Day 1 L.E.A.D - Sesi Mengenali Psikologi + GIMIK
- Unit Media
- May 16, 2018
- 3 min read
Updated: May 23, 2018
Tarikh: 14 April 2018
Masa: 9.00 – 11.00 MLM
Setelah selesai kendiri dan solat berjemaah, kami meneruskan program kami dengan agenda seterusnya iaitu Sesi Mengenali Psikologi yang dikendalikan oleh Fasi 'Aliaa dan Fasi Zul.
Pada mulanya Fasi 'Aliaa meminta tiga orang wakil peserta secara sukarela untuk berdiri dan mengikut beberapa fasi yang terlibat untuk ke bahagian belakang iaitu ke bahagian dapur (kononnya untuk membuat persediaan sebelum berkongsi refleksi dan pengalaman di hadapan audiens). Seterusnya, tanpa pengetahuan atau makluman 3 orang 'volunteers' tadi, Fasi 'Aliaa meminta peserta yang lain untuk mengikut arahan fasi di hadapan (arahan tertulis di atas kertas A4) semasa 3 orang rakan mereka menyampaikan refleksi dan perkongsian di hadapan. Antara arahan yang dikemukakan ialah
1) Buat bising dan bercakap sesama sendiri
2) Menguap dan berlakon tidak fokus
3) Menyebut "BOO" ke arah peserta di hadapan
Selepas mendapat isyarat fasi di belakang bahawa 3 orang peserta yang sukarela untuk berucap telah pun bersedia, Fasi 'Aliaa pun menjemput seorang daripada mereka untuk ke hadapan bagi menyampaikan ucapan. Fasi Fikrul mengangkat kertas arahan "Buat bising dan bercakap sesama sendiri" dan para peserta merangkap audiens juga berbuat demikian. Pada waktu ini, peserta yang berucap tidak memahami sebab mengapa audiens tidak memberi sepenuh perhatian kepada ucapannya kerana pada masa yang sama dia juga tidak menyedari akan perbuatan Fasi Fikrul di belakang. Situasi ini dilakukan berulang-ulang kali kepada setiap peserta yang telah 'volunteer' dan terdapat pelbagai reaksi ditunjukkan oleh mereka. Ada yang berhenti di tengah-tengah ucapan namun memilih untuk meneruskan ucapan dengan sokongan Fasi 'Aliaa untuk tidak mempedulikan audiens yang bising dan tidak memberi perhatian. Ada juga yang menangis serta merta setelah di "BOO" oleh audiens.
Seusai ketiga-tiga peserta tersebut habis menyampaikan refleksi masing-masing, Fasi 'Aliaa, Fasi Zul dan Fasi Farisa pun menjelaskan agenda sebenar kepada semua perkara yang berlaku. Antara objektifnya ialah:
-Mengajar peserta agar menunjukkan peribadi muslim yang sebenar.
- Mengajar peserta agar bijak mengawal emosi , terutama ketika marah.
-Mengajar peserta bahawa cara menegur berhikmah lebih baik.
-Mengajar peserta bahawa kita tidak seharusnya menilai pada luaran sahaja.

Fasi 'Aliaa juga sempat berkongsi mengenai pengalamannya yang pernah kecundang dalam pelajaran dek kelalaian dirinya sendiri seterusnya dia berhasil untuk bangkit daripada kegagalan walaupun terdapat ramai orang yang memberi persepsi negatif kepadanya. Satu kegagalan, tidak menentukan segalanya.



Pada masa yang sama Sesi Mengenali Psikologi ini berlangsung, Penyelaras program Jalinan Masyarakat Kumpulan 2 turut turun padang untuk membuat pemantauan iaitu Dr. Asyraf Isyraqi bin Jamil.



Selesainya sesi Mengenali Psikologi dijalankan, kami pun meneruskan agenda kami yang seterusnya iaitu Sesi Gimik! Beberapa orang fasi lelaki berperanan untuk membuatkan suasana menjadi tegang. Fasi dengan wajah serius membuat teguran tegas mengenai disiplin para peserta. Seterusnya, 3 orang peserta yang lahir pada bulan April diarahkan untuk berdiri dan 'ditegur' dan 'dimarahi' secara individu. Beberapa fasi yang lain juga diminta untuk berlakon serius supaya gimik ini akan dipercayai dan berjalan dengan lancar. Fasi yang terlibat bersedia di belakang para peserta dengan belon dan kek.





Boleh rujuk video di bawah di minit 5:43 ke 6:58 untuk suasana semasa gimik dijalankan. Atau boleh klik sini untuk menontonnya di Youtube.
Tamatnya Sesi Mengenali Psikologi dan Gimik, kami pun meneruskan sesi Sharing Moment sambil makan kek bersama-sama. Fasi duduk bersama peserta mengikut kumpulan masing-masing dan mendedahkan nama sebenar, serta berkongsi cerita dan pengalaman, perasaan dan pendapat terhadap pengisian program. Setelah itu, para fasi pun mengadakan post mortem untuk Day 1 LEAD.
**sambungan untuk Day 2 LEAD - Qiamullail di post seterusnya atau kembali ke Halaman Utama Blog Kumpulan 2
#JalinanMasyarakat #SarjanaMudaPendidikanIslam #SMPI #JM2 #UniversitiMalaya #AkademiPengajianIslam #SocialEngagement #LEAD #PusatJagaanKanakKanakYatimMiskinRukaiyah
Jumpa kami di platform sosial media!
Facebook: https://www.facebook.com/jalinansmpi17/
Instagram: https://instagram.com/jalinansmpi17
Disediakan oleh: Nur Husnina Khairul Hisham (Ketua Unit Multimedia)
Comments