Day 2 L.E.A.D - SLOT 3 (PRAKTIKAL AZAN + HAL EHWAL WANITA)
- Unit Media
- May 16, 2018
- 2 min read
Updated: May 23, 2018
Tarikh: 15 April 2018
Masa: 8.00 – 9.30 PAGI
Untuk Slot 3: Praktikal Azan dan Hal Ehwal Wanita, slot-slot ini dikendalikan secara berasingan lelaki dan perempuan di tempat berlainan serentak. Praktikal Azan dijalankan di surau bahagian lelaki manakali Hal Ehwal Wanita di dataran utama.
Praktikal Azan dikendalikan oleh Fasi Muazzam dan semua fasi lelaki terlibat. Para fasi dan peserta duduk di dalam halaqah. Fasi Muazzam meminta peserta lelaki yang cukup syarat untuk melaungkan azan mengikut urutan. Seterusnya, fasi lelaki berperanan untuk menyemak tajwid.





Pada masa yang sama, beberapa fasi yang terlibat dalam mengendalikan Slot Hal Ehwal Wanita iaitu Fasi Fatimah, Fasi Madeeha, Fasi Husnina KH dan Fasi Husna sedang membantu Fasi Hidayah selaku model untuk bersiap-siap menggunakan pakaian yang menunjukkan seorang muslimah yang selekeh, berpakaian berkedut, kuku kotor, tudung tidak berlipat dan sebagainya.

Slot ini yang bertemakan "Kerana Dirimu Begitu Berharga" akan merangkumi aspek
Bahagian 1 – Cara pengurusan diri (Bersuci) wanita yang betul dengan lengkap (Dari hujung rambut ke hujung kaki)
Bahagian 2 – Demonstrasi membersihkan tuala wanita
Bahagian 3 - Cara Mandi Wajib yang betul
Bahagian 4 - Refleksi
Sebelum dimulakan dengan bahagian 2, fasi-fasi memperagakan Fasi Hidayah di hadapan peserta dan meminta peserta untuk mengenal pasti kesalahan yang terdapat pada penampilannya. Setelah itu, fasi-fasi yang terlibat bergilir-gilir menekankan aspek penjagaan diri wanita dari hujung rambut ke hujung kaki berdasarkan Fasi Hidayah sebagai model.


Seterusnya, Fasi Madeeha meneruskan acara dengan mengagihkan setiap kumpulan dengan tuala wanita yang di'kotori' dengan darah buatan. Fasi lain duduk di dalam bulatan kumpulan masing-masing. Fasi Madeeha pun mendemonstrasi cara-cara basuhan tuala wanita yang betul sambil dibantu oleh fasi yang lain.









Setelah bahagian 2 selesai, acara diteruskan lagi dengan bahagian 3 iaitu bahagian cara mandi wajib yang tepat dikendali Fasi Fatimah. Sesi joal jawab seterusnya diadakan bagi mengupas persoalan yang berkaitan dengan mandi wajib.




Tamatnya bahagian 1, 2 dan 3, bahagian refleksi pula dijalankan oleh Fasi Husnina KH. Fasi Husnina meminta setiap seorang sukarela untuk membuat refleksi mengenai dapatan yang mereka perolehi daripada slot Hal Ehwal Wanita, bagi ketiga-tiga bahagian sebelum membuat kesimpulan sendiri mengenai keseluruhan slot.






Sebelum berakhirnya slot, Fasi Madeeha dibantu fasi-fasi yang lain mengagihkan 'goodies' yang berisi kerongsang kepada setiap peserta yang hadir. Fasi Hidayah yang telah menggunakan pakaian yang kemas juga dipanggil semula untuk tampil ke depan.
**sambungan untuk LDK 3 + Majlis Penutupan di post seterusnya atau kembali ke Halaman Utama Blog Kumpulan 2
#JalinanMasyarakat #SarjanaMudaPendidikanIslam #SMPI #JM2 #UniversitiMalaya #AkademiPengajianIslam #SocialEngagement #LEAD #PusatJagaanKanakKanakYatimMiskinRukaiyah
Jumpa kami di platform sosial media!
Facebook: https://www.facebook.com/jalinansmpi17/
Instagram: https://instagram.com/jalinansmpi17
Disediakan oleh: Nur Husnina Khairul Hisham (Ketua Unit Multimedia)
留言