top of page

AYU

  • Writer: Unit Media
    Unit Media
  • May 20, 2018
  • 2 min read

Updated: May 22, 2018



AYU AMIEERAH ABDUL SHUKOR

IIO170001

KUMPULAN 1


Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada kami untuk mengadakan Program Jalinan Masyarakat di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin (SAMTSH) bertemakan Seize Your Success selama dua hari satu malam. Alhamdulillah program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya hasil kerjasama semua pihak.


Pada awal proses penyumbangan idea dan proses memilih barisan kepimpinan program ini telah dipermudahkan dengan adanya kerjasama yang padu daripada semua ahli kumpulan. Cadangan awal kami adalah untuk membuat aktiviti bersama orang asli, tetapi cadangan tersebut tidak mendapat persetujuan ramai dan Alhamdulillah saudari Afifah telah mencadangkan untuk menjalankan program di sekolah lamanya dahulu iaitu Sekolah Agama Tinggi Sultan Hisamuddin di daerah Selangor. Setelah pemilihan barisan kepimpinan dalan organisasi telah selesai, setiap unit terus menjalankan tugas dengan segera.


Sebagai unit multimedia dan publisiti, saya amat gembira dengan tugas-tugas dan komitmen yang diberikan oleh ahli unit multimedia dalam melaksanakan tugas sebelum program ini berlangsung. Ini kerana kami telah bersepakat untuk bergabung dengan unit multimedia kumpulan 2 untuk melancarkan lagi urusan kami bagi kedua-dua kumpulan. Kami telah bekerjasama dengan membahagi tugas untuk membuat baju, ‘nametag’, banner dan juga membuka akaun rasmi Jalinan masyarakat SMPI. Pada mulanya saya ingatkan unit multimedia kumpulan 1 hanya dijalankan oleh saya dan Iqbal sahaja, rupanya kami ada lagi dua orang ahli yang kami pun tidak tahu bahawa mereka adalah biro dibawah unit multimedia juga. Jadi mereka berdua tidak dapat bekerjasama dalam menyiapkan tugasan sebelum ini dan hanya meneruskan tugas multimedia semasa dan selepas program.


Semasa program berlangsung, kami ditugaskan untuk mengambil gambar aktiviti-aktivi seperti LDK, explorace dan sebagainya. Saya berasa amat bangga kerana dapat menjalankan tugas saya dengan baik ketika itu. Kami juga sempat menyiapkan video untuk majlis penutupan pada masanya. Alhamdulillah, tiada masalah yang kami hadapi. Manakala, selepas program berlangsung pula, saya ditugaskan untuk menyiapkan blog dokumentasi bagi jalinan masyarkat kumpulan 1.


Akhir sekali, pengalaman yang saya dapat daripada program ini amatlah berharga dan saya sedar bahawa jalinan masyrakat bukanlah sekadar subjek semata-mata tetapi juga satu platform bagi kami untuk memantapkan lagi cara dan ‘softskill’ kami untuk digunakan untuk masa hadapan.

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page