NINA
- Unit Media
- May 20, 2018
- 2 min read
Updated: May 22, 2018

NUR HUSNINA BINTI ISMAIL
IIO170023
JALINAN MASYARAKAT SMPI KUMPULAN 1
(I) FASA PERANCANGAN:
Melalui Program Jalinan Masyarakat yang dianjurkan oleh kami, mahasiswa dan
mahasiswi Jalinan Masyarakat Sarjana Muda Pendidikan Islam Kumpulan 1, apa yang saya
dapati semasa fasa perancangan program ini ialah saya dapat berkenalan dengan rakan-
rakan kos saya dengan lebih rapat lagi. Saya dapat mengeratkan hubungan silaturahim
dengan mereka terutamanya apabila kami selalu mengadakan perjumpaan untuk
membincangkan aktiviti-aktiviti dan perjalanan program kami yang bakal diadakan. Selain
itu, saya sebagai salah seorang ahli jawatankuasa biro dana dan tajaan bagi program ini
dapat merasa pengalaman baru dalam merealisasikan program kami. Saya mendapat
pelbagai ilmu baru mengenai strategi dan cara untuk mengumpulkan dana yang diperlukan.
Sesungguhnya, biro ini juga merupakan salah satu biro terpenting dalam organisasi program
kami kerana setiap aktiviti yang kami lakukan nanti memerlukan dana yang mencukupi agar
program berjalan dengan lancar dan berjaya. Dalam biro ini juga, saya dapati semua ahli
bekerjasama untuk menyumbangkan cara dan juga idea yang bernas untuk mengumpulkan
dana. Di samping itu, saya juga dapati bahawa satu sikap negatif yang terdapat ketika
perjumpaan diadakan untuk membincangkan perjalanan program ialah sikap tidak menepati
masa. Terdapat pelajar yang datang sedikit lewat kemungkinan disebabkan terdapatnya
kekangan masa. Hal ini kerana setiap dari kami mempunyai jadual kelas yang berbeza-beza.
Oleh itu, agar sukar untuk kami mencari masa yang sesuai untuk melakukan perjumpaan.
Namun, kami berusaha juga sedaya upaya untuk menghadirkan diri ketika perjumpaan
diadakan.
(II) FASA SEMASA:
Seterusnya, apa yang saya dapati semasa fasa semasa ini iaitu fasa semasa program
diadakan ialah saya dapat melatih diri saya supaya lebih berkeyakinan dalam memimpin
seperti menjadi seorang fasilitator. Sebagai seorang fasilitator mestilah mempunyai sikap-
sikap positif seperti yakin ketika berucap, berfikiran tinggi, peramah, berpenampilan
menarik dan pelbagai lagi. Kami juga saling bekerjasama mengendalikan aktiviti-aktiviti yang
telah dirancang sebelum ini. Contohnya, saya sebagai salah seorang fasilitator yang bertugas
bagi aktiviti explorace berusaha dengan sebaik mungkin agar aktiviti yang dijalankan mampu
memberikan impak dan nilai yang positif dalam diri para peserta iaitu para pelajar tingkatan
2 SMA Tinggi Sultan Hisamuddin selaras dengan tujuan dan hasrat program ini diadakan.
Selain itu, sebagai seorang mahasiswa Pendidikan, kami dapat melatih diri kami cara untuk
menangani dan berhadapan dengan karenah pelajar yang berbagai-bagai ragam.
Sesungguhnya, sifat sabar amatlah penting untuk diterapkan dalam diri kami agar kami
dapat mengendalikan program dengan penuh berhemah, bukan bersandarkan emosi
semata-mata.
(III) FASA SELEPAS:
Apa yang saya dapati dalam fasa ini ialah saya merasakan bahawa sikap bekerjasama
antara ahli kumpulan merupakan elemen yang paling penting sekali jika ingin menganjurkan
sesuatu program. Seperti program yang kami anjurkan ini, jelas ternyata bahawa sikap
kerjasama yang ditunjukkan oleh setiap ahli kumpulan amat memberangsangkan. Selain itu,
saya juga merasakan bahawa program yang kami jalankan mendapat tempat di hati para
peserta. Hal ini ditunjukkan melalui sikap para yang bersungguh-sungguh melibatkan diri
dalam setiap aktiviti-aktiviti yang kami adakan. Sesungguhnya, kerjasama yang ditunjukkan
oleh para pelajar juga adalah penting bagi kami, selaku penganjur program ini. Saya juga
berharap agar para peserta mendapat sedikit sebanyak manfaat sepanjang program ini
diadakan. Jika mempunyai kesempatan lagi pada masa akan datang, saya berharap dapat
menyertai lagi program-program seperti ini agar saya dapat mengutip seribu satu
pengalaman bersama-sama rakan-rakan.
Comentários