Day 2 L.E.A.D - LDK 3 + Majlis Penutupan
- Unit Media
- May 16, 2018
- 2 min read
Updated: May 23, 2018
Tarikh: 15 April 2018
Masa: 10.00 – 11.30 PAGI
Sebelum majlis penutupan berlangsung, LDK 3: Tongue Twister dijalankan oleh Fasi Amirah. Peserta duduk dan berbaris dalam kumpulan masing-masing. Setiap ahli membisikkan ‘ayat’ secara bergilir-gilir. Orang terakhir akan teka penuh ayat tersebut. 3 soalan akan diberikan kepada tiap-tiap kumpulan. Aktiviti ini berupaya membantu:
- Para peserta dapat meningkatkan kerjasama antara mereka.
- Peserta dapat menjana idea yang kreatif dan bernas untuk menyelesaikan apa-apa tugasan.
- Peserta dapat mengamalkan sikap berhati-hati dalam bertutur.

Selepas itu, kami meneruskan acara dengan sesi Muhasabah Diri. Setiap fasi dan peserta duduk di dalam kumpulan masing-masing dan berkongsi pengalaman serta perasaan sepanjang program. Pada masa yang sama juga, borang maklum balas diagihkan kepada para peserta.

Masa: 11.30 PAGI – 12.00 TGH/HARI
Pada pukul 11:30 pagi, persiapan penutupan diadakan dengan teratur. Emcee mengambil tempat, Biro Multimedia membuat ‘soundcheck’ untuk ‘Background Music’ dan nyanyian lagu Universiti Malaya dan lagu tema dan Biro Tugas-Tugas Khas menyusun hadiah dan cenderahati di meja yang disediakan. Pada masa yang sama juga, fasi yang tidak terlibat berbual dengan peserta (bonding time) sementara menunggu.


Masa: 12.00 – 1 PTG
Tepat pada 12 tengah hari, majlis penutupan pun dijalankan dengan dihadiri oleh pemilik Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah.






Selesai ucapan daripada pengarah projek dan pemilik pusat jagaan, acara pun diteruskan dengan penyampaian hadiah. Hamper diberikan kepada wakil setiap kumpulan. Pengarah menghadiahkan sebuah plak tanda penghargaan kepada pemilik di atas kesudian bekerjasama menjalankan program jalinan masyarakat ini.




Seterusnya sesi bergambar. Semoga memori berkekalan..
Sesi perkongsian fasi bersama pemilik pusat jagaan sebelum majlis bersurai.



Masa: 1:00 PTG
Fasi berangkat pulang ke UM kira-kira pada pukul 1 petang.
Dokumentasi TAMAT alhamdulillah :) Terima kasih kerana membaca!
Klik untuk kembali ke post pertama kami (Titik Permulaan LEAD)
atau kembali ke Halaman Utama Blog Kumpulan 2
#JalinanMasyarakat #SarjanaMudaPendidikanIslam #SMPI #JM2 #UniversitiMalaya #AkademiPengajianIslam #SocialEngagement #LEAD #PusatJagaanKanakKanakYatimMiskinRukaiyah
Jumpa kami di platform sosial media!
Facebook: https://www.facebook.com/jalinansmpi17/
Instagram: https://instagram.com/jalinansmpi17
Disediakan oleh: Nur Husnina Khairul Hisham (Ketua Unit Multimedia)
Comments