HAZWANI
- Unit Media
- May 20, 2018
- 1 min read
Updated: May 22, 2018

NURUL HAZWANI AFIQAH BINTI MOHD RIDZUAN (IIN170018)
JALINAN MASYARAKAT (KUMPULAN 1)
Sebelum :
Sebelum program ini berlangsung saya dapat berkerjasama dengan ahli kumpulan yang lain
dalam mencari barang dan juga menyiapkan hadiah - hadiah untuk para pelajar SAMTISH
yang menyertai program Jalinan Masyarakat. Selain itu,kami juga dapat bertukar-tukar idea
dan fikiran dalam menetapkan hadiah dan cenderahati yang bermanfaat kepada adik-adik di
SAMTISH dan alumni jemputan.
Semasa :
Semasa program ini berlangsung saya dapat melatih diri bercakap di hadapan orang ramai
tanpa rasa gementar.Di samping itu, saya juga dapat melatih mendisiplinkan diri supaya
menjadi tauladan yang baik kepada adik-adik untuk diikuti . Seterusnya, saya juga dapat
mencari pengalaman dalam menguruskan sesuatu program itu dan dapat mengendalikan
adik-adik supaya mengikuti program tanpa ada masalah disiplin.
Selepas :
Banyak ilmu yang saya dapat selepas menjalankan program ini seperti bekerjasama, saling
menghormati dan menerima buah fikiran orang lain juga, menyusun program, mengendalikan
pelbagai jenis karenah adik-adik namun semua itu merupakan pengalaman manis yang tidak
akan saya dapat dari tempat lain.Selain itu, dapat mengeratkan lagi silatulrahim antara kami
sebagai fasilitator dan juga para pelajar SAMTISH.
Comentarios