top of page

HAKIM

  • Writer: Unit Media
    Unit Media
  • May 20, 2018
  • 3 min read

Updated: May 22, 2018



NAMA : MUHAMMAD HAKIM BIN RUZIHAN

NO MATRIK : IIN170007

SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM (PENGAJIAN AL-QURAN)


1) FASA PERANCANGAN

Program Jalinan Masyarakat merupakan subjek yang wajib diambil oleh pelajar bagi

semester kedua. Oleh yang demikian, pelajar tahun satu jurusan pendidikan islam dibahagikan

kepada dua kumpulan yang berbeza. Saya merupakan ahli kumpulan satu yang melibatkan

seramai 32 orang pelajar. Alhamdulillah perancangan kami untuk menganjurkan program Jalinan

Masyarakat di Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin diterima oleh penyelia.

Pada fasa perancangan ini saya dan sahabat-sahabat dari unit makanan dan cenderahati

perlu mengambil kira dari pelbagai aspek untuk menggerakkan kerja contohnya, kami perlu

mendapatkan maklum balas daripada pihak sekolah sama ada pihak sekolah menyediakan

makanan atau sebagainya. Seterusnya kami perlu berhubung dengan unit program bagi

mendapatkan kepastian jumlah peserta yang akan menerima hadiah. Tambahan pula, kami juga

perlu memastikan bilangan penerima cenderahati sama ada dari pihak sekolah mahupun dari

Universiti Malaya sendiri. Antara perkara-perkara yang penting pula, kami perlu mengenalpasti

jenis-jenis barang untuk dijadikan hadiah dan cenderahati berdasarkan peruntukan wang yang

diberikan. Jika barang-barang yang hendak dibeli melebihi peruntukan, ia akan menjejaskan

peruntukan wang kepada unit-unit yang lain. Oleh itu perancangan untuk menyediakan makanan

dan pemberian hadiah perlu mengambil kira pelbagai aspek dengan teliti bagi mengelakkan

kerugian dan melebihi peruntukan wang yang disediakan.


2) FASA SEMASA

Setelah mendapat maklum balas daripada pihak sekolah dan unit-unit yang berkaitan. Maka

gerak kerja boleh dimulakan. Seterusnya, pada fasa semasa, unit makanan dan cenderahati

dibantu oleh unit tindak-tindakan khas untuk mebeli barang-barang yang diperlukan. Pada waktu

ini semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh setiap ahli amat diperlukan dalam proses

pembelian barang. Saya mengatakan hal demikian kerana, barang- barang tersebut banyak dan

berat. Namun, ahli-ahli yang terlibat saling bantu membantu bagi memudahkan dan melancarkan

urusan pembelian.

Setelah pembelian dilakukan, barang-barang yang dibeli perlu dibalut dengan plastik balutan

hadiah. Ahli unit saya telah dibantu unit-unit lain yang kebanyakkannya akhawat dalam proses

membalut hadiah. Pada hari kejadian, pihak sekolah menyediakan makanan kepada pelajar


sekolah dan sukarelawan daripada UM. Perkara ini amat membantu dan mengurangkan kos

makanan program. Pemberian hadiah diberi kepada semua kumpulan peserta yang terdiri

daripada 10 kumpulan. Cenderahati pula diberikan kepada wakil alumni pelajar Sarjana Muda

Pendidikan Islam, pihak sekolah dan penyelia program jalinan masyarakat. Kenangan semasa

memberikan pelajar hadiah amat sukar dilupakan kerana pelajar-pelajar yang mendapat hadiah

menghargai pemberian hadiah tersebut dan mereka juga berusaha dengan gigih dan bersemangat

semasa program dijalankan untuk memenangi pertandingan yang dijalankan. Pelajar juga dapat

belajar bekerjasama dalam kumpulan dan mengagihkan hadiah yang berbentuk hamper kepada

semua ahli kumpulan selepas aktiviti pemberian hadiah dijalankan. Saya dapat menyaksikan

kasih sayang yang ditunjukkan oleh pelajar dalam kumpulan selepas berkongsi hadiah ini.


3) FASA SELEPAS

Selepas tamat program, kasih sayang yang ditunjukkan oleh pelajar terhadap sukarelawan

UM begitu mendalam sekali. Mereka mengajak sukarelawan UM menganjurkan aktiviti seperti

ini sekali lagi di sekolah tersebut. Mereka juga saling berhubung dengan sukarelawan UM

mengenai perkembangan dan aktiviti yang dijalankan di sekolah.

Sukarelawan UM pula mengambil kesempatan ini untuk memberikan nasihat-nasihat dan

memberikan dorongan belajar melalui perhubungan yang rapat ini. Beberapa hari selepas

program dijalankan, bedah siasat ataupun (post mortem) dijalankan bagi mendapatkan dapatan

sama ada kekurangan program, kelebihan mahupun cadangan supaya program jalinan

masyarakat ini menjadi lebih baik pada masa akan datang. Saya amat berpuas hati dengan

kerjasama dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh setiap unit. Jika setiap unit hanya memikirkan

hal masing-masing tanpa membantu unit lain, nescaya program jalinan masyarakat ini tidak akan

berlangsung dengan baik dan lancar seperti yang telah dilakukan. Alhamdulillah, walaupun kami

kepenatan kerana kurang tidur dan sibuk dengan program ini, kami amat berpuas hati dengan

program ini kerana ia membantu kami yakni pelajar Sarjana Muda Pendidikan Islam dalam

membiasakan diri untuk mengendalikan pelajar-pelajar sekolah dan seterusnya membaiki

kemahiran asas yang diperlukan oleh seorang guru.

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page