top of page

33. NUR AYUNI BT GHAZALI (IIN170020)

  • Writer: Unit Media
    Unit Media
  • May 23, 2018
  • 2 min read

FASA PERANCANGAN

Alhamdulillah ,semasa fasa perancangan jalinan masyarakat sepanjang semester dua berjalan dengan baik sekali.Saya merupakan Ajk dari unit protocol berasa gembira,teruja dan berbesar hati dapat bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuangan dalam menyiapkan tugasan dan mengatur tentatif bersama Norhusnina,Russyidiatuzzawani yang berada dibawah pimpinan norhalisa.Pelbagai aktiviti menarik diketengahkan oleh rakan-rakan saya.Dan Ajk lain juga turut memberi kerjasama sebaiknya dan menyumbang idea.


FASA SEMASA

Semasa ketibaan di rumah anak yatim Ruqaiyah saya berasa gembira dan bersemangat sekali melihat insan-insan berjiwa kental di hadapan saya.Di rumah anak yatim tersebut banyak pengalaman dan cerita menarik dikongsi bersama mereka.Mereka juga menyambut kedatangan kami dengan wajah gembira.Sepanjang program berlangsung mereka memberi kerjasama bersama abang-abang dan kakak-kakak fasi.Setiap daripada anak yatim akan mempunyai abang dan kakak fasi masing-masing.Saya mendapat seorang adik angkat bernama Hafizah dan sepanjang program dia seorang sangat pemalu tetapi lama-kelamaan dia banyak memberi respond dan mengetengahkan ideanya.Selain itu,pada malam kejadian kami abang-abang dan kakak-kakak fasi menyambut hari lahir anak yatim Ruqaiyah seramai 3 orang termasuk Hafizah.Majlis itu sungguh menyentuh hati dan sangat bermakna buat saya dan rakan-rakan.


FASA SELEPAS

Alhamdulillah setelah menempuh program jalinan masyarakat selama dua hari satu malam di rumah anak yatim Ruqaiyah banyak input dan output yang diperoleh oleh saya dan rakan-rakan.Saya berasa sedih ,terharu ,gembira dan macam-macam perasaan dirasai kerana saya dan rakan-rakan semakin serasi dengan adik-adik di rumah anak yatim dan berasa agak berasa berat hati untuk meninggalkan rumah anak yatim tersebut.Tetapi dengan semangat dan azam yang kuat ,saya dan rakan-rakan bersama-sama memberi pelbagai amanat dan kata-kata semangat untuk mereka menempuh kehidupan di luar sana tidak kira sebagai insan biasa ataupun mahasiswa.Selan itu kami juga turut bergambar bersama sebagai kenang-kenangan dan bertukar nombor telefon jika mereka mempunyai sebarang masalah berkaitan akademik atau ingin bertanya apa-apa soalan tentang pendidikan.Akhir sekali saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua guru-guru pensyarah yang sudi membimbing saya dan rakan-rakan dalam menjayakan program jalinan masyarakat di rumah anak yatim Ruqaiyah.Syukran Kathiran.

Comments


bottom of page