Day 1 L.E.A.D - SLOT 1 (Ice Breaking) + LDK 1
- Unit Media
- May 8, 2018
- 2 min read
Updated: May 23, 2018
Tarikh: 14 April 2018
Masa: 9.30 – 10.30 PAGI
Slot 1 iaitu slot ice breaking dimulakan dan dikendalikan oleh pengarah program sendiri, Fasi Ikhsan pada pukul 9:30 pagi.


Seterusnya, setelah slot ice breaking selesai, sesi tarian Lagu Tema pula dimulakan. Para peserta diminta untuk membuat barisan baru iaitu lelaki di hadapan dan perempuan di belakang. Fasi-fasi ditempatkan di setiap penjuru dan celah-celah peserta supaya memudahkan para peserta untuk merujuk koreografi yang bakal didemonstrasi.
Inilah lagu tema kami! Polaroid oleh Sakura Band 😍
Slot tarian lagu tema berlangsung selama 30 minit dan dikendalikan oleh Fasi Fakhrul, Fasi Lailah, Fasi Azhar dan Fasi Rusyi (semua fasi tidak terkecuali). Seterusnya rehat untuk minum pagi sebentar.
Masa: 10.30 – 11.00 PAGI
Pada pukul 10:30 pagi, sesi Refreshing: Buaya Biawak dan Boom3x dijalankan. Para peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan (2 kumpulan perempuan, 1 kumpulan lelaki) iaitu Kumpulan Merah, Biru dan Hijau. Briefing sesi ini disampaikan oleh Fasi Yati. Sebelum itu, Fasi Ikhsan meminta para peserta untuk mencari abang atau kakak angkat masing-masing mengikut kod huruf yang terletak pada tag nama mereka dengan merujuk tag nama para fasi. Setelah itu, semua peserta dan fasi terlibat duduk di dalam kumpulan yang telah ditetapkan untuk persediaan aktiviti seterusnya.


Masa: 11.00 PAGI – 12.30 T/HARI
Tepat 11:00 pagi, bermula lah LDK 1: Get It Right. Aktiviti ini dikendali oleh Fasi Halisa dan Fasi Nazirah. Setiap kumpulan diminta untuk menghantar dua orang wakil ke depan untuk melakonkan simpulan bahasa atau peribahasa yang disediakan. Ahli kumpulan sendiri yang lain diminta untuk meneka dengan betul namun sekiranya gagal, peluang akan dibuka kepada kumpulan lain untuk menjawab. Antara simpulan bahasa yang dilakonkan termasuk 'Batu loncatan', 'seperti kera mendapat bunga' dan sebagainya.

Program diteruskan dengan sesi tarian 'Penguin Dance' yang tak pernah tak menceriakan! Ini juga usaha untuk membuatkan para peserta kurang bosan memandangkan tiada penggunaan LCD disediakan.
Pada masa yang sama, fasi-fasi yang terlibat sebagai ahli jawatankuasa Biro Makanan dan Logistik sedang menyediakan hidangan dibantu oleh tukang masak pusat jagaan di bahagian dapur.
Fasi yang terlibat: Fasi Azhar, Fasi Yati, Fasi Nik, Fasi Husna, Fasi Aina dan Fasi Solehah
Kira-kira dari pukul 12:30 tengah hari hingga 2 petang, fasi dan para peserta masing-masing makan tengah hari berlauk Ayam masak merah dan air sirap merah seterusnya menunaikan kewajipan untuk solat Zuhur bersama-sama diimami Fasi Ikhsan.
**sambungan untuk Slot 2 (Sesi Bersama Alumni) di post seterusnya
atau kembali ke Halaman Utama Blog Kumpulan 2
#JalinanMasyarakat #SarjanaMudaPendidikanIslam #SMPI #JM2 #UniversitiMalaya #AkademiPengajianIslam #SocialEngagement #LEAD #PusatJagaanKanakKanakYatimMiskinRukaiyah
Jumpa kami di platform sosial media!
Facebook: https://www.facebook.com/jalinansmpi17/
Instagram: https://instagram.com/jalinansmpi17
Disediakan oleh: Nur Husnina Khairul Hisham (Ketua Unit Multimedia)
Comments