NAJHAN
- Unit Media
- May 20, 2018
- 3 min read
Updated: May 22, 2018

NAMA: MUHAMMAD NAJHAN BIN ROSNI
NO. MATRIKS: IIO170016
FASA PERANCANGAN
Pada fasa ini , kami melaksanakan beberapa perjumpaan yang mana kami berbincang mengenai
program aktiviti yang akan dijalankan . Pada awal perjumpaan , kami memulakan dengan
perlantikan Majlis Tertinggi.dan biro-biro . Saya datang sedikit lewat kerana ada kelas . Apabila
saya tiba di tempat perjumpaan saya dimaklumkan bahawa saya telah dilantik sebagai setiausaha
. Pada awalnya saya tidak setuju tetapi saya terima kerana sebelum ni saya sudah biasa dengan
tugas-tugas setiausaha . Fasa ini amat penting untuk memastikan program yang kami jalankan
berjalan dengan lancar . Kami mengadakan perbincangan di Akademi Pengajian Islam pada
waktu petang dan malam bergantung kepada waktu kosong ahli-ahli lain . Perbincangan ini
bermula seingat saya pada pertengahan semester 2 kerana semua ahli mempunyai komitmen
masing-masing .
Untuk jalinan masyarakat Sarjana Muda Pendidikan Islam tahun 1 kami dibahagikan kepada 2
kumpulan yang mana setiap kumpulan terdiri daripada mahasiswa Pengajian Islam dan
Pengajian Al-Quran . Saya dimasukkan di kumpulan satu yang terdiri daripada 32 orang ahli .
Kumpulan 2 mempunyai ahli seramai 34 orang . Perbincangan dan juga perjumpaan kami antara
ahli agak terhad kerana masing-masing mempunyai jadual kelas yang agak padat . Tapi
alhamdulillah kami dapat juga berkumpul dan berbincang mengenai program kami pada waktu
yang telah dipersetujui ramai ahli .Kebiasaannya pada waktu petang Pengarah akan memberikan
sedikit penerangan kepada ajk dan ahli-ahli kumpulan mengenai tugasan masing-masing dan
pada perjumpaan seterusnya berkenaan gerak kerja ajk . Pada waktu malam pula , ajk-ajk akan
berkumpul sesama mereka dan berbincang mengenai tugasan masing-masing . Saya dan
timbulan pada waktu perjumpaan akan menyiapkan kertas kerja dan surat-surat berkaitan
program . Kami juga akan membantu unit-unit lain jika memerlukan pertolongan daripada kami .
Alhamdulillah semua ahli memberikan kerjasama yang sangat baik pada fasa ini . Saya berpuas
hati dengan kerjasama yang telah diberikan oleh semua ahli . Mereka bertanggungjawab dengan
tugas-tugas mereka .
Sebagai kesimpulan , walaupun kami mempunyai halangan dan cabaran yang mana kami
mempunyai waktu yang agak terhad untuk membuat perjumpaan dan perbincangan tetapi kami
berjaya menghadapinya . Pengarah dan majlis tetinggi yang lain memainkan peranan yang sangat
penting bagi memastikan segala aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan sebaiknya .
FASA SEMASA
Pada hari pertama kami menghadapi masalah apabila bas yang disewa tidak datang tepat pada
waktu yang telah kami maklumkan kepada meraka iaitu pada pukul 9.00 pagi. Mereka tiba di
kolej saya iaitu pada pukul 9.40 pagi selepas mengambil ahli-ahli yang lain di Kolej Kediaman
Dr Nazrin Shah. Unit pengangkutan memainkan peranan penting ketika itu untuk menghubungi
pemandu bas bagi memastikan bas tidak tiba lewat untuk mengambil kami . Walaupun bas tiba
lewat kami tetap meneruskan dengan perancangan kami . Unit prokotol memainkan peranan
penting pada waktu ini .
Apabila sampai di sana , kami disambut baik oleh pihak sekolah . Kami sangat berpuas hati
dengan tempat penginapan dan makanan . Makanan telah disediakan oleh pihak sekolah secara
percuma . Hal itu dapat mengurangkan kos perbelanjaan kami . Ada sedikit kekurangan dari
sudut tempat pelaksanaan aktiviti kerana tempat tersebut agak panas dan tidak selesa . Pada
awalnya kami diberi dewan sekolah sebagai tempat pelaksaan aktiviti tetapi pada hari berkenaan
ada majlis anugerah kecemerlangan yang menyebabkan pihak sekolah terpaksa menukar tempat
pelaksanaan aktiviti ke surau sekolah . Tapi kami masih bersyukur kerana pihak sekolah tidak
membatalkan program kami dan kami tetap meneruskan program . Saya berpuas hati dengan
semua kerjasama ahli bagi memastikan program berjalan lancar . Saya tidak berpuas hati dengan
masa kerana ahli-ahli kumpulan tidak terlalu menekankan kepada masa . Maksudnya aktivti yang
dijadualkan tidak berjalan tepat pada waktunya .
Selain itu , kami tidak dapat melaksanakan aktivti sukan yang agak mencabar kerana pihak
sekolah telah memaklumkan kami yang mana kami tidak dibenarkan melaksanakan aktviti yang
ekstrem kerana bimbang dengan keselamatan para pelajar . Kami tidak boleh melanggar arahan
dan terpaksa membuat aktiviti yang mudah dan senang . Pada majlis penutup berlaku sedikit
kekurangan yang mana PK Hem sekolah mempersoalkan kedudukan kerusi VIP yang
menghadap layar skrin yang mana sepatutnya menghadap pelajar .
FASA SELEPAS
Projek Jalinan Masyarakat ini sebenarnya memberi banyak kenangan pahit dan manis. Saya juga
telah mempelajari banyak benda baharu dan memperoleh pengalaman yang memberi input dalam
diri saya . Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana program Seize Your Success telah berakhir dengan
lancar dan apa yang kami rancang semuanya terlaksana , walaupun terdapat beberapa masalah
yang timbul,kami dapat menyelesaikannya secara baik . Saya berharap selepas ini saya dapat
melibatkan diri lagi dalam program-program seperti ini pada masa hadapan kerana daripada
program sebegini saya memperoleh banyak manfaat . Saya juga ingin berterima kasih kepada
semua ahli kumpulan saya atas kerjasama yang telah mereka berikan sepanjang program Seize
Your Success ini berlangsung . Jazakumullahu khairan kathiran .
Comments