ATIRAH
- Unit Media
- May 20, 2018
- 2 min read
Updated: May 22, 2018

NOOR ATIRAH ARIFAH ABDUL HADI
IIN170012
FASA PERANCANGAN(SEBELUM PROGRAM)
Assalamualaikum dan salam sejahtera,terlebih dahulu saya ingin mngucapkan rasa syukur ke hadrat
Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya kami telah berjaya melaksanakan program jalinan
masyarakat dengan jayanya.untuk pengatahuan semua,program jalinan masyarakat ini merupakan
salah satu daripada subjek universiti yang wajib diambil oleh setiap pelajar.Program ini dinamakan
sebagai ‘Seize Your Success’ yang dijayakan oleh kami dari jabatan Pendidikan Islam Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya untuk adik-adik tingkatan 2 Sekolah Menengah Tinggi Sultan
Hishamuddin(SAMTISH).Program ini dijalankan pada semester 2 sesi 2017/2018 yang bertarikh 14 –
15 April 2018.Saya telah diberi tanggungjawab sebagai ajk unit tugas-tugas khas untuk menyediakan
peralatan untuk permainan dan berhubung dengan penceramah untuk sesi kuliah atau
motivasi.Kami telah diberi tunjuk ajar oleh penyelaras diikuti oleh Majlis Tertinggi program yang
sama-sama memberi panduan yang sewajarnya kepada kami.
FASA SEMASA
Setelah fasa perancangan dan persediaan kami berlalu,kini tibalah masanya kami untuk meneruskan
aktiviti yang telah dirancang dengan teratur.Aktiviti kami pada hari pertama ialah ‘Ice-
breaking’.aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada adik-adik para fasilitator
program.Alhamdulillah kami telah mendapat sambutan daripada pihak sekolah terutamanya para
paserta.Para peserta juga sangat peramah dan mereka menerima segala program yang dirancang
dengan hati yang terbuka dan melibatkan diri dalam semua aktiviti dengan baik sekali.Antara aktiviti
yang kami jalankan ialah ceramah motivasi,senamrobik,explorace,qiamulail dan
sebagainya.Namun,kami juga menghadapi beberapa masalah antaranya ialah salah seeorang
penceramah tidak dapat hadir untuk memenuhi sesi motivasi bersama pelajar atas sebab-sebab
yang tidak dapat dielakkan tetapi ia berjaya diatasi dengan menggantikan beliau dengan
penceramah yang baru. Melalui program ini juga kami belajar cara untuk mengendalikan program
secara sistematik dan teratur.program ini juga sangat bermanfaat dan bermakna seterusnya
pengalaman yang ditimba dan ditempuhi mengajar kita banyak nilai sabar, tabah, bertanggungjawab
dan sebagainya.
FASA SELEPAS
Melalui program yang dijalankan saya dapat banyk iktibar,pengalaman baru dan seterusnya dapat
meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri saya melalui tugas yang telah diamanahkan dan dapat
menanamkan rasa tanggunjawab dalam jiwa saya.Selain itu.ia juga dapat mengeratkan hubungan
antara rakan sekelas serta merasai pahit manis bersama dalam mengendalikan program.Program ini
juga telah memberi kesan yang mendalam dalam diri saya.Di kesempatan ini saya ingin berterima
kasih kepada semua yang terlibat dan ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam
mngendalikan program ini.
Comentários