top of page

NISAH

  • Writer: Unit Media
    Unit Media
  • May 20, 2018
  • 2 min read

Updated: May 22, 2018



NAMA : NOR HANISAH BINTI MOHD NOR

NO. MATRIK : IIN170014

KUMP. JM : 1


Pada asasnya, Program Jalinan Masyarakat merupakan salah satu daripada kursus yang

wajib kepada setiap pelajar yang menuntut di Universiti Malaya(UM). Jalinan Masyarakat

juga merupakan satu platform yang terbaik bagi setiap pelajar untuk meningkatkan

kemahiran-kemahiran seperti kemahiran insaniah, dan komunikasi. Program Jalinan

Masyarakat Kumpulan 1 telah diadakan pada 14 dan 15 April 2018 lepas bertempat di

Sekolah Menengah Tinggi Sultan Hishamuddin, Kampung Jawa, Klang, Selangor yang

bertemakan "Seize your Success". Penglibatan adalah terdiri daripada 33 orang pelajar tahun

1 Sarjana Muda Pendidikan Islam Universiti Malaya bersama-sama dengan murid Tingkatan

2 di sekolah tersebut. Tujuan utama program Jalinan Masyarakat ini diadakan adalah untuk

melengkapkan bakal mahasiswa dan mahasiswi dengan pelbagai kemahiran yang bakal

berguna selepas bergelar graduan dan memasuki alam pekerjaan. Objektif ini berjaya dicapai

apabila kesemua ahli pasukan bekerjasama menjayakan program Jalinan Masyarakat yang

diadakan. Para ahli pasukan juga banyak berinteraksi bersama para pelajar sekolah dengan

melakukan pelbagai aktiviti menarik sepanjang tempoh yang ditetapkan.

Pada mulanya, setiap ahli kumpulan dibahagikan kumpulan masing-masing dan tugas

secara rata sepanjang program berlangsung terutamanya dalam mengendalikan aktiviti-

aktiviti yang dijalankan.Terdapat beberapa aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program

ini di Sekolah Menengah Tinggi Sultan Hishamuddin. Salah satu daripada aktiviti tersebut

adalah Radio Rosak ataupun Mizya' Muattal. Objektif aktiviti ini adalah untuk memupuk

kepekaan dan kesefahaman terhadap maklumat yang diterima serta memastikan penyampaian

maklumat yang betul. Kaedah perlaksanaanya adalah dengan menyuruh peserta-peserta untuk

berbaris dalam satu barisan dan seterusnya fasilator akan memberikan satu ayat kepada

peserta yang paling depan, dan peserta tersebut hendaklah membuat gaya berdasarkan makna

ayat tersebut kepada peserta yang dibelakang dan berterusan sehingga kepada yang paling

belakang. Peserta yang paling belakang hendaklah menyebut ayat yang telah digayakan oleh

peserta yang berada di hadapannya. Walaupun aktiviti ini tampak mudah, namun ia dapat

memberikan satu penekanan yang positif kepada setiap peserta. Bukan itu sahaja, terdapat

aktiviti menarik yang lain seperti "siapa saya", "sharing moment" dan explorace yang

memerlukan semangat kerjasama yang kuat sesama ahli kumpulan.

Secara keseluruhan, program Jalinan Masyarakat ini telah berjalan dengan lancar dengan

kerjasama dan usaha setiap ahli pasukan dari segi penyediaan sehingga ke fasa perlaksanaan.

Tidak kurang juga sokongan daripada para pelajar dan pihak sekolah sendiri yang telah

banyak membantu dalam melaksanakan program ini dengan jayanya. Sejujurnya, saya berasa

sangat bertuah kerana menjadi sebahagian daripada badan pelaksana dalam program Jalinan

Masyarakat yang bertemakan "Seize your Success" ini. Saya telah memperolehi pelbagai

manfaat yang tidak akan terbayar dengan wang ringgit atau tidak akan dapat saya peroleh

dalam program-program yang lain.

 
 
 

Comments


bottom of page