top of page

Day 1 L.E.A.D - SLOT 2 (Sesi Bersama Alumni)

  • Writer: Unit Media
    Unit Media
  • May 10, 2018
  • 3 min read

Updated: May 23, 2018

Tarikh: 14 April 2018

Masa: 2.00 – 4.00 PTG


Seusai solat Zuhur berjemaah, para fasi meminta peserta-peserta untuk berkumpul di dataran untuk meneruskan aktiviti seterusnya iaitu SLOT 2: Sesi Bersama Alumni. Fasi Husnina Saidi selaku pengacara majlis mengalu-alukan kehadiran alumni pilihan kami iaitu Nurzaty Aqassa Rosli. Beliau juga merupakan alumni SMPI UM. Seterusnya, slot akan diambil alih sepenuhnya oleh alumni. Di samping itu, fasi-fasi yang lain membantu alumni dalam proses pelancaran slot. Slot ini dijalankan selama 2 jam.



Alumni Nurzaty berkongsi pelbagai kisah tauladan semasa zaman Nabi, sahabat dan tabi'in terdahulu termasuk kisah Uwais Al-Qarni yang merupakan seorang anak yang taat kepada ibunya.

Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak, badannya bertompok putih, yakni putih penyakit yang tidak digemari. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan bapanya telah meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Walaupun beliau seorang berpenyakit sopak, beliau adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya dan beliau begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya dan setia menjaga ibunya yang sudah uzur dan lumpuh sampai beliau dewasa.

Baca kisah Uwais Al-Qarni sepenuhnya di sini.


Seterusnya, alumni Nurzaty meneruskan sesi dengan meminta bantuan beberapa orang fasi untuk ke depan dan memperkenalkan diri mengikut kreativiti tersendiri.








Setelah tamat sesi perkongsian alumni, peserta diminta untuk menjawab beberapa soalan berkenaan topik yang telah disampaikan dan hadiah akan diberikan kepada yang berjaya menjawab dengan betul. Antara soalannya ialah: Siapakah Uwais Al-Qarni? Apakah nama penyakit yang dihidapi oleh Uwais Al-Qarni? Apakah haiwan yang diangkat oleh Uwais Al-Qarni turun naik bukit setiap hari dan berapakah beratnya? dan sebagainya. Berikut merupakan sebahagian daripada pemenang-pemenang kuiz mini tersebut:


Seusai sesi penyampaian hadiah, alumni Nurzaty meminta bantuan fasi-fasi unutuk mengedarkan kertas A4 kepada setiap para peserta beserta pen. Alumni kemudiannya mengarah peserta untuk menulis atau mencatat segala keburukan atau kesalahan yang telah setiap peserta lakukan dengan jujur di atas kertas masing-masing. Para peserta diberi masa 5 minit untuk menyiapkan tugasan.







5 minit telah berlalu, Fasi pun meminta para peserta untuk melipat kertas A4 tersebut ke bentuk kapal terbang kertas mengikut cara tersendiri. Seterusnya 5 orang peserta ke hadapan untuk 'upacara' membaling atau membuang atau menerbangkan kapal terbang masing-masing sebagai simbolik membuang segala kesalahan yang lampau dan supaya memulakan 'fresh start' . Setiap peserta mengikut urutan untuk melakukan simbolik tersebut.



Setelah itu, alumni Nurzaty meminta peserta untuk duduk di dalam halaqah atau bulatan besar. Satu bekas kecil berisi coklat mini diletakkan di tengah-tengah bulatan. Alumni kemudian meminta seorang 'volunteer' untuk bangun dan menyuapkan sebiji coklat kepada seseorang yang dia tidak dapat kehilangan. Seorang peserta lelaki bernama Nadim mengangkat tangan lalu mengambil sebiji coklat dan menyuap seorang peserta perempuan yang jadi tersipu malu. Perbuatan Nadim membuatkan suasana bising sekejap namun ternyata peserta perempuan tersebut merupakan kakaknya. Alumni bertanyakan pelbagai soalan seperti: Siapakah kawan yang awak paling hargai? dan sebagainya.



Nadim memberi coklat kepada kakaknya




Setelah itu, alumni meneruskan dengan sesi muhasabah diri. Peserta juga diminta untuk menutup mata.


Setelah tamat Sesi Bersama Alumni, Fasi Husnina Saidi dan Majlis Tertinggi yang lain bersama alumni Nurzaty menikmati kudapan sebelum beliau berangkat pulang.



Masa: 4.00 – 4.30 PTG


Pada masa yang sama, fasi lain yang in charge meneruskan sesi Refreshing: Tunjuk Langit dan Buaya Biawak (lagi sekali????? haah ahahaa)



Para Fasi dan peserta juga sempat meneruskan latihan tarian lagu tema.


Sebelum alumni berangkat meninggalkan pusat jagaan, kami sempat mengambil foto kenang-kenangan ^^


Alumni + Fasi + Peserta

Alumni + Fasi

Selesai bergambar, kami pun bersurai untuk minum petang dan solat 'Asar berjemaah berimamkan Fasi Fakhrul.


**sambungan untuk LDK 2 (Sukaneka) di post seterusnya atau kembali ke Halaman Utama Blog Kumpulan 2



Jumpa kami di platform sosial media!

Disediakan oleh: Nur Husnina Khairul Hisham (Ketua Unit Multimedia)

Comentarios


bottom of page