top of page

MUSLIM

  • Writer: Unit Media
    Unit Media
  • May 20, 2018
  • 2 min read

Updated: May 22, 2018



Muhammad Muslim Bin Suhaimi IIO170014 JM1


1. Fasa Perancangan

Perancangan dan perbincangan untuk menjalankan program jalinan masyarakat Sarjana

Muda Pendidikan Islam (SMPI) bermula lewat berbanding dengan jabatan-jabatan lain.

Antara sebab kelewatan tersebut adalah perselisihan dalam pembahagian kumpulan di

mana kami memerlukan masa yang panjang untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Setelah pembahagian kumpulan selesai, barulah kami boleh membuat perbincangan

untuk menentukan majlis tertinggi program serta pembahagian unit-unit untuk gerak kerja

program. Tidak lupa juga penetapan lokasi program Jalinan Masyarakat kami dijalankan.

Setelah mengambil kira kelemahan dan kelebihan bagi lokasi-lokasi yang telah dicadangkan,

akhirnya kami memutuskan untuk mengadakan program Jalinan Masyarakat di Sekolah

Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin (SAMTISH) yang terletak di Klang, Selangor.

Berbalik kepada pembahagian unit, selepas undian dilakukan, saya dipilih menjadi ketua

unit Tugas-Tugas Khas (TTK). Tugas utama kami adalah berkaitan dengan urusan alumni yang

mana menjadi penceramah dalam salah satu slot dalam program kami. Selain itu, kami juga

akan membantu unit-unit lain seperti menjadi AJK Explorace yang dikendalikan oleh unit

Pengisian dan membantu unit Makanan & Hadiah untuk membeli hadiah dan cenderamata

sebelum program.

Sepanjang saya menjalankan tugas sebagai ketua unit Tugas-Tugas Khas (TTK), saya

mendapat pertolangan secara langsung daripada penolong unit Tugas-Tugas Khas (TTK) iaitu

Wan Nazifa binti Wan Naman dan ahli-ahli unit yang lain seperti Fatin Nur Athiqah binti

Janudin dan Noor Atirah Arifah binti Abdul Hadi. Secara keseluruhannya, saya amat berpuas

hati dengan kerjasama yang telah mereka berikan sepanjang progam. Tidak lupa juga kepada

ahli kumpulan yang lain yang mana membantu kami dalam persediakan explorace dan lain-

lain.


2. Fasa Semasa

Pada hari pertama, kami berkumpul pada pukul 8.00 pagi di kolej kediaman ke-12 untuk

menaiki bas yang sepatutnya dijadualkan pada masa tersebut. Malangnya bas terlewat

menyebabkan timbulnya keresahan di hati kami. Alhamdulillah, walaupun berlaku kelewatan

perjalanan pergi ke SAMTISH, perkara tersebut tidak mengganggu pelaksanaan program.

Setelah sampai di sana, kami disambut oleh wakil MPA sendiri dan terus mengiring kami

ke bilik penginapan kami. Kami berehat sebentar sebelum membuat sedikit lawatan di

sekolah tersebut untuk membuat gambaran awal mengenai aktiviti-aktiviti yang bakal

dijalankan seterusnya membuat persiapan tempat iaitu bilik seminar yang terletak di surau.

Alhamdulillah semua slot berjalan seperti yang dirancang walaupun terdapat masalah

semasa slot bersama alumni yang mana alumni yang dicadang awalnya tidak dapat hadir

kerana kecemasan tetapi berjaya diganti oleh rakan sekerja alumni tersebut dari JAKIM.


Muhammad Muslim Bin Suhaimi IIO170014 JM1

Apa yang menarik perhatian saya dan sepatutnya kita perlu mempelajarinya serta

mengamalkannya adalah amalan pelajar-pelajar SAMTISH. Contohnya, amalan memberi dan

menjawab salam. Sepanjang saya berprogram di sana, pelajar-pelajar di sana apabila

berselisih di koridor atau jalan, mereka PASTI memberi salam sambil tersenyum kepada

saya. Seterusnya, memjawab salam yang mana apabila saya memberi salam kepada mereka,

mera MESTI menjawab salam tersebut, tiada yang terkecuali.

Kadang-kadang saya berasa malu dengan diri sendiri berasa rendah diri apabila melihat

amalan yang mereka lakukan seperti amalan tersebut adalah darah daging mereka. Walau

bagaimanapun, saya berasa bangga kerana masih terdapat generasi yang masih

mengamalkan amalan yang mudah tapi tidak ramai yang mampu melakukannya termasuk

diri saya sendiri.


3. Fasa Selepas

Saya berasa sedih selepas berakhirnya program kami “seize your success” di SAMTISH.

Mungkin kerana sokongan dan kerjasama yang di berikan oleh pelajar-pelajar menyebabkan

saya berasa sukar untuk melupakan mereka walaupun perjalanan program kami hanya

berjalan selama 2 hari 1 malam sahaja. Sampai ke hari ini saya masih tertanya mengapa

progman kami dirancang hanya berjalan selama 2 hari 1 malam? Sedangkan jika kita melihat

jabatan-jabatan lain, mereka berprogram selama 3 hari 2 malam. Apa pun saya tetap

bersyukur kerana program kami berjalan dengan lancar.

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page