top of page

AZIELA

  • Writer: Unit Media
    Unit Media
  • May 20, 2018
  • 2 min read

Updated: May 22, 2018



NORAZIELA BINTI HAJRI (IIN170016)

JALINAN MASYARAKAT (KUMPULAN 1)


Sebelum:

Sebelum program ini dapat berlangsung dengan jayanya, banyak cabaran yang saya dan

juga rakan-rakan saya yang lain tempuhi. Antaranya, pada permulaannya KKP kami iaitu

Kertas Kerja Projek banyak kali ‘direject’ kerana terdapat beberapa kesalahan yang telah

dibuat. Daripada situ, saya dan rakan-rakan saya yang tidak berputus asa sehingga KKP

tersebut diluluskan. Selain itu, masalah kewangan juga timbul dimana kami perlu mencari

dana yang secukupnya supaya program tersebut dapat dijalankan. Jadi, pengalaman mencari

dana inilah mengajar saya supaya semua perkara yang kita lakukan memerlukan kepada

usaha yang bersungguh-sungguh serta kerjasama yang padu demi mencapai matlamat yang

diimpikan. Alhamdulillah, saya dan rakan-rakan yang lain dapat mengumpul dana yang

secukupnya, maka program ini pun berlangsung dengan baik. Tambahan pula, pengalaman

berurusan dengan pihak sekolah untuk meminta kebenaran supaya program ini dapat

dijalankn sedikit sebanyak mengajar saya untuk lebih matang dan professional dalam

menguruskan sesuatu perkara yang memerlukan komunikasi dengan pihak lain. Akhir sekali,

saya dapat berkerjasama dengan ahli kumpulan yang lain menyiapkan barang-barang dan

membuat persediaan yang rapi supaya program ini berjalan dengan lancar. Selain itu,kami

juga dapat bertukar-tukar idea dalam menetapkan aktiviti dan permainan serta pegisian yang

bermanfaat kepada pelajar-pelajar di SAMTISH.


Semasa :

Semasa program ini berlangsung, saya sebagai fasilitator berasa sangat gembira kerana

dapat berkenalan dengan pelajar-pelajar SAMTISH. Tambahan pula, menjadi seorang

fasilitator dalam program tersebut merupakan salah sau cara untuk saya melatih diri saya

supaya bercakap di hadapan orang ramai dengan penuh keyakinan dan juga tanpa rasa

gementar.Di samping itu, saya juga dapat melatih mendisiplinkan diri supaya menjadi

tauladan yang baik kepada pelajar-pelajar SAMTISH untuk diikuti . Contohnya, menepati

masa yang telah ditetapkan untuk aktiviti yang telah dirancang supaya aktiviti tersebut dapat

berjalan dengan lancar. Seterusnya, saya juga dapat mencari pengalaman dalam menguruskan

sesuatu program dan juga dapat mengendalikan pelajar-pelajar SAMTISH yang pelbagai

kerenah dan ragam serta melatih mereka supaya mengikuti program tanpa ada masalah

disiplin.


Selepas:

Selepas program ini selesai, banyak ilmu dan pengalaman baharu yang saya dapat seperti

mencari dana, menyusun program, mengendalikan pelbagai jenis karenah pelajar-pelajar

SAMTISH, berurusan dengan pihak sekolah serta membuat persediaan rapi dan terancang

untuk kelancaran program. Itu semua merupakan pengalaman dan kenangan manis yang tidak

akan saya perolehi di tempat lain. Akhir sekali, program ini banyak memberi impak yang

positif dalam diri kami dan juga pelajar-pelajar SAMTISH. Hal ini demikian kerana, melalui

program inilah kami semua fasilitator dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan memantapkan

ukhuwah bersama masyarakat luar terutamanya ukhuwah dan silaturrahim antara kami

sebagai fasilitator dan juga pelajar-pelajar SAMTISH.

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page