top of page

FARAH

  • Writer: Unit Media
    Unit Media
  • May 20, 2018
  • 2 min read

Updated: May 22, 2018



NUR FARAH NASUHA BINTI MAT ARIN

IIN 170021

JALINAN MASYARAKAT: KUMPULAN 1


Pada fasa sebelum program, mulanya sangatlah menakutkan dan tertekan kerana telah

ditaklifkan sebagai biro dana dan tajaan. Boleh dikatakan semua orang akan memberi seribu satu

alasan untuk tidak dilantik menjadi biro dana dan tajaan. Namun, atas kepercayaan dan undian

daripada sahabat, saya menerima taklifan ini dengan hati yang terbuka. Saya memandang pada

sudut positif, mungkin inilah masanya untuk saya mencari pengalaman dan ilmu yang boleh

diaplikasikan untuk masa hadapan. Pada masa yang sama, pelbagai persoalan yang timbul dalam

fikiran oleh kerana saya tidak pernah melibatkan aktiviti berorganisasi jadi saya tertanya-tanya

bagaimana prosedurnya, siapa yang layak, dimana yang sesuai dan sebagainya. Meskipun

pelbagai ancaman yang terpaksa dihadapi seperti jadual kelas yang padat, KKP siap lambat, jadi

usaha mencari dana terpaksa dilambatkan dan menebabkan masa singkat, jadi surat permohonan

tajaan yang dihantar semua tidak berjaya. Namun, syukur Alhamdulillah dengan bantuan

daripada sahabat-sahabat, biro dana dan tajaan berjaya mendapatkan dana yang mencukupi.

Pada fasa semasa program, bagi saya sangatlah mengecewakan kerana berkaitan

ketepatan masa tidak titikberatkan. Bukan pada peserta, tetapi fasilitator sendiri. Meskipun telah

diingatkan oleh pengacara majlis supaya menepati masa. Tetapi bila diperhatikan pada setiap sesi

aktiviti, peserta datang lebih awal daripada fasilitator. Bukanlah semua fasilitator yang lambat,

cuma segelintir sahaja. Tetapi ia telah mencemarkan reputasi sebagai pelajar pengajian islam.

Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jadi, pengarajan yang saya dapat di sini ialah

pentingnya menepati masa kerana ada dinukilkan dalam Al-Quran “Demi Masa, sesunggahnya

manusia berada dalam kerugian”. Selain itu, guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah ini

selalu mengulang perkataan “Kelamatan Diutamakan”. Jadi disini, sebagai bakal guru masa

depan, saya dapat input baru dalam diri saya bahawa keselamatan pelajar menjadi keutamaan.

Seterusnya, pengalaman yang saya dapat dalam program ini ialah mempelbagaikan cara

pengajaran di dalam kelas seperti kuiz, teka-teki, lagu mampu menarik minat dan menerapkan

semangat kepada pelajar untuk menuntut ilmu.

Pada fasa selepas program, program berjalan dengan lancar meskipun mendapat komen-

komen negatif dari peserta seperti aktiviti yang dijalankan dah lapuk, aktiviti tidak mencabar dan

sebagainya. Ini tidak boleh meletakkan sepenuhnya kesalahan kepada pihak kami kerana kami

terikat dengan peraturan sekolah. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah ini tidak

mengizinkan kami mengganggu masa makan peserta dan tidak boleh melakukan aktiviti yang

lasak. Pihak kami juga tidak meletakkan kesalahan seratus peratus kepada pihak sekolah.

Mungkin salah kami juga kerana tidak mempelbagaikan lagi aktiviti santai tapi luar biasa.

Teguran dari pihak sekolah menjadi pembakar semangat kami untuk terus berprogram di masa

hadapan dan memperbaiki kekurangan yang lalu. Semua ini adalah merupakan proses

pembelajaran untuk kami.

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page