top of page

HIDAYAH

  • Writer: Unit Media
    Unit Media
  • May 20, 2018
  • 2 min read

Updated: May 22, 2018



NAMA: NURUL HIDAYAH BINTI ROZEN

NO.MATRIK: IIN170027

KUMPULAN: SATU (1) - PROGRAM SEIZE YOUR SUCCESS


Fasa Perancangan:

Saya ditempatkan dalam unit multimedia. Pada mulanya, saya berasa tidak selesa apabila

ditempatkan dalam unit ini kerana tidak mempunyai apa-apa kemahiran dalam bidang tersebut.

Namun, kami dapat bekerjasama dalam setiap bahagian dan tugasan bukan sahaja dalam unit

masing-masing tetapi juga saling membantu antara unit-unit yang lain. Setiap ahli program

Jalinan Masyarakat ini bertungkus lumus untuk membuat persiapan yang berkaitan dan

diperlukan semasa program yang berlangsung nanti. Saya melihat setiap seorang dari kami

kelihatan begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk menjayakan program ini sejak

peringkat awal lagi.


Fasa Semasa:

Semasa program bermula saya berasa sangat teruja memandangkan ini merupakan program

pertama yang dirancang oleh kami sendiri. Namun begitu, saya berpendapat bahawa aktiviti yang

dijalankan agak membosankan kerana kebanyakan aktiviti berlangsung hanya di dalam dewan.

Kami terikat dengan peraturan pihak sekolah yang tidak menginginkan aktiviti yang lasak yang

boleh membahayakan keselamatan pelajar. Aktiviti yang paling saya gemari adalah aktiviti

‘explorace’. Melalui aktiviti ini saya diberi peluang untuk menjaga salah satu ‘checkpoint’. Ini

merupakan pengalaman baru bagi saya dan saya dapat merasai sendiri bagaimana mengendalikan

sesuatu aktiviti itu. Meskipun pada mulanya saya berasa agak janggal namun ia hanya di

peringkat permulaan sahaja. Saya juga dapat melihat pelbagai gelagat peserta sepanjang

berlangsungnya program tersebut.


Fasa Selepas:

Program Jalinan Masyarakat merupakan satu program yang memberi banyak input dan

pengalaman baru kepada saya. Saya berasa sangat bersyukur di atas peluang yang diberikan.

Sejak dahulu saya sangat menginginkan pengalaman untuk menjadi fasilitator dan akhirnya saya

mendapat peluang itu dalam program ini. Selain itu, program ini memberi peluang kepada saya

untuk berinteraksi dengan pelajar-pelajar dan ini boleh dianggap sebagai latihan sebelum

menghadapi alam pekerjaan nanti. Di samping itu, saya dan rakan-rakan yang lain juga dapat


merasai sendiri pengalaman untuk mengendalikan sesuatu program dari awal hingga akhir. Akhir

sekali, pengalaman yang diperoleh ini sememangnya sangat berguna dan bermakna bagi kami.

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page