CHE SU
- Unit Media
- May 20, 2018
- 2 min read
Updated: May 22, 2018

CHE SITI NORSUHANA BINTI CHE ABDULLAH
IIN170003
JALINAN MASYARAKAT KUMPULAN 1
SMPI
Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi bagi tugasan program jalinan
masyarakat yang telah dijalankan baru-baru ini.Saya Che Siti Norsuhana Binti Che Abdullah berasa
sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan bersama
dengan rakan-rakan yang lain. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu
bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menjalankan program seperti ini.
Banyak refleksi yang dapat saya simpulkan sebelum menjalankan program Jalinan Masyarakat
ini.Antaranya ialah sebelum program tesebut dijalankan, kumpulan saya telah mengadakan satu
perbincangan ringkas untuk membincangkan cara-cara melakukan program tersebut yang diberikan
ketika kuliah.Melalui perbincangan ini. Saya dapat berkongsi pandangan bersama rakan-rakan yang
lain.Dengan ini dapatmemberi kesan positif kepada saya kerana berani mengutarakan pendapat di
khalayak ramai.Saya juga dapat mengetahui dengan lebih banyak lagi mengenai cara-cara untuk
menjayakan program dengan lebih baik dan sempurna.
Seterusnya refleksi semasa menjalankan program jalinan masyarakat ini.Antaranya ialah saya
dapat lihat nilai kerjasama atau kata sepakat dalam membuat keputusan ketika program
berjalan.Kami sebagai satu kumpulan akan saling memberi pendapat dan akan membuat keputusan
melalui persetujuan majoriti.Sesungguhnya kata sepakat amatlah penting dalam membuat sesuatu
keputusan kerana ia akan memberi impak sama ada positif atau negatif jika pendapat yang
diutarakan diterima.Semasa program berjalan terdapat kelebihan dan kekurangannya.Kekurangan
tersebut kami sembunyikan dengan berusaha bersama-sama menyeledaikan masalah tersebut
deangan baik.Di sini saya dapat lihat nilai kerjasama dan juga dapat lebih kenal dengan baik kawan-
kawan sekumpulan dengan saya.
Akhir sekali ialah refleksi selepas program jalinan masyarakat ini dijalankan.Antaranya kami
telah mengadakan post-mortem untuk berkongsi luahan masalah atau perasaan semasa
menjalankan program ini.Kami juga akan menyatakan kelebihan dan kelemahan unit masing-
masing.Selepas itu kami membuat perbincangan mengenai kelemahan itu sebagai persediaan atau
pengajaran untuk menjalankan programa pada masa akan dating.Di sini saya dapat lihat nilai usaha
dan tidak putus asa jika sebarang permasalahan timbul dan ianya dapat diselesaikan dengan baik.
Kesimpulannya ,saya dapat banyak impak positif melalui program jalinan masyarakat ini yang
bertemakan “seize your success”.Saya juga dapat mengamalkan nilai yang diperoleh semasa
menjalankan program lain melalui pengalaman melibatkan diri dalam program jalinan masyarakat
ini.Jadi saya berharap saya dan rakan-rakan dapat mengambil pengajaran dan memanfaatkan
pengalaman yang diperoleh dalam menjalankan sesuatu program pada masa akan datang.Akhir kata
saya ingin mengucapkan ribuan terima kepada Dr Ahmad dan Dr Azrein iaitu penasihat Jalinan
Masyarakat Kumpulan II kerana telah memberi banyak tunjuk ajar serta sokongan sebelum ,semasa
dan selepas program ini dijalankan dengan jayanya.Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada
rakan-rakan sekumpulan saya kerana memberi kerjasama dengan baik serta tunjuk ajar kepada saya
sebelum,semasa dan selepas program jalinan masyarakat ini dijalankan.
コメント