JANNAH
- Unit Media
- May 20, 2018
- 2 min read
Updated: May 22, 2018

Nama : Nurul Jannah Bt Basri
No. Matrik : IIN170028
Lokasi : Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hishamuddin (SAMTSH)
Tarikh : 14 & 15 Januari 2018
FASA PERANCANGAN
1. Setiap pelajar telah diagihkan kepada beberapa biro yang umumnya perlu ada bagi
menjayakan sesebuah program, antaranya biro pengangkutan, biro tajaan, biro
makanan dan cenderahati, biro program dan protokol, biro logistik, biro tugas-tugas
khas dan lain-lain.
2. Pada pandangan saya, semua pelajar memberi kerjasama dan membantu antara satu
sama lain walaupun tidak mengikut biro masing-masing.
3. Masing-masing sanggup bersengkang mata pada hari-hari terakhir sebelum bertolak
ke SAMTSH bagi melicinkan lagi perjalanan program.
4. Para pelajar (fasilitator) bersungguh-sungguh mempelajari dan mempraktikkan
modul yang disediakan dan tidak mengambil mudah walaupun program yang
dilakukan adalah kepada pelajar Tingkatan Dua.
5. Tidak dinafikan bahawa terdapat masalah dalam perancangan program seperti
kekurangan dana, aktiviti tidak dapat diselaraskan dengan baik, komunikasi dengan
pihak sekolah dan sebagainya, namun setiap satu halangan tersebut berjaya diatasi
dengan baik tanpa tindakan terburu-buru oleh mana-mana pihak.
6. Pihak sekolah memberikan kemudahan yang terbaik kepada kami serta menaja
makan dan minum sepanjang dua hari di sekolah tersebut.
FASA SEMASA
1. Pada awalnya, para pelajar masih belum memberi sambutan yang menggalakkan
untuk program ini, namun setelah para fasilitator menerangkan tema program iaitu
‘Seize Your Success’ dan mengajar lagu tema, para pelajar mula menunjukkan minat
untuk turut serta memeriahkan program.
2. Semasa program berlangsung, pelajar dan fasilitator mampu berkomunikasi dengan
baik dan para pelajar pula mendengar arahan yang diberi dengan baik. Hal ini
melancarkan lagi perjalanan program kerana masa merupakan perkara yang paling
diutamakan dalam sesebuah program seperti ini.
3. Satu perkara yang menarik perhatian saya adalah, para pelajar begitu bersemangat
apabila tiba masanya untuk menyanyikan lagu tema dan senaman pagi. (Umumnya,
sesiapa sahaja akan berasa letih dan bosan jika aktiviti hanya di dalam dewan dan
bersifat kognitif. Oleh itu, pelajar merasakan aktiviti senaman dan menyanyikan lagu
tema itu mampu menjadi ‘escape route’ mereka).
4. Di samping itu, saya juga dapat melihat sendiri sedikit sebanyak suasana pendidikan
di sekolah; ragam para pelajar, cara untuk mendekati pelajar, apa yang pelajar
berminat dan apa yang pelajar kurang berminat dan sebagainya.
5. Sebagai salah seorang ahli biro makanan dan cenderahati, saya mendapati bahawa
agak sukar untuk kami mencari tempat makan yang sesuai kepada penceramah
untuk santapan selepas program.
FASA SELEPAS
1. Selepas program selesai, saya sedar bahawa saya kurang mendekati para pelajar
kerana tidak semua fasilitator mempunyai kumpulan bersama pelajar. Oleh itu,
secara peribadi, saya merasakan bahawa matlamat Jalinan Masyarakat itu sendiri
tidak tercapai dalam diri saya kerana wujudnya subjek ini adalah untuk
menghubungkan pelajar universiti dengan masyarakat luar; dan masyarakat luar
untuk program ‘Seize Your Success’ ini adalah pelajar itu sendiri. Kurangnya jalinan
antara saya dan pelajar membuktikan bahawa matlamat subjek ini tidak tercapai.
Namun begitu, ini merupakan refleksi untuk diri saya sahaja sedangkan hakikatnya
fasilitator lain mampu berinteraksi dan mendekati para pelajar dengan baik. Secara
umumnya, matlamat am program ini telah pun tercapai di mana pelajar universiti
dan masyarakat luar (pelajar) disatukan di bawah satu bumbung dan berjaya
mengahrungi program selama dua hari dengan baik.
Comments