top of page

FATHULLAH

  • Writer: Unit Media
    Unit Media
  • May 20, 2018
  • 2 min read

Updated: May 22, 2018



Nama : Mohammad Fathullah Bin Fatihi

No. Matrik : IIO170006

Lokasi : Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hishamuddin (SAMTSH)

Tarikh : 14 & 15 Januari 2018


FASA PERANCANGAN

1. Setiap ahli telah diagihkan kepada beberapa biro yang umumnya perlu ada bagi

menjayakan sesebuah program, antaranya biro pengangkutan, biro tajaan, biro

makanan dan cenderahati, biro program dan protokol, biro logistik, biro tugas-tugas

khas dan lain-lain.

2. Semua pelajar telah memberi kerjasama yang tinggi dan membantu antara satu

sama lain walaupun di luar bidang tugas biro masing-masing.

3. Semua telah memberi komitmen yang tinggi bagi melancarkan program yang bakal

berlangsung di mana masing-masing sanggup bersengkang mata pada hari-hari

terakhir sebelum bertolak ke SAMTSH.

4. Para pelajar (fasilitator) bersungguh-sungguh mempelajari dan mempraktikkan

modul yang disediakan dan tidak mengambil mudah walaupun program yang

dilakukan adalah kepada pelajar Tingkatan Dua.

5. Tidak ada satu perkara pun yang sempurna di dunia ini yang terlepas dari

kepincangan dan begitu juga dengan perancangan program kami seperti kekurangan

dana, aktiviti tidak dapat diselaraskan dengan baik, komunikasi dengan pihak sekolah

dan sebagainya, namun setiap satu halangan tersebut berjaya diatasi dengan baik

tanpa tindakan terburu-buru ajk pelaksana yang terlibat.

6. Pihak sekolah memberikan kemudahan yang terbaik kepada kami serta menaja

makan dan minum sepanjang dua hari di sekolah tersebut.


FASA SEMASA

1. Permulaan program ini bermula dengan baik dan mengikut masa seperti yang

dirancang sebelumnya.

2. Semua peserta dan fasilitator mempunyai komunikasi yang amat abaik di mana

semua mendengar arahan ketua fasi dengan baik sama ada dari segi pengurusan

masa dan peraturan sepanjang kem.


3. Semua peserta telah menunjukkan minat terhadap program ini walaupun banyak

aktiviti yang mungkin sudah biasa mereka lakukan.

4. Di samping itu, saya juga dapat melihat sendiri sedikit sebanyak suasana pendidikan

di sekolah; ragam para pelajar, cara untuk mendekati pelajar, apa yang pelajar

berminat dan apa yang pelajar kurang berminat dan sebagainya.

5. Sebagai ketua biro protokol, saya merasa sedikit kecewa kerana pihak sekolah

enggan memberi kelonggaran kepada para peserta yang terlibat dengan kem dari

segi masa makan peserta dan kami terpaksa mengikut masa makan yang telah

ditetapkan oleh sekolah yang menyebabkan kesukaran untuk kami biro protokol

dalam menyusun jadual supaya aktiviti dapat dijalankan dengan masa yang cukup

untuk mencapai satu-satu objektif aktiviti.


FASA SELEPAS

1. Sememangnya Jalinan Masyarakat ini telah mengasah ilmu-ilmu pengurusan sesuatu

program kepada saya terutama dari segi komunikasi dengan sekolah dan mengasah

“soft skill” semua untuk menjayakan satu-satu program. Alhadulillah program secara

keseluruhannya telah berjalan dengan baik seperti perancangan awal terutam dari

segi masa dan tempat. Pada penghujungnya kami telah mendapat “feedback” yang

baik dari peserta yang terlibat dan pihak sekolah.

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page