top of page

HASIFAH

  • Writer: Unit Media
    Unit Media
  • May 20, 2018
  • 2 min read

Updated: May 22, 2018



WAN NOOR HASIFAH RADHIAH BT WAN ALAUDDIN

IIN170034

JALINAN MASYARAKAT


SEBELUM PROGRAM

Pada permulaannya,sebelum berjalannya program Jalinan Masyarakat ini semua ahli kumpulan mengadakan perbincangan bagi membincangkan pemilihan tempat dan masa untuk menjalankan program ini serta membahagikan tugas setiap ahli kumpulan bagi memudahkan dan melancarkan perjalanan program.Pada awalnya,penasihat jabatan kami iaitu Dr Ahmad telah mencadangkan pihak kami untuk mengadakan program ini di sebuah perkampungan orang asli,namun disebabkan oleh beberapa faktor,akhirnya pihak kami telah sebulat suara untuk mengadakan program Jalinan Masyarakat ini di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hishamuddin(SAMTISH) selama 2 hari 1 malam bersamaan dengan 14&15/4/2018.Peserta yang terlibat dalam menjayakan program ini adalah pelajar Tingkatan 2 sekolah tersebut.


SEMASA PROGRAM

Pada pandangan saya,program ini mendapat sambutan dan kerjasama dari kedua-kedua belah pihak.Malah,program yang dijalankan adalah sangat bermanfaat dan menarik sekali kepada pelajar.Antara aktiviti yang terawal setelah saya dan rakan-rakan yang lain sampai di sekolah tersebut adalah Ice Breaking iaitu memecahkan dan membahagikan pelajar-pelajar kepada beberapa kumpulan beserta dengan 2 orang fasilitator bagi setiap kumpulan,permainan Explorace,Sharing Moments dan sebagainya.Melalui aktivit-aktiviti tersebut,kami menjadi lebih rapat dan pelajar-pelajar dan mula menunjukkan minat terhadap pengisian sepanjang program yang kami jalankan.Malah,sebagai PIC saya turut terlibat secara langsung dengan permainan Explorace yang dijalankan di mana antara aktivitinya bernama Kenal Atau Tidak ? yang mana setiap kumpulan akan diberikan sehelai kertas dan mereka dikehendaki menjawab soalan yang telah disediakan dalam masa 5 minit.Sekiranya mereka tidak berjaya , maka mereka akan dikenakan denda mengalunkan Asmaulhusna.Bagi saya aktiviti ini adalah sangat bermanfaat dan menarik sekali kerana selain dapat menjana pemikiran pelajar,para PIC juga perlu memberi Ibrah di sebalik permainan yang dimainkan.Sememangnya saya saangat berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan. Walaupun biasa dan agak memenatkan kerana para pelajar dan pihak kami terikat dengan masa namun ianya memberi imput dan nilai-nilai tersendiri.


SELEPAS PROGRAM

Bagi saya, berdasarkan pengalaman selama 2 hari 1 malamdi sana,memang tidak dapat saya nafikan bahawa program di sana merupakan salh satu kenangan yang terindah buat saya.Kerana melalui program ini, banyak perkara dan benda baru yang saya belajar daripada pengalaman berprogram bersama para pelajar dan melalui kepimpinan program ini sendiri.Antaranya adalah cara mendapatkan dana bagi menampung perbelanjaan program,berurusan dengan pihak luar bagi urusan pengangkutan pihak kami sepanjang program,cara berkomunikasi dan berinteraksi bersama para pelajar yang mana pengalaman-pengalaman seperti ini amatlah penting untuk kami sebagai bakal pendidik suatu hari nanti. Di samping itu,saya dapat mengenal ahli jabatan saya dengan lebih dekat.Bagi saya segala penat lelah untuk menjayakan program ini sangatlah berbaloi.

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page