANCANGAN (SEBELUM)

Sebelum program jalinan masyarakat ini dilaksanakan, saya telah ditugaskan untuk berkhidmat

dalam Biro Protokol dan Tempat. Dalam biro ini, hanya terdapat ketua dan timbalan biro sahaja

dan biro kami bekerjasama dengan Biro Pengisian dan Modul supaya lebih mudah untuk kami

berurusan dan melakukan persiapan kerja kerana tugas-tugas kami saling berkait yang

memerlukan kerjasama antara satu sama lain. Sepanjang fasa ini, kami telah membuat

perancangan awal untuk menentukan tempat program, tarikh program yang sesuai dengan masa

semua pihak, merancang tentatif program, memilih lagu tema yang sesuai, tema program, skop

kerja setiap biro, masterplan dan sebagainya. Kami juga berjumpa dan berhubung dengan

penyelia program kami iaitu Dr Ahmad bin Yussuf dan Dr Mohamad Azrien bin Mohamed

Adnan untuk memantau proses persiapan yang kami lakukan untuk program ini. Selain itu, kami

telah melawat sekolah SAMTISH untuk mendapat kelulusan daripada pihak sekolah untuk

melakukan program ini di sekolah mereka dan membentangkan serba sedikit tentang kertas kerja

program ini kepada pihak sekolah. Pada mulanya kedatangan kami di sekolah tersebut disambut

oleh Penolong Kanan 1 Encik Mazlan b. Abd Manan dan mendapat kelulusan daripadanya untuk

melaksanakan program ini. Namun demikian,kami sebenarnya berurusan dengan pihak yang

salah. Hal ini kerana, sepatutnya kami perlu berjumpa dengan PK HEM sekolah tersebut dahulu

iaitu Pn. Madihah bt. Adnan kerana apa-apa program yang dibuat melibatkan pelajar di sekolah

tersebut dikelolakan oleh beliau kerana beliau menjaga hal ehwal murid di sekolah tersebut. Oleh

yang demikian, kami membuat lawatan kali kedua ke sekolah tersebut untuk berjumpa dengan

Pn. Madiha dan membentangkan kertas kerja program ini untuk kedua kalinya. Alhamdulillah,

sepanjang proses ini, saya belajar erti kesabaran dalam menunggu respon dari pihak sekolah

mengenai tarikh yang sesuai dari pihak mereka untuk melaksanakan program jalinan masyarakat

ini dan maklumat-maklumat penting yang kami perlukan seperti bilangan pelajar yang menjadi

sasaran, adakah terdapat program lain yang diadakan ketika itu, tempat yang boleh digunakan

untuk melaksanakan program dan sebagainya. Saya juga belajar untuk lebih teliti dan berhati-

hati dalam mengendalikan urusan program seperti ini terutamanya ketika berhadapan dengan

pihak tertinggi di sekolah agar tidak melakukan kesilapan yang sama pada masa akan datang.


FASA SEMASA

Semasa program ini dijalankan, sebagai Biro Protokol dan Tempat, sudah menjadi

tanggungjawab saya dan ketua biro untuk memastikan kelancaran program pada hari kejadian

mengikut masa dan akiviti yang terdapat dalam tentatif program. Sepanjang program ini

dijalankan, segala penat lelah kami melakukan persiapan programini diganti dengan keseronokan

sepanjang program. Pelajar di SAMTISH memberi kerjasama yang baik dan bersemangat

melakukan aktiviti-aktiviti yang kami jalankan. Namun demikian, terdapat juga kelewatan masa

pada slot tertentu atas masalah yang tidak dapat dielakkan seperti slot motivasi yang sepatutnya

dijalankan pada pukul 11 pagi mengalami kelewatan kerana penceramah yang sepatutnya datang

iaitu saudari Noor Aisyah bt Ibrahim selaku alumni SMPI mengalami masalah kerosakan pada

tayar keretanya. Namun demikian, perkara ini dapat diatasi apabila beliau diganti oleh En.

Zamril Anwar bin Shaibon. Hal ini, mengajar saya untuk berfikir lebih ke hadapan dalam

menghadapi cabaran yang mungkin akan datang daripada berbagai rupa dengan merancang

rancangan B dan C atau lebih lagi supaya lebih bersedia untuk memastikan kelancaran program.


FASA SELEPAS

Selepas program ini dilaksanakan, saya berasa amat puas hati kerana dapat menjalankan

tanggungjawab saya dalam Biro Protokol dan Tempat dengan bantuan ketua biro dan kerjasama

daripada Unit Pengisian dan Modul . Pada hari terakhir kami di SAMTISH, saya berasa amat

sedih kerana terpaksa meninggalkan pelajar-pelajar di sekolah itu yang begitu rapat, baik dan

riang. Dalam pada itu, saya berasa sangat gembira kerana berjaya melibatkan diri dalam

menjayakan program ini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan memberi peluang kepada saya untuk

memberi khidmat kepada masyarakat. Program ini juga dapat memupuk sikap tanggungjawab

dalam diri untuk menyiapkan tugas saya pada masa yang ditetapkan dan teliti dalam melakukan

tugasan untuk mengelak kesilapan berlaku dalam memastikan kelancaran program yang

dijalankan. Namun saya bersyukur kerana mendapat peluang mengurus program ini kerana ianya

satu proses belajar bagi saya untuk mendapat ilmu-ilmu baru dan berguna untuk masa-masa akan

datang di samping meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri. Akhir sekali, saya tidak

menyesal melibatkan diri dalam program ini kerana saya dapat menikmati kepuasan melihat

kejayaan kami sebagai satu kumpulan dalam memberi impak yang positif kepada pelajar

Tingkatan 2 di SAMTISH. Semoga mereka menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat serta

berguna kepada masyarakat pada masa akan datang. Dengan ini, saya berasa bersyukur dan

berterima kasih atas kerjasama dan bantuan yang sangat tidak terkira daripada SAM Tinggi

Sultan Hishamuddin, Kampung Jawa Klang dalam menjayakan Program Jalinan Masyarakat ini.

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page