top of page

Day 1 L.E.A.D - LDK 2 (SUKANEKA)

  • Writer: Unit Media
    Unit Media
  • May 10, 2018
  • 2 min read

Updated: May 23, 2018

Tarikh: 14 April 2018

Masa: 5.15 – 6.30 PTG


Akhirnya sampai jugak ke post yang penulis nanti-nantikan!! Slot Sukaneka: Straw Getah & Mumia Land ini dikendalikan oleh Fasi Halisa. Kami bertolak ke padang mini yang terletak betul-betul sebelah pusat jugaan untuk meneruskan aktiviti sukaneka. Fasi Bella ditugaskan untuk menjaga laluan di bahu jalan memandangkan terdapat jalan kampung yang boleh dikira sibuk di sebelah kanan padang. Hal ini untuk mengelakkan apa-apa kejadian yang tidak diingini terjadi. Na'uzubillah.




Peserta bergerak ke padang dalam barisan



Belon air yang bakal menjadi mangsa peperangan Mumia Land


Briefing untuk "Straw Getah" disampaikan oleh Fasi Hasibah. Setiap ahli dibekalkan dengan straw dan diminta untuk berdiri mengikut kumpulan dalam satu barisan. Seterusnya ahli kumpulan perlu memindahkan getah dari hadapan ke belakang sebanyak mungkin dalam masa yang ditetapkan hanya dengan menggunakan straw di mulut. Penggunaan tangan dilarang sama sekali. Berikut ialah video snippet untuk aktiviti permainan ini yang boleh didapati dari akaun Instagram kami:


Seterusnyaaaaaaaaaaaaa

Ialah permainan Mumia Land! Aktiviti ini di briefing oleh Fasi Shahrul. Cara permainannya ialah seorang wakil dari setiap kumpulan akan dibalut dengan tisu (selaku mumia). Ahli lain bertanggungjawan untuk melindungi mumia kumpulan masing-masing dengan membuat bulatan keliliing mumia daripada serangan belon air daripada ahli kumpulan lain. Ahli kumpulan lain yang menjadi pelindung mumia kumpulan sendiri juga hendaklah berusaha untuk membaling belon air ke arah kumpulan lain untuk membasahkan mumia pihak lawan. Video berikut menunjukkan proses pembalutan mumia:


Hasil tangan para peserta masha Allah

Mumia tampak seronok sekali dibaluti tisu dan dikelilingi pengawal


Video berdurasi 3 minit ini menunjukkan suasana permainan Mumia Land ini berlangsung:


Masa: 7.15 – 9.00 MLM


Setelah habis aktiviti sukaneka pada pukul 6:30 petang, para fasi dan peserta pun balik dan mandi sebelum berkumpul semula untuk solat Maghrib berjemaah (Imam: Fasi Muazzam). Slot tazkirah antara Maghrib-Isyak yang bertajuk "Akhlak" disampaikan oleh Al-Ustaz Zulakmal (Fasi Zul)





**sambungan untuk Sesi Mengenali Psikologi & Gimik di post seterusnya




Jumpa kami di platform sosial media!


Disediakan oleh: Nur Husnina Khairul Hisham (Ketua Unit Multimedia)

Comentarios


bottom of page