top of page

HANADIA

  • Writer: Unit Media
    Unit Media
  • May 20, 2018
  • 2 min read

Updated: May 22, 2018



NUR HANADIA BINTI HAPENDI

IIO170022

KUMPULAN JALINAN MASYARAKAT 1


Bismillahirrahmanirrahim.. Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya, saya

berpeluang menyertai Program Jalinan Masyarakat yang diberi nama “Seize You Success” yang

telah diadakan di SAM Tinggi Sultan Hishamuddin, Kampung Jawa Klang pada 14 dan 15 April

yang lalu. Peserta program ini terdiri daripada para pelajar Tingkatan Dua sekolah ini. Setelah

mengelolakan program yang bertemakan motivasi ini, saya dapati diri saya lebih berkeyakinan

dan berpengalaman dalam mengendalikan program. Segala rintangan yang berlaku sebelum,

semasa dan selepas menjalankan program telah mematangkan diri saya dan mengajar erti tolak

ansur serta saling bekerjasama dalam sesuatu organisasi.


Fasa Perancangan (Sebelum)

Saya telah ditempatkan di bawah unit Makanan dan Cenderahati. Alhamdulillah dari segi

makanan, pihak sekolah berbesar hati untuk menaja kami untuk makan dan minum bersama para

pelajar di dewan makan. Manakala, dari segi cenderahati pula, saya dan rakan-rakan lain di

bawah unit Makanan dan Cenderahati telah berbincang hadiah yang akan diberikan kepada para

peserta, sekolah, penceramah dan tetamu jemputan. Kami berkerjasama membeli barang-barang

dan juga membungkus hamper. Malah, kami juga mendapat bantuan dari Unit Tugas-tugas khas

dan unit-unit lain semasa membungkus dan mengangkat hadiah meskipun ianya di luar

tanggungjawab mereka.


Fasa Semasa

Semasa program berlangsung, kebanyakan tanggungjawab kami sudah terlaksana. Namun,

terdapat kekangan di mana fasilitator lelaki terpaksa bergerak ke bahagian dewan makan

muslimat untuk makan. Selain itu, kami menghadapi masalah dalam menyediakan makanan

untuk penceramah jemputan kerana kantin sekolah tutup disebabkan memberi ruang kepada

jualan sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan yang turut diadakan pada hari yang sama di

sekolah tersebut. Namun begitu, kami tidak mudah melatah dan berjaya membeli makanan dan

minuman di gerai-gerai. Dari segi hadiah pula, unit-unit lain turut membantu kami mengangkat

hamper ke tempat program berlangsung.


Fasa Selepas

Saya sangat berbesar hati kerana telah berkhidmat untuk Program Jalinan Masyarakat pada kali

ini di bawah unit Makanan dan Cenderahati. Kerjsama antara semua pihak terutamanya ketua

dan penolong yang memberi tunjuk ajar kepada kepada kami membantu melancarkan perjalanan

program. Kebersamaan, kerjasama, kesabaran dan kepercayaan adalah antara nilai yang telah

saya peroleh sepanjang menjalankan program ini. Program ini juga telah membuka minda saya

untuk mejadi bakal pendidik yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa akan datang.

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page