top of page

HAZRINA

  • Writer: Unit Media
    Unit Media
  • May 20, 2018
  • 2 min read

Updated: May 22, 2018



HAZRINA HAMZAH | IIO170005 | JM KUMP 1


Program Jalinan Masyarakat (Seize Your Success) di bawah anjuran Pelajar Sarjana

Muda Pendidikan Islam (SMPI) telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Agama

Menengah Tinggi Islam Sultan Hisamudin (SAMTISH) . Melalui program Jalinan

Masyarakat ini pelbagai pengalaman dan kebaikan yang saya perolehi .


FASA PERANCANGAN

1. Bermula dengan penubuhan jawatankuasa program, telah mengajar saya tentang

bagaimana cara untuk mengendalikan sesuatu organisasi dan program.

2. Alhamdulillah, setiap ahli jawatankuasa memberikan komitmen dan kerjasama yang baik

sepanjang program ini dijalankan. Contohnya, semasa penyediaan barang-barang keperluan

untuk program ini, biro masing-masing telah pun tahu tugas masing-masing dan semuanya

berjalan lancar.

3. Sumbang saran dan saling bertukar idea juga dilakukan oleh sebahagian pelajar untuk

memantapkan lagi perjalanan program.

4. Kehadiran setiap pelajar ke perjumpaan-perjumpaan juga sangat memuaskan.

5. Walaupun setiap pelajar hadir ke setiap perjumpaan yang diadakan, namun ketepatan masa

untuk memulakan perjumpaan tersebut agak lambat.

6.Gerak kerja ahli jawatankuasa juga berjalan dengan baik dan lancar , contohnya , biro

pengisian dan protokol mampu memberikan penerangan secara terperinci bagi tugas-tugas

ahli jawatankuasa yang lain.


FASA SEMASA

1. Sepanjang program ini, kami banyak berkomunikasi dan berurusan dengan pihak sekolah,

ini merupakan satu hal yang baik untuk mengembangkan lagi potensi dan kemahiran.

2. Saya juga mendapati dan memahami bahawa setiap program yang dijalankan itu haruslah

mengikuti dan menepati prosedur dan protokol yang telah ditetapkan. Ini sebagai salah satu

cara mengajar kita untuk berdisiplin dan menepati masa.

3. Kerjasama antara fasilitator bersama pelajar-pelajar SAMTISH baik sepanjang program

berlangsung.

4. Saya dapati ada sesetengah fasilitator yang kurang bergaul dan berkomunikasi bersama

pelajar-pelajar.

5. Aktiviti-aktiviti yang dirancang menepati masa dan mendapat sambutan dan respon yang

baik dari para pelajar.


6. Saya dapati para fasilitator dapat mengawal pergerakan para pelajar sepanjang program

berlangsung.


FASA SELEPAS

1. Program ini berakhir dengan baik dan segala kelengkapan sekolah yang digunakan telah

dikembalikan dalam keadaan baik.

2. Kami telah mengadakan “post-mortem” untuk menilai semula gerak kerja yang dilakukan

semasa program dan membincangkan hal-hal berbangkit.

3. Saya dapati program ini dapat mengasah bakat dan kemahiran insaniah dalam diri kita.

4. Program ini juga telah mendedahkan kami kepada serba sedikit dunia pendidikan yang

sebenarnya terutamanya dalam mengendalikan para pelajar tingkatan 2 yang mempunyai

pelbagai karenah.

5. Saya juga mendapati bahawa program seperti ini dapat membina rangkaian hubungan yang

lebih luas dan baik dengan pihak luar.

6. Saya dapati hubungan antara pelajar PI dan PQ juga semakin baik dan akrab setelah

program ini dijalankan.

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page