Catatan Unit Dana dan Tajaan
- Unit Media
- May 23, 2018
- 2 min read
Assalamualaikum W.B.T
Alhamdulillah segala puji dan syukur di panjatkan kehadrat ilahi dengan iradah-Nya dapat kami menyelesaikan taklifan program Jalinan Masyarakat Sarjana Muda Pendidikan Islam bagi sesi 2017/2018 dengan begitu cemerlang . Pelbagai rintangan dan Cabaran yang telah ditempuhi oleh unit Dana dan Tajaan bagi memastikan program yang bakal dijalankan berjalan dengan lancar.
Skop gerak kerja yang telah ditetapkan kepada unit dana dan tajaan adalah untuk mencari pendapatan bagi menampung kos yang diperlukan ketika program berlansung.Kami mempunyai enam orang ahli dan dipayungi oleh Timbalan Bendahari sebagai wakil daripada majlis tertinggi.Pelbagai cadangan yang telah dikemukakan oleh ahli kumpulan jalinan masyarakat 2 dan juga unit dana dan tajaan bagi menjana dana untuk program ini.Setelah berbincang kami bersetuju untuk membuat jualan yang mensasarkan kolej kediaman dan fakulti serta kami juga mencadangkan untuk menghantar surat permohonan bantuan kepada badan-badan kerajaan serta syarikat swasta .
Aktiviti jualan yang dijalankan selama 4 minggu pada hari-hari yang tertentu berhasil untuk menampung sebahagian besar kos perbelanjaan program kami ini.Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh unit dana dan tajaan dalam melakukan aktiviti jualan ini,antaranya kami kekurangan tenaga kerja terutama ketika hari kuliah.Masalah ini dapat ditangani dengan memohon bantuan daripada unit-unit yang lain bagi membantu aktiviti jualan.
Seterusnya kami becadang untuk membuat khidmat mencuci kereta orang awam yang datang ke Akademi Pengajian Islam untuk menyertai pengajian Al-Quran. Cadangan ini terpaksa dibatalkan memandangkan tempahan untuk membuat khidmat mencuci kereta sudah penuh diisi oleh jabatan dan kelab kolej kediaman.Unit dana dan Tajaan juga mentaklifkan setiap ahli kumpulan Jalinan Masyarakat 2 SMPI untuk mengumpulkan dan mencari sumbangan dana sebanyak RM 50 .
Di samping itu,kami mencadangkan untuk mengadakan kutipan daripada rumah ke rumah yang lokasinya sekitar universiti Malaya.Ahli Kumpulan Jalinan Masyarakat 2 SMPI telah dibahagikan kepada empat kumpulan kecil yang ditugaskan untuk mencari bantuan di lokasi yang ditetapkan.Dengan masa yang singkat , ahli kumpulan Jalinan Masyarakat 2 SMPI mampu untuk mencari dana mencecah RM 700 .
Akhir Kalam,saya sebagai Ketua unit dana dan tajaan mengucapkan syabas dan sekalung penghargaan kepada seluruh ahli jalinan masyarakat 2 SMPI khususnya ahli jawatankuasa unit dana dan tajaan diatas kerjasama yang diberikan.Harapan saya,semoga program yang dijalankan mampu memberi kesan yang positif kepada semua ahli jalinan masyarakat 2 SMPI ,moga kita semua dapat mengambil ibrah dan hikmah melalui program yang kita jalankan.
-Ikhmal, Ketua Biro Dana dan Tajaan-
Galeri Foto Jualan
Kerabu Maggi dan Roti Sosej:
Ahli Biro Dana dan Tajaan menyediakan makanan jualan:
Iklan-iklan promosi jualan yang disebarkan melalui Whatsapp:
Antara testimoni pelanggan:
kembali ke Halaman Utama Blog Kumpulan 2
#JalinanMasyarakat #SarjanaMudaPendidikanIslam #SMPI #JM2 #UniversitiMalaya #AkademiPengajianIslam #SocialEngagement #LEAD #PusatJagaanKanakKanakYatimMiskinRukaiyah
Jumpa kami di platform sosial media!
Facebook: https://www.facebook.com/jalinansmpi17/
Instagram: https://instagram.com/jalinansmpi17
Disediakan oleh: Nur Husnina Khairul Hisham (Ketua Unit Multimedia)
Comments