FATIN
- Unit Media
- May 20, 2018
- 3 min read
Updated: May 22, 2018

FATIN NUR ATHIQAH BINTI JANUDIN
IIO170004
REFLEKTIF
Pada 14 – 15 April 2018 yang lalu, kami, pelajar tahun 1 Sarjana Muda Pendidikan Islam
(SMPI) dari Universiti Malaya (UM) telah mengadakan program Jalinan Masyarakat Kumpulan
1 : “Seize Your Success”, bertempat di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin
(SAMTSH), Selangor. Melalui program ini, terdapat banyak manfaat yang telah saya peroleh, di
samping beberapa kelemahan yang juga perlu diatasi.
1. Fasa Perancangan
- Sebelum perjumpaan pertama bermula, sebahagian daripada ahli kumpulan gagal
untuk menghadiri perjumpaan tersebut lebih awal sebelum perbincangan bermula.
Hal ini menyebabkan perjumpaan terpaksa dimulakan lebih lambat daripada
waktu yang dijanjikan. Sikap suka dan gemar menepati masa perlulah dipupuk
dalam diri setiap individu, khususnya para pelajar dan bakal-bakal pendidik.
- Semua ahli kumpulan terlibat secara langsung dalam proses pencalonan dan
pemilihan jawatankuasa program. Ahli kumpulan juga turut mengadakan proses
pengundian bagi pemilihan tema dan nama program. Perkara ini mencerminkan
sikap kerjasama dan sepakat sesama ahli kumpulan walaupun terdiri daripada
pelajar-pelajar yang mengambil pengkhususan yang berbeza, iaitu Pengajian
Islam (PI) dan Pengajian al-Quran (PQ).
- Setiap ahli kumpulan saling bantu-membantu dan bekerjasama bagai aur dengan
tebing dalam melaksanakan perancangan dan persiapan sebelum berlangsungnya
program. Misalnya, semua ahli kumpulan terlibat dalam proses penyediaan tag
nama berserta fail peserta, pembungkusan hamper dan juga penyediaan penanda
buku, yang sebenarnya di bawah skop tugasan Biro Makanan & Hadiah, serta
Biro Tugas-Tugas Khas.
- Setiap ahli kumpulan juga telah mengeluarkan sejumlah wang yang agak banyak
bagi menjayakan program ini. Bagi saya, Biro Dana & Tajaan perlulah berusaha
dengan lebih maksimum lagi bagi memastikan bahawa pengeluaran wang
daripada ahli kumpulan adalah tidak membebankan mereka. Antara usaha yang
FATIN NUR ATHIQAH BINTI JANUDIN
IIO170004
perlu dilaksanakan adalah melalui penjualan makanan ringan (seperti roti sosej
atau sandwich), aktiviti car-wash, dan pencarian tajaan dari mana-mana syarikat.
Tidak dinafikan, bahawa biro tersebut telah menjual beberapa makanan ringan
dan telah membahagikan pencarian tajaan kepada setiap unit. Namun begitu,
persaingan yang tinggi dalam penjualan makanan ringan menyebabkan mereka
cepat putus asa dan pencarian tajaan daripada setiap unit telah gagal untuk
dijalankan.
2. Fasa Semasa
- Semua ahli kumpulan telah berkumpul lebih awal daripada masa yang ditetapkan
untuk bergerak ke tempat program. Malangnya, bas yang telah ditempah untuk
menghantar ahli kumpulan ke SAMTSH tiba lambat daripada masa yang
dijangkakan. Biro Pengangkutan juga telah menghubungi pemandu bas tersebut
setelah menanti bas yang dijanjikan, namun terdapat beberapa perkara yang tidak
dapat dielakkan oleh pemandu bas tersebut. Alhamdulillah, perjalanan dari UM ke
SAMTSH memakan masa yang agak pendek dan selesa.
- Ketibaan kami ke SAMTSH disambut mesra oleh para pelajar sekolah tersebut.
Kemudahan yang disediakan juga tidak kurang hebatnya, seperti bilik tidur,
tandas, dewan seminar, dewan makan, dan juga surau sekolah tersebut. Makanan
yang disediakan oleh pihak dewan makan daripada sekolah tersebut juga enak dan
mengenyangkan.
- Setiap aktiviti yang dilaksanakan bagi program “Seize Your Success” berjalan
dengan lancar dan teratur. Namun begitu, sebahagian ahli kumpulan (fasilitator)
tidak terlibat dalam beberapa aktiviti yang seharusnya melibatkan semua ahli
Jalinan Masyarakat Kumpulan 1, seperti Qiamullail, Riadhatus sobah, talk oleh
alumni SMPI, dan sebagainya. Hal ini mencerminkan sikap yang tidak
bertanggungjawab dalam kalangan ahli kumpulan (fasilitator).
- Walaupun sebahagian aktiviti tidak berjalan dengan jayanya, seperti gimik
sambutan hari ulang tahun pelajar (peserta) yang lahir pada bulan April, (kerana
para peserta dapat mengagak gimik tersebut adalah sebenarnya kejutan), namun
FATIN NUR ATHIQAH BINTI JANUDIN
IIO170004
kebanyakan aktiviti berjalan dengan lancar atas kerjasama setiap fasilitator,
seperti explorace, tazkirah maghrib, riadhatus sobah, sharing moments dan
sebagainya. Oleh itu, kerjasama yang utuh dan padu dalam kalangan ahli
kumpulan memainkan peranan yang amat penting dalam sesebuah organisasi.
3. Fasa Selepas
- Setiap ahli kumpulan bertanggungjawab dalam membersihkan dan mengemas
semula peralatan dan kemudahan yang disediakan oleh sekolah tersebut. Biro
Tempat telah memastikan bahawa tiada barang ahli kumpulan yang tertinggal,
bahkan mereka turut memastikan bahawa keadaan bilik semasa ketibaan dan
semasa meninggalkan sekolah tersebut adalah dalam keadaan yang sama.
- Post mortem dalam kalangan ahli kumpulan telah dilaksanakan beberapa minggu
setelah tamatnya program tersebut, walaupun sebahagian daripada ahli kumpulan
tidak dapat menghadirkan diri ke perjumpaan tersebut. Setiap ahli kumpulan telah
menyuarakan pendapat dan perasaan masing-masing semasa sesi post mortem
tersebut.
Comments