top of page

AFIFAH

  • Writer: Unit Media
    Unit Media
  • May 22, 2018
  • 2 min read


AFIFAH NAJWA BT BAIDAWI

IIN170002

KUMPULAN SATU.


Pada 14 – 15 April 2018 yang lalu, kami, pelajar tahun 1 Sarjana Muda Pendidikan Islam

(SMPI) pengkhususan Pengajian Quran dari Universiti Malaya (UM) telah mengadakan program

Jalinan Masyarakat Kumpula : “Seize Your Success”, bertempat di Sekolah Agama Menengah

Tinggi Sultan Hisamuddin (SAMTSH), Selangor. Melalui program ini, terdapat banyak manfaat

yang telah saya peroleh, di samping beberapa kelemahan yang perlu diatasi.


(Fasa Permulaan)

Bermula dengan fasa perancangan iaitu fasa permulaan, kami telah dibahagikan kepada

beberapa pecahan unit dan saya diberikan amanah untuk menjadi ahli daripada Unit Pengisian.

Sungguh, kerja dan tanggungjawab yang perlu dijalankan oleh Unit Pengisian sangat besar. Bagi

saya, satu kesilapan yang ketara apabila unit kami tidak diberikan ajk untuk membantu gerak kerja

kami. Perkara ini sedikit sebanyak agak membantutkan perjalanan perancangan aktiviti yang ingin

kami jalankan. Namun begitu, gerak kerja tetap berjalan dengan baik meskipun menghadapi

pelbagai cabaran dan dugaan dengan bantuan yang diberikan oleh setiap ahli.

Selain itu, saya akui persefahaman antara ketua dan penolong amat diperlukan untuk

memastikan perancangan dapat dilakukan dengan baik. Jika terdapat kekurangan mahupun

cadangan ketua dan penolong seharusnya melakukan perbincangan terlebih dalam sebesar-besar

hal mahupun sekecil-kecil perkara. Persefahaman antara ketua dan penolong amat penting dan

memberi kesan kepada perjalanan program. Walaupun begitu, pada akhirnya kami telah mendapat

kata sepakat cadangan dan idea terakhir bagi aktiviti yang kami jalankan semasa program

berlangsung.


(Fasa Semasa)

Seterusnya, beralih pula kepada fasa semasa iaitu keadaan ketika program berlangsung.

Pada awalnya, perjalanan program berjalan dengan baik namun berlaku sedikit salah faham ketika

aktiviti Explorace dijalankan. Rentetan daripada makluman yang tidak lengkap daripada sebelum

ini agak menganggu gerak kerja. Saya juga bersa sedikit kecewa kerana terdapat beberapa ahli

yang tidak menjalankan kerja yang telah dibahagikan. Meskipun begitu, kelompongan yang

wujud ini dapat ditutup dengan baik daripada bantuan-bantuan yang diberikan oleh ahli yang lain.

Oleh itu, saya amat berharap agar selepas ini jika ada program yang perlu dijalankan, ikutilah

seperti yang telah dirancang. Jika terdapat pembaharuan yang berlaku, maklumkanlah pada orang

yang berkaitan supaya tidak berlaku salah faham yang akhirnya akan memburukkan lagi keadaan.


(Fasa Terakhir)

Bagi fasa yang terakhir, saya amat berpuas hati kerana setiap unit bertungkus lumus

membantu untuk memberikan layanan yang terbaik buat pihak sekolah dan tetamu yang hadir.

Pelajar juga kelihatan begitu ceria dengan aktiviti yang kami jalankan. Setiap ahli memberi

kerjasama yang baik sehingga posmortem berjalan. Tiada isu yang perlu dibangkitkan kerana

perjalanan bagi fasa ini berjalan dengan baik sekali.

Akhir kata, saya ingin memohon kemaafan jika kata-kata dan refleksi yang dikeluarkan ini

agak kasar atau kurang menyenangkan. Tidak lain tidak bukan, apa yang saya harapkan hanyalah

supaya jika ada lagi program yang perlu dijalankan selepas ini dapat dijalankan dengan baik.

Bahkan dapat memperbaiki mutu kerja yang diberikan. Jutaan terima kasih saya ucapkan buat

rakan-rakan daripada Jalinan Masyarakat Kumpulan Satu diatas pengalaman dan memori yang

telah dicipta bersama. Jika tiada yang pahit, tiadalah manisnya. Kekurangan yang kita miliki

sebenarnya adalah satu kekuatan yang dapat membina kesatuan hati yang saling membantu dan

melengkapkan. Saya mohon maaf diatas segala kekurangan dan kelemahan yang ada dalam diri

ini sepanjang program ini berlangsung. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam

menjayakan program ini secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga Allah membalas jasa

kalian dengan berlipat kali ganda kebaikan. Sekian, terima kasih.

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page