SYAFIQ
- Unit Media
- May 20, 2018
- 2 min read
Updated: May 22, 2018

NAMA: Mohd Syafiq Bin Asmara
NO. MATRIKS: IIO170010
FASA PERANCANGAN
Pada pendapat saya, fasa ini merupakan fasa yang terpenting sekali. Hal ini demikian keran
dengan perancangan yang baik dalam memastikan program jalinnan masyarakat berjalan
lancar.Pada mulanya saya tidak berapa setuju apabila saya dipilih menjadi ketua exco logistic
dan pengangkutan,tetapi atas dasar amanah dan kepercayaan sahabat-sahabat,bebanan ini harus
dipikul dan ini juga merupakan peluang saya untuk belajar kemahiran menguruskan
pengangkutan untuk sesuatu aktiviti.Perbincangan jalinan masyarakat(jm) ini bermula pada
semester 2 seingat saya,dan ini kiranya agak lambat kerana jabatan-jabatan lain telah pun
membincangkan benda ini pada pertengahan semester 1
Kami pelajar Sarjana Muda Pendidikan Islam (SMPI) tahun1 yang mempunyai bilangan pelajar
sebanyak 64 orang, dibahagikan kepada dua kumpulan.Saya juga merasakan waktu perbincangan
berkaitan program ini adalah terhad kerana jadual kelas seminggu yang berbeza juga dengan
kesibukan hal masing-masing.Waktu malam digunakan untuk persiapan program dari segi
pengisian slot,aktiviti kepada pelajar sekolah dan lain-lain.Saya berpuas hati dengan semua
sahabat saya kerana memainkan peranan dalam tugas yang diberikan dan juga memberikan tips
dan teguran yang membina.Pada waktu perancangan ini,perlu untuk kita mengetepikan emosi
agar tidak memberi kesan kepada kerja yang diberikan.Ahli unit logistic dan pengangkutan
sangat membantu saya kerana merekalah yang kerap kali menghubungi pemandu bas untuk
mengetahui keberadaannya pada waktu itu.
Sepanjang tempoh fasa perancangan ini, saya merasakan bahawa kami telah menempuh banyak
cabaran dan berjaya mengatasinya atas kesungguhan kesemua ahli-ahli saya. Walaupun ada
kalanya saya berasa marah dengan mereka, saya memikirkan bahawa lebih baik saya berbincang
dengan mereka semua secara baik.Tetapi itu semua tidak apa.
FASA SEMASA
Terdapat dua tempat menunggu bas iaittu kolej 12 untuk penginap kolej 12 dan 5, dan kolej 8
untuk peginap kolej 8.Masalah datang pada hari pertama lagi apabila bas yang disewa tidak
datang pada waktu yang telah kami maklumkan kepada pihak mereka,iaitu pukul 9.00
pagi.Seingat saya 9.30 baru bas muncul.Pada mulanya saya tertekan oleh kerana pengangkutan
adalah bawah pengendalian kami.Telah kami hubungi pemandu bas tersebut dan dikatakan dia
dah dekat dengan Universiti Malaya.Bas sampai ke sekolah dalam masa 45 minit.
Unit protokol memamainkan peranan penting dalam menyusun atur masa kerana peraturan
sekolah yang terikat pada pelajar sedikit sebanyak mengganggu aturan yang kami
rancang.Maka,terdapat beberapa aktiviti permainan yang kami hazaf untuk mengejar masa
mereka.Aktiviti juga tidak boleh terlalu lasak kerana bimbang berlaku kecederaan kepada pelajar
sekaligus menjadi masalah kepada kami serta pihak sekolah.Dan saya rasa ada ahli yang tidak
puas hati terhadap beberapa individu.Ini hanyalah perasaan,saya tidak pasti sahih atau tidak.Saya
juga merasakan bahawa majlis penutupan ada sedikit cacat cela.Kerusi VIP tidak menghadap
pelajar.Saya pelik kenapa kerusi itu dihalakan ke lcd tetapi mulut ini malas untuk menyuarakan
persoalan itu.
FASA SELEPAS
Sejujurnya Projek Jalinan Masyarakat ini menyimpan banyak kenangan pahit dan manis. Saya
juga telah mempelajari banyak benda baharu.Bersyukur ke hadrat Ilahi keatas program yang
telah berakhir dengan lancar,Walaupun terdapat beberapa masalah yang timbul,kami segera
menyelesaikannya . Saya merasakan objektif bagi diri saya sendiri tercapai. Saya berharap akan
dapat melibatkan diri lagi dalam projek-projek seperti ini pada masa hadapan. Saya juga ingin
berterima kasih kepada semua ahli kumpulan saya atas kerjasama yang telah mereka berikan
sepanjang semester ini. Jasamu dikenang.
Comments