top of page

FARHANA

  • Writer: Unit Media
    Unit Media
  • May 20, 2018
  • 3 min read

Updated: May 22, 2018



Nama Nurul Farhana binti Sabakan

No. Matrik IIO170028

Kumpulan JM 1


i. Fasa Perancangan

Sebelum program berlangsung, saya dan rakan-rakan bertungkus-lumus dalam

merancang perjalanan program dan menyediakan kelengkapan program. Sebagai Timbalan

Bendahari program ini, saya sedar bahawa peranan saya amat penting dalam menguruskan

anggaran belanjawan untuk program yang akan diadakan. Pada mulanya, saya berasa

bimbang kerana hasil dapatan kami yang tidak memuaskan. Oleh itu, setelah meminta

pendapat daripada setiap ahli program yang terlibat, Unit Dana dan Tajaan memutuskan

untuk membuat jualan roti sosej pada setiap malam kecuali ketika kami ada urusan lain yang

perlu diselesaikan. Saya bersyukur kerana dalam masa kira-kira 3 minggu, hasil jualan yang

kami dapat agak memuaskan namun masih tidak mampu untuk menampung belanjawan

terkini kami. Saya gembira kerana kami berjaya mengumpul dan mendapat sumbangan

daripada setiap ahli program dan sumbangan daripada program perkhemahan kami pada awal

bulan April yang lalu. Dalam merancang perjalanan program yang bakal berlangsung, saya

berasa senang hati kerana keadaan belanjawan kami yang agak stabil. Selain itu, saya amat

berpuas hati dengan Unit Program dan Pengisian dalam memberi tunjuk ajar kepada saya dan

ahli-ahli yang lain tentang bagaimana setiap aktiviti dan latihan dalam kumpulan (LDK) itu

akan berjalan. Apabila tarikh program yang kian mendekat, kadangkala saya berasa takut dan

bimbang sekiranya apa yang kami rancang tidak akan berjalan dengan lancarnya. Oleh itu,

unit yang bertanggungjawab telah menyediakan back-up plan sekiranya sesuatu aktiviti yang

telah dirancang tidak dapat dilaksanakan. Saya berharap setiap aktiviti dan latihan dalam

kumpulan yang dirancang bersama-sama akan berjalan dengan baik dan disukai oleh para

peserta program nanti.


ii. Fasa Semasa

Pada petang 14 April 2018, saya berasa amat gembira kerana dapat menjejakkan kaki

di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin untuk mengadakan program ‘Seize

Your Success’ dalam kalangan para pelajar Tingkatan 2 di sekolah tersebut. Sebagai

permulaan, saya berpuas hati kerana aktiviti oleh Unit Program dan Pengisian berjalan seperti

apa yang telah dirancangkan. Saya rasa program kami mendapat sambutan yang baik dengan

kehadiran para pelajar Tingkatan 2 di tempat program dan saya menganggap mereka gembira

dengan program yang dianjurkan untuk mereka. Disisi yang lain pula, saya berasa sedikit

terkilan kerana tidak dapat menjadi fasilitator untuk kumpulan-kumpulan pelajar yang telah

dibahagikan atas faktor tertentu. Namun, saya berperanan untuk memantau aktiviti para


pelajar sepanjang program berlangsung dan membantu ahli-ahli program untuk menjayakan

apa yang telah kami rancang. Seterusnya, saya kurang berpuas hati dengan tempat yang pihak

sekolah tetapkan sebagai tempat utama sepanjang program kami berlangsung. Hal ini kerana

tempat atau bilik tersebut tidak mempunyai ruang yang luas untuk ahli-ahli program kami

melakukan segala aktiviti dan LDK dengan bebas. Tambahan lagi, saya merasakan ada

kekurangan dalam aktiviti yang dijalankan kerana pihak sekolah telah menetapkan peraturan

aktiviti untuk para pelajar. Antara peraturan tersebut adalah kami tidak dibenarkan membuat

sebarang aktiviti yang dikhuatiri akan mencederakan para pelajar iaitu aktiviti yang boleh

dilabel ekstrem. Seperti contoh, ketika aktiviti Explorace berlangsung, setiap aktiviti mestilah

ringan-ringan sahaja yang tidak memerlukan kudrat para pelajar untuk bersaing dengan lebih

lagi. Selain itu, saya perasan bahawa terdapat jurang pergaulan antara ahli-ahli program

dengan para pelajar kerana komunikasi yang tidak berkesan seperti terdapat segelintir ahli

lebih memilih untuk berdiam diri daripada bergaul dan berbual ilmiah dengan para pelajar.


iii. Fasa Selepas

Setelah program selesai dianjurkan, saya berasa gembira dan amat bersyukur kerana

dapat merasai pengalaman berada di sekolah sebagai seseorang yang terlibat dalam

penganjuran program dan bukan sebagai seorang murid atau pelajar sekolah biasa. Saya juga

menyedari bahawa program sebegini mampu mengasah pelbagai kemahiran insaniah dalam

diri saya dan rakan-rakan, lebih-lebih lagi kami berada dan terpilih dalam kursus Sarjana

Muda Pengajian Islam. Saya rasa saya dapat mencipta pengalaman terindah bersama para

pelajar Tingkatan 2 kerana pada saat akhir program, saya telah berpeluang untuk berkongsi

pengalaman dan kisah perjalanan pengajian setelah tamat SPM dan berjaya menyambung

pelajaran ke menara gading. Saya amat berpuas hati setelah melihat wajah gembira para

pelajar setelah mendengar perkongsian daripada kami. Akhir sekali, saya amat berharap agar

program sebegini akan lebih kerap dianjurkan supaya saya dan rakan-rakan terdedah dengan

suasana pembelajaran dan aktiviti pelajar-pelajar sekolah.

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page