top of page

Titik Permulaan Program L.E.A.D.

  • Writer: Unit Media
    Unit Media
  • May 1, 2018
  • 1 min read

Updated: May 23, 2018

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Hari bertarikh 14 April-15 April 2018 merupakan hari yang cukup bermakna bagi pelajar-pelajar SMPI bagi kedua-dua kumpulan Jalinan Masyarakat.

Kumpulan 2 telah memilih untuk menjalankan program Jalinan Masyarakat di Pusat Jagaan Kanak-Kanak

Yatim/Miskin Rukaiyah di Sg. Merab Luar, Kajang, Selangor.


Gambar yang diambil di hadapan pusat jagaan

Tarikh: 14 April 2018

Masa: 7.30 – 9.00 PAGI


Kami berkumpul di UM Sentral kira-kira pada pukul 7:30 pagi lalu terus memulakan perjalanan ke destinasi pada pukul 8:00 pagi. Perjalanan hanya memakan masa selama satu jam setengah. Kami dibahagi kepada dua rombongan iaitu rombongan menaiki bas dan rombongan menaiki kereta (untuk urusan pengangkutan barang tambahan seperti makanan dan alat perkakas). Biro yang bertugas ialah Biro Perhubungan Luar dan Pengangkutan iaitu Fasi Nafiah dan Fasi FIkrul.


Fasi Halisa (Ketua Biro Protokol) menyiapkan kerja 'nametag'

Fasi Halisa juga dibantu Fasi Hajar, Fasi Wani dan Fasi Hasibah.

Suasana di dalam bas

kami pergi dengan harapan..

Di luar jendela

Masa: 9.00 – 9.30 PAGI


Kira-kira pada pukul 9:00 pagi kami akhirnya sampai ke Rumah Anak Yatim/Miskin Rukaiyah dengan izin-Nya. Alhamdulillah. Kami dijemput oleh anak-anak yatim yang tampak tidak sabar dengan kehadiran kami.

Fasi Nafiah nampak seronok sekali

Fasi Madeeha dan bagasinya

Fasi Hasibah dan tudungnya

Fasi Rusydiah dan senyumannya

Fasi Bella dan hamper-hamper yang dibungkus sendirian berhad, tahniah

Pakcik driver bus kami


kembar habil hmm


Fasi Muazzam, Fasi Ikhmal dan Fasi Ikhsan


Setelah meletakkan barang-barang kami di tempat yang dikhaskan iaitu surau, kami pun membuat sesi perkenalan mini sebelum program secara rasminya bermula. Kami juga diminta oleh staf pusat jagaan untuk mengisi Buku Rekod Pelawat. Sesi pendaftaran para peserta juga dijalankan. Setiap peserta mendapat Bookmark dan borang makluman diri peserta, kad manila dan tali rafia.

Fasi Nafiah bertanyakan nama Nadim dan memperkenalkan dirinya

Sesi persalaman akhawat





**sambungan untuk Slot 1 (Ice Breaking) di post seterusnya



Jumpa kami di platform sosial media!


Facebook: https://www.facebook.com/jalinansmpi17/

Instagram: https://instagram.com/jalinansmpi17

Disediakan oleh: Nur Husnina Khairul Hisham (Ketua Unit Multimedia)

Comentários


bottom of page