NAZIFAH
- Unit Media
- May 20, 2018
- 2 min read
Updated: May 22, 2018

WAN NAZIFA BINTI WAN NAMAN
IIN170033
JALINAN MASYARAKAT (1)
FASA PERANCANGAN:
Apa yang saya dapat sebelum program ialah semua ahli kumpulan jalinan masyarakat 1 telah
berbincang untuk membuat pemilihan tempat program yang akan dijalankan.Pada mulanya,Dr.
memberi cadangan supaya program dibuat di perkampungan orang asli tetapi disebabkan beberapa
faktor kumpulan kami telah sebulat suara memilih sekolah menengah sebagai tempat untuk kami
jalankan program jalinan masyarakat tersebut.Kemudian,tempat program jalinan masyarakat telah
pun diputuskan iaitu di Sekolah Agama Menengah Tinggi Hishamuddin,Klang,Selangor. Seterusnya
saya dan semua ahli unit saya iaitu ahli tugas-tugas khas bekerjasama dalam berbincang untuk
menyiapkan penanda buku untuk pelajar-pelajar SAMTISH.Seterusnya saya dan kawan-kawan juga
memastikan bahawa semua peralatan yang hendak dibawa ke sekolah itu telah disediakan denagn
baik dan mencukupi seperti alatan explorace.Saya rasa bersemangat dan membuat persiapan yang
secukupnya sebelum ke program jalinan masyarakat.
FASA SEMASA:
Bagi saya ,program ini mendapat sambutan dan kerjasama yang baik dari kedua-dua belah
pihak.Antara program yang dijalankan semasa program itu agak menarik seperti ice breaking,aktiviti
explorace,ldk dan sebagainya. Saya ditugaskan untuk menjadi fasilitator dan saya merasakan
bahawa ini adalah peluang yang terbaik untuk saya lebih rapat dengan adik-adik pelajar.Semasa hari
program itu juga,saya dan kawan-kawan ahli unit TTK telah menolong rakan-rakan ahli unit pengisian
untuk menguruskan aktiviti explorace supaya berjalan dengan lancar tetapi ada beberapa
permasalahan yang kami hadapi seperti kesukaran untuk mencari paip air dan tempat yang sesuai
untuk dilakukan aktiviti explorace tersebut.Dan akhirnya aktiviti tersebut berjalan lancar dengan
kerjasama semua pihak.Selain itu,saya sebagai orang yang menguruskan tentang jemputan alumni
berasa sedikit kecewa setelah mendapat panggilan daripada alumni bahawa beliau tidak dapat hadir
ke program kerana keretanya rosak dalam perjalanan ke program kami,namun saya bersyukur
kerana beliau telah mewakilkan rakan sekerjanya untuk menggantikan beliau dalam slot alumni
tersebut.
FASA SELEPAS:
Apa yang saya dapat menerusi program ini ialah,berdasarkan pengalaman saya sepanjang program
selama 2 hari 1 malam di sana,memang tidak saya nafikan bahawa program ini merupakan salah
satu kenangan yang terindah buat saya.Di samping itu,saya dapat mengenali dan menjalinkan
ukhuwah terutamanya dengan adik-adik SAMTISH dan antara ahli kumpulan saya sendiri.Saya juga
dapat merasai pengalaman bersama mereka sebagai fasilitator sepanjang program
berlangsung.Selain itu,saya juga menganggap bahawa peraturan sekolah seperti waktu berprogram
sehingga jam 11.30 malam dan surau sebagai tempat kami berprogram itu kurang strategik telah
menyebabkan pihak kami tidak dapat untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik. Saya
berharap supaya program jalinan asyarakat ini dapat diambil iktibar dan dilakukan
penambahbaikkan untuk program-program lain yang akan datang.Akhir kata,andai diberi peluang
lagi untuk terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan seperti ini, saya amat berbesar hati dan ingin
turut serta dalam menyumbangkan tenaga saya untuk program sebegini.
留言