IQBAL
- Unit Media
- May 20, 2018
- 3 min read
Updated: May 22, 2018

Mohammad Iqbal bin Smail@Maidin
IIO170007
i) Fasa Perancangan
Pada awal perancangan ini, kami telah dibahagikan kepada 2 kumpulan oleh
pensyarah bimbingan kami. Setelah mengetahui ahli kumpulan masing-masing, kami
melakukan perjumpaan pertama dimana kami melantik dan membentuk organisasi
kami. Namun, berlaku sedikit masalah dimana semasa dalam proses pengundian dan
pemilihan calon, ahli didalam perjumpaan itu banyaknya bermain-main dan tidak
serius. Tetapi, organisasi berjaya dibentuk pada perjumpaan itu juga. Setelah
menubuhkan organisasi kumpulan, maka bermulalah percangan untuk membuat
program di sebuah sekolah iaitu di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan
Hisamuddin (SAMTSH). Setiap unit telah pun membuat perancangan dan perjumpaan
bagi unit masing-masing bagi membincangkan gerak kerja yang harus dilakukan bagi
melancarkan program di hari kejadian nanti. Kumpulan ini telah dibahagikan kepada
7 unit iaitu, Biro Protokol, Biro Pengisian, Biro Pengangkutan, Biro Dana, Biro
Multimedia, Biro Makanan, Biro Tugas-Tugas Khas.
Walaupun berlaku sedikit masalah pada unit-unit yang tertentu, namun
Alhamdulillah kami dapat atasi masalah tersebut dengan tenang. Pada awalnya,
hubungan yang tidak begitu kuat dalam mengerakkan gerak kerja menjadi kuat kerana
kami merasa seronok dapat membuat program ini bersama-sama. Tambahan pula,
dalam jabatan yang sama. Pada kami, hanya inilah peluang untuk kami lari daripada
kancah pembelajaran dan tugasan-tugasan ilmiah untuk sementara waktu. Selain itu,
banyak juga latihan dan persiapan lain yang telah kami lakukan seperti mengadakan
Training Of Fasilitator (TOF) bagi mendapatkan karisma antara satu sama lain.
ii) Fasa Semasa
Pada pagi hari kejadian, kami telah menunggu lama di perhentian bas Kolej 12
kerana bas yang dijangka tiba awal berlaku sedikit kekeliruan maklumat. Perjalanan
kami ke SAMTISH hanya mengambil masa lebih kurang satu jam setengah kerana
keadaan trafik yang begitu lancar. Kami tiba di sana lebih kurang pada jam 10.45
pagi, kami disambut baik oleh wakil pelajar dari sekolah itu. Secara berasingan lelaki
dan perempuan, kami diiring dan ditunjukkan tempat menginap iaitu sebuah bilik
yang besar dan selesa. Selepas meletakkan barang-barang, kami meninjau sekitar
kawasan sekolah dan membuat persiapan tempat untuk program pada sebelah
petangnya. Selepas solat zohor, para peserta dari tingkatan 2 dari sekolah
tersebut(SAMTISH) berkumpul di dalam surau iaitu tempat berlangsungnya program.
Aktiviti-aktiviti berjalan dengan lancar bermula daripada ice-breaking, pembahagian
kumpulan sehingga ke aktiviti yang terakhir pada sesi itu. Para peserta memberi
kerjasama dan respon yang baik sepanjang sesi tersebut. Terdapat segelintir peserta
yang datang lewat atas sebab-sebab yang munasabah seperti berjumpa dengan ibu
bapa.
Selepas Asar pula, para peserta berkumpul untuk aktiviti explorace. Berlaku
sedikit kelewatan antara para peserta dan fasilitator kerana solat asar yang lambat
didirikan pada petang itu. Pada permainan explorace ini, Terdapat lebih kurang
daripada sepuluh checkpoint yang mesti diselesaikan oleh setiap kumpulan.
Alhamdulillah kesemua perserta daripada setiap kumpulan berjaya menyelesaikan
kesemua checkpoint dengan baik. Mereka memberi respon yang positif kepada setiap
checkpoint dan juga menunjukkan kesan yang baik hasil daripada terlaksana
explorace , meskipun tidak berjaya mengutip mata penuh namun intipati explorace itu
berjaya mereka serap. Kami sebagai fasilitator keseluruhannya berjaya
mengendalikan checkpoint masing-masing yang dipertanggungjawabkan dengan
sempurna. Seperti saya mengendalikan checkpoint belon air.
Pada sebelah malam pula, peserta ke surau untuk menghadiri aktiviti
seterusnya iaitu ,mendengar kuliah berantai daripada tiga orang fasi iaitu saudara
Izzuddin, Hilmi dan Ikhwan. Para peserta mendengar kuliah dengan baik dan
khusyuk.
Pada keesokan harinya, para peserta diarahkan untuk pergi ke padang sekolah
untuk sesi riadah pagi. Pada pagi itu, kami melakukan sedikit senaman ringan dan
aktiviti untuk mencergaskan tubuh badan. Selesai riadah pagi itu, mereka terus pergi
mempersiapkan diri untuk menghadiri ceramah motivasi daripada ceramah jemputan,
seterusnya bersedia untuk majlis penutupan. Terdapat beberapa peserta yang lewat.
Begitu juga dengan fasi yang lewat turun ke masjlis penutupan. Respon fasi dan
peserta daripada ceramah menyatakan sedikit kebosanan dan dianggap tidak berapa
sesuai dengan tahap umur pendengar berumur 14 tahun. Majlis penutupan
berlangsung dengan jayanya setelah dirasmikan perasmian penutup oleh Ustaz
Azrien. Tayangan video oleh pihak multimedia juga adalah sangat terbaik. Program
‘Seize Your Success’ telah diakhiri dengan lagu tema program. Sesi fotografi
bersama-sama peserta pun bermula.
Comments