FADHILAH
- Unit Media
- May 20, 2018
- 1 min read
Updated: May 22, 2018

Nur Fadhilah binti Kaseng (IIO170020)
Program Jalinan Masyarakat yang kami jalankan April yang beremakan “Seize Your
Success” lalu memberi banyak pengajaran kepada saya bermula daripada persediaan program
hinggalah program selesai dijalankan. Semasa membuat persediaan bagi menjayakan program
banyak perkara telah saya pelajari lebih-lebih lagi dalam terutamanya mengenai pengurusan
seperti cara berurusan dengan orang luar. Hal ini demikian kerana saya telah memegang
jawatan sebagai AJK Pengangkutan. Melalui proses penempahan bas itu, dapat meningkatkan
kemahiran komunikasi saya kerana penempahan bas ini memerlukan proses tawar-menawar
harga agar kami dapat mendapat harga yang sesuia dengan bajet yang telah disediakan. di
samping itu, saya juga telah diamanahkan untuk menjadi salah seorang daripada yang
mengetuai senaman dan lagu tema untuk program tersebut. Di sini saya dapat melatih diri saya
agar lebih peka dan lebih cergas agar dapat meningkatkan semangat para peserta program
tersebut.
Semasa program dijalankan, saya dapat meningkatkan lagi kemahiran komunikasi saya
terutamanya dari segi nada suara untuk memastikan menarik perhatian para peserta
terutamanya para pelajar dalam kumpulan saya untuk memudahkan mereka menerima dan
memahami mesej atau arahan yang ingin saya sampaikan. Tambahan pula, kemahiran
komunikasi amatlah penting buat para guru sebagaimana yang selalu diingatkan oleh para
pensyarah saya. Program ini juga dapat melatih saya mengenai interaksi dengan para pelajar
sekolah dan cara untuk berhadapan dengan mereka yang mempunyai pelbagai ragam.
Akhir sekali, setelah program selesai dijalankan, perkara yang memberi impak
keseluruhan kepada saya adalah mengenai hubungan saya sesama rakan-rakan seperjuangan.
Program ini telah mengeratkan lagi hubungan kami agar bersatu bagi menjayakan program.
Commentaires