
![]() | ![]() | ![]() |
---|---|---|
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
KUMPULAN 1
Kumpulan 1 Jalinan masyarakat SMPI kali ini telah berjaya merangka dan menjalankan program motivasi yang melibatkan pelajar tingkatan 2 seramai 90 orang lelaki dan perempuan di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin atau lebih kita kenali sebagai SAMTISH. Program yang bertajuk Seize Your Success! ini adalah bertujuan ke arah melahirkan produk universiti yang lebih mesra masyarakat. Program ini telah dilaksanakan pada 14 April hingga 15 April 2018 yang lalu.
Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin ( معهد السلطان حسام الدين الديني الإسلامي العالي ) atau nama ringkasnya SAMTSH, merupakan sebuah sekolah agama menengah tinggi (SAMT) yang terletak di Jalan Kota Raja, Kampung Jawa, Klang, Selangor dan juga diiktiraf sebagai sekolah kluster kecemerlangan. SAMTSH juga dikenali sebagai Sekolah Hisamuddin Kampung Jawa dalam kalangan penduduk Klang. .Haaa, bukan calang-calang sekolah yang kita pilih ni kan?. Inilah cabaran buat mahasiswa kita dalam menimba lebih pengalaman dalam mendekati masyarakat.
InshaAllah dalam blog ini kita akan mengikuti perjalanan yang menarik mahasiswa kita dalam melaksanakan program ini. JOM!