top of page

IZZATI

  • Writer: Unit Media
    Unit Media
  • May 20, 2018
  • 4 min read

Updated: May 22, 2018




NUR IZZATI BINTI AZNI (IIN170024)


1. FASA PERANCANGAN

Saya merupakan pelajar Sarjana Muda Pendidikan Islam Pengajian Quran. Pada

semester 2, saya dan rakan-rakan saya telah diwajibkan untuk mengambil subjek

wajib universiti iaitu Jalinan Masyarakat (GIG1005). Melalui subjek ini kami telah

mengadakan satu program yang berunsur ilmiah dan kepimpinan kepada para pelajar

Tingkatan 2 yang diberi nama Seize Your Success. Di dalam program ini, kami telah

membuat organisasi dengan melantik seorang demi seorang untuk setiap jawatan

tersebut. Semasa proses pelantikan, saya dan rakan-rakan telah sebulat suara untuk

memilih Wan Hilmi dan Hazrina sebagai pengarah dan timbalan pengarah. Bagi saya,

Wan Hilmi dan Hazrina mempunyai sifat kepimpinan yang hebat dalam

mengendalikan sesuatu program. Manakala, saya pula telah dilantik sebagai Ajk Dana

& Tajaan. Sesunggunya, bagi saya memikul tanggungjawab ini amatlah berat kerana

harus mencari pendapatan bagi menyara kewangan sepanjang program ini dijalankan.

Justeru, terdapat juga kawan-kawan lain iaitu Naeem Siddiqi, Farah Nasuha, Farah

Ain, Cik Su dan Husnina yang turut sama-sama memikul tanggungjawab ini. Sebagai

Ajk Dana, kami telah membuat beberapa perancangan untuk mencari sumber

kewangan dengan mudah dan cepat. Antaranya ialah pegi ke pasar malam, membuat

perkhidmatan houseskipping, officeskipping, meletakkan tabung di masjid API,

membuat permohonan di MAWIP dan sebagainya. Tetapi malangnya, banyak

rancangan kami yang gagal disebabkan faktor-faktor tertentu. Saya berasa sangat

sedih dan risau dengan kewangan program kami. Disebabkan itu, kami dri pihak dana

telah mencadangkan supaya meminta setiap daripada ahli kami sama-sama turun

padang dalam pencarian duit dan mewajibkan setiap seorang memberi RM70 sahaja.

Sesungguhnya, kerjasama yang rakan-rakan saya berikan sangatlah saya hargai. Dari

situ, saya dapat belajar sesuatu yang baru iaitu di dalam perancangan yang dibuat

haruslah dibuat dengan lebih teliti supaya tiada halangan ketika menjalankannya.

Seterusnya, seminggu sebelum program kami diadakan, pada setiap malam kami akan

adakan perjumpaan bagi memastikan kelancaran program. Melalui perjumpaan itu

juga saya belajar erti penat lelah untuk mejayakan sesuatu program. Perkara sebegitu

bukanlah mudah tapi ia akan dipermudahkan dengan usaha yang setimpal. Setiap Ajk

telah memainkan peranan masing-masing. Saya sangat teruja dengan Ajk Protokol

dan Program yang dikendalikan oleh Izzuddin kerana dia telah menerangkan dengan

jelas kepada kami mengenai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program. Idea-

idea yang dikeluarkan sangat menarik dan bernas bagi saya. Perkara baru yang saya

belajar juga ialah sebagai seorang fesi kami telah diwajibkan untuk mengetahui dan

berlatih step tarian di dalam lagu tema program iaitu “ Realiti Seorang Insan”.

Tambahan lagi, kami juga harus menghafal step “chicken dance”, “penguin dance”

dan “gummy bear” untuk aktiviti riadah pagi kepada para pelajar. Pengalaman seperti

ini sangat melucukan dan mencuit hati saya. Semua tarian ini diketuai oleh Najhan

dek kerana bakat yang sedia ada dalam dirinya. Sehari sebelum program, kami telah

membuat semakan terakhir dan memastikan setiap barang yang kami perlukan tidak

ada yang tertinggal seperti fail pelajar, hadiah,nametag pelajar, barang-barang

explorace dan sebagainya. Setelah itu, hanya doa yang kami pohonkan kepada Allah

S.W.T bagi kelancaran program.


2. FASA SEMASA

Tanggal 14 April 2018, kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh kami. Pada

pagi itu, saya dan rakan-rakan telah bersiap sedia untuk menunggu bas tepat jam 9

pagi dan bertolak pada pkol 9 30 pagi. Perjalanan ke sana mengambil masa 30 minit

sahaja. Setibanya kami di sana, kelihatan persekitaran sekolah tersebut sangat tenang

dan pelajar-pelajarnya baik belaka. Kami meneruskan agenda kami dngan terus

menuju ke tempat yang bakal kami jalankan program. Setelah itu, tepat jam 2 ptg

kami memulaikan sesi program kami yang dimulai dengan “ice-breaking”. Melalui

aktiviti ini saya belajar cara berinteraksi dengan para pelajar dengan baik iaitu saya

cuba untuk mengenali hati budi mereka dan cuba untuk beramah mesra dengan

mereka kerana bagi saya perkara ini dapat membuatkan mereka berasa selesa dengan

kehadiran saya sebagai fesi. Sedikit sebanyak saya kongsikan pengalaman yang saya

peroleh kepada mereka lalu membuatkan mereka senang dengan cara saya. Di dalam

program ini, para pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap

kumpukan terdapat dua orang fesi. Saya dan rakan saya Hasifah selaku fesi kepada

kumpulan 6. Kami telah diberi masa untuk membuat sorak semangat bertemakan

tokoh-tokoh islam. Justeru, kumpalan saya telah memilih Al-Khawarizmi sebagai

tokoh pilihan. Terdapat banyak aktiviti yang kami jalankan bagi membina kenyakinan

diri para pelajar dan menjadikan para pelajar lebih suka mencuba dalam melakukan

sesuatu perkara. Seterusnya, pada petang itu kami mengadakan aktviti explorace.

Tujuan utama aktiviti ini dilakukan adalah untuk melihat semangat berpasukan di

dalam diri mereka dan untuk menjadikan mereka lebih bersemangat dalam melakukan

sesuatu hal. Sesungguhnya saya sangat berbangga dengan para pelajar pada era ini

kerana cara pemikiran mereka sangat kreatif dan kritis sepanjang program ini

dijalankan. Saya dan kawan-kawan juga sentiasa menjaga masa supaya masa program

tidak tersasar daripada apa yang dirancang. Kami juga akan mengadakan

perbincangan sebelum sesuatu aktiviti tersebut dijalankan. Dari sini, dapat saya

katakan bahawa perbincangan di antara satu sama lain dapat memberi keberkesanan

yang lebih jitu berbanding mengikut kata hati sendiri. Program kami berakhir pada 15

April 2018 pada jam 4 petang iaitu diakhiri dengan majlis penutup dan kata-kata dari

pihak sekolah.


3. FASA SELEPAS

Sesungguhnya, saya berasa sangat lega dan berpuas hati dengan program yang kami

telah jalankan ini. Program ini merupakan suntikan semangat buat diri saya untuk

terus melibatkan diri dalam pelbagai program bagi menimba pengalaman yang baru.

Pengalaman tersebut tidak dapat dibeli dengan wang dan kita hanya dapat

memperoleh jika kita betul-betul mengingikannya dengan melibatkan diri dalam

aktiviti sebegini. Saya juga berharap para pelajar di bawah naugan program kami juga

sama-sama mendapat sesuatu yang bermanfaat dan digunakan di dalam kehidupan

mereka yang akan datang. Kebaikkan yang terdapat di dalam program ini semuanya

datang dari Allah, dan setiap keburukkan itu datangnya dari diri kami sendiri. Saya

juga berharap agar diberi lagi peluang sebegini kepada saya supaya dapat menjadi

yang lebih baik. Akhir kalam, semoga setiap daripada kami dapat memperbaiki

kelemahan yang kami lakukan untuk kebaikkan masa hadapan. Wallahualam.

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page