AQILAH
- Unit Media
- May 20, 2018
- 2 min read
Updated: May 22, 2018

NAMA:NOR AQILAH BINTI ISMAIL
MATRIK:IIN170013
KUMP :JALINAN MASYARAKAT 1
Assalamualaikum dan salam sejahtera ,saya Nor Aqilah Binti Ismail ahli Jalinan
Masyarakat kumpulan 1 ingin membentangkan refleksi daripada program kami jalankan di
Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin,Klang pada 14/4/2018 dan 15/4/2018
Saya akan mengupaskan sedikit sebanyak program yang dijalankan mulai dari sebelum
program,semasa program dan selepas program.
FASA PERANCANGAN(SEBELUM PROGRAM)
Pertama sekali sebelum program berlangsung,kami memilih tema program ‘Seize your
Success”.Kemudian saya dilantik sebagai ahli jawatankuasa unit multimedia dan ditugaskan
untuk menguruskan baju yang telah direka dengan logo dan warna baju oleh ahli-ahli unit
multimedia untuk program Jalinan Masyarakat ini .Saya hendaklah memastikan baju yang
dihantar ke kilang pembuatan baju sampai sebelum program berlangsung agar ahli-ahli dapat
memakainya ketika berlangsung program tersebut.
FASA SEMASA
Kemudian,semasa program berlangsung saya melihat jumlah pelajar yang agak ramai dan
juga saya rasa teruja tengok suasana di sekolah terbabit yang berdiri dengan bi’ah islam
kerana mereka merupakan pelajar sekolah agama.Berlangsungnya program dari awal hingga
akhir,saya gembira para pelajar memberi respon dan kerjasama yang baik dalam aktiviti
yang dijalankan seperti ldk,sharing moment, dan permainan,Alhamdulillah mereka sungguh
teruja dan seronok dengan program ini serta menghormati kami sebagai fasilitator kerana
sifat mereka begitu ramah.Saya rasa beryukur kerana dapat memberi sedikit sebanyak ilmu
kepada mereka serta tips tips belajar.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih buat ahli-ahli
JM yang bersemangat serta beri kerjasama baik dalam program tersebut.
FASA SELEPAS
Selepas program berakhir,alhamdulillah seperti yang kami inginkan program kami
berjalan dengan lancar hingga ke penghujungnya. Melalui program yang dijalankan saya
dapat banyak,pengalaman baru yang saya belajar dan juga dapat meningkatkan kemahiran
insaniah dalam diri saya melalui tugasan yang telah diamanahkan. Kemudian semua ahli
hadirkan diri ketika mengadakan “Post Morterm” untuk membincangkan kelebihan dan
kekurangan dalam program yang telah dijalankan agar dapat perbaiki lagi “soft skill”dalam
program lain bakal diadakan nanti.Melalui program ini juga dapat merapatkan lagi hubungan
kami antara ahli-ahli Jalinan Masyarakat ini.
Comments