32. HANIS SYAZWANI BT CHE SHAMOM@CHE SHAM ONN (IIN170004)
- Unit Media
- May 23, 2018
- 2 min read

Fasa Perancangan
Berdasarkan pada permulaannya, saya bayangkan bahawa program jalinan masyarakat bagi jabatan ini akan dibuat di sekolah kerana ia menepati program kami iaitu program pendidikan islam. Namun, terdapat sedikit masalah yang dihadapi pada saat-saat akhir dan kami terpaksa membuat keputusan untuk mengadakan program jalinan masyrakat ini di rumah anak yatim yaitu Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Rukaiyyah. Sedikit sebanyak,ia mengubah anggapan saya untuk membuat program ini di sekolah. Memang saya tak nafikan yang saya sedikit kecewa. Namun, saya cuba untuk berfikir secara positif
Fasa Semasa
Bagi saya, program ini mendapat sambutan dan kerjasama dari dua belah pihak. Program yang dijalankan, sangat menarik dan kreatif bagi saya contohnya aktiviti kakak, abang dan adik angkat, mumia dan sebagainya. Melalui aktiviti-aktiviti ini juga, kami menjadi rapat dengan anak-anak disana dan mula menunjukkan minat. Yang paling tidak dapat saya lupakan, ketika aktiviti gimik untuk anak-anak disana merupakan salah satu cara atau helah untuk acara sambutan hari lahir bagi mereka yang lahir pada bulan 4. Memang saya sangat berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan. Walaupun biasa tapi ianya memberi banyak input dan nilai-nilai tersendiri.
Fasa Selepas
Bagi saya, berdasarkan pengalaman selama 2 hari satu 1 malam di sana, memang tidak dapat saya dinafikan bahawa program merupakan salah satu kenangan yang terindah buat saya. Kerana melalui program ini, banyak perkara dan benda baru yang saya belajar daripada anak-anak disana dan melalui kepimpinan program ini sendiri. Antaranya, ialah cara untuk mendapatkan dana bagi menampung perbelanjaan program, berkomunikasi serta berinteraksi dengan anak-anak Rukaiyyah yang mana mereka hanya bersekolah harian biasa dan perangai serta gelagat mereka lain dengan kanak-kanak yang bersekolah agama, belajar untuk menghargai orang yang kita sayang dan sebagainya. Di samping itu, saya dapat mengenal dengan lebih dekat dengan ahli-ahli jabatan yang lain. Andai diberi peluang seperti ini lagi pasti saya akan melibatkan diri lagi. Bagi saya segala penat lelah untuk menjayakan program ini hilang jika beginilah pulangan yang saya terima. Saya amat berpuas hati. Walau bagaimanapun, apa yang saya dapat katakan memang pada permulaan ianya tidak seperti yang dibayangkan tapi ketahuilah itu sebenarnya apa yang berlaku ada hikmahnya dan ia pasti merupakan yang terbaik untuk kita
Comments