top of page

WAN

  • Writer: Unit Media
    Unit Media
  • May 20, 2018
  • 4 min read

Updated: May 22, 2018



WAN MUHAMMAD HILMI BIN WAN IBRAHIM

IIN170032

JALINAN MASYARAKAT (GIG1005) KUMPULAN 1

SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM 2017/2018

REFLEKSI JALINAN MASYARAKAT (GIG1005)


Fasa Perancangan

Pada pandangan saya fasa perancangan adalah fasa yang amat penting bagi menyediakan

program yang mampu memberi kesan. Pada awalnya kami mahasiswa Sarjana Muda Pendidikan

Islam seramai 64 orang dibahagikan didalam dua kumpulan untuk program jalinan masyarakat kali

ini. Alhamdulillah pada semester dua kali ini saya telah ditugaskan menjadi pengarah jalinan

masyarakat bagi kumpulan 1 utntuk memimpin sahabat-sahabat saya melakukan aktiviti jalinan

masyarakat. Aktiviti jalinan masyarakat kami diberi nama Seize You Success. Program yang kami

jalankan ini adalah motivasi berbentuk akademik bagi peserta yang kami target. Alhamdulillah kami

semua berganding bahu menyediakan program yang baik untuk peserta melalui susunan yang baik.

Kami Bersama-sama merancang melalui pelbagai mesyuarat yang kami adakan bagi menyusun

program jalinan masyarakat dengan baiknya. Ahli-ahli dari setiap unit amat bertungkus lumus

menyiapkan program kali ini. Ucapan terima kasih kepada unit tempat kerana bertindak pantas di

dalam pencarian tempat program iaitu di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hishamuddin

(SAMTISH). Selain itu, kami melakukan kerja berkerjasama mengikut skop kerja setiap unit. Di

samping itu, saya Bersama-sama majlis tertinggi pergi berjumpa pihak sekolah bagi membincangkan

dengan lebih lanjut berkenaan program ini iaitu berbincang dengan pengetua sekolah, penolong kanan

pentadbiran dan penolong kanan hal ehwal murid. Alhamdulillah kata putus dapat dicapai bersama

pihak sekolah umtuk mengadakan program ini di sekolah itu selama dua hari satu malam.


Fasa Semasa

Saya berpendapat bahawa fasa semasa ialah fasa yang paling mencabar bagi saya. Hal ini

kerana fasa ini ialah fasa hari kejadian aktiviti kami di SAMTISH. Program jalinan masyarakat di

SAMTISH bermula pada 14 April sehingga 15 April 2018. Kami bertungkus lumus menyiapkan

persiapan yang rapi sebelum bertolak ke sekolah itu. Ahli-ahli saya masing-masing memperingatkan

antara satu sama lain agar segala kelengkapan dibawa ke tempat program. Kami menunggu dengan

sabar akan ketibaan bas yang akan membawa kami ke tempat program kerana berlaku sedikit masalah

teknikal daripada unit pengangkutan tetapi merekan dapat menyelesaikan dengan baik dan

alhamdulillah selamat sampai ke tempat program dengan baik. Kami disambut dengan baik oleh pihak

sekolah yang mewakilkan majlis perwakilan pengawas sekolah itu untuk menyambut kami. Seusai

tiba di tempat program kami ditunjukkan tempat untuk kami melakukan aktiviti kami. Selepas itu,

kami bersama-sama menyiapkan persediaan yang rapi untuk kami jalankan aktiviti pertama kami.

Peserta bagi program seize your success ini terdiri daripada pelajar tingkatan 2 SAMTISH yang amat

memberi kerjasama kepada kami untuk menjalankan aktiviti ini. Bilangan peserta yang menyertai

program ini adalah seramai 91 orang.Kami amat gembira kerana para pelajar tingkatan 2 amat

terhibur dengan program yang kami jalankan. Antara aktiviti-aktiviti yang menarik yang kami

jalankan ialah ice breaking dan siapa saya, explorace, tazkirah maghrib, mizya’ muattal, riadah sobah

dan slot motivasi Bersama alumni Sarjana Muda Pendidikan Islam Universiti Malaya. Alhamdulillah

aktiviti-aktiviti yang kami rancang berjalan dengan baik walaupun ada sedikit masalah di dalam


mengendalikan aktiviti-aktiviti tersebut. Program jalinan masyarakat yang kami lakukan di sekolah

SAMTISH mampu memberi pendedahan kepada kami untuk mengendalikan para pelajar di sekolah

kerana bertepatan dengan jurusan yang kami ambil iaitu Sarjana Muda Pendidikan Islam yang

sememangnya akan berkhidmat di pelbagai sekolah di seluruh negara suatu hari nanti mendidik anak

bangsa tercinta. Akhir sekali, Dr Mohamad Azrien dan Dr Ahmad bin Yussuf berkesempatan

mengunjungi kami di tapak aktiviti program dan kami amat menghargai penyelia jalinan masyarakat

kami yang sanggup turun padang menyokong kami mengendalikan program kali ini.


Fasa Selepas

Fasa selepas merupakan suatu fasa yang berlaku selepas fasa semasa yang amat mencabar.

Program jalinan masyarakat tidak hanya terhenti di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan

Hishamudin itu sahaja. Ianya masih bergerak tetapi secara tidak langsung. Terdapat beberapa perkara

yang kami lakukan selepas selesai menjalankan aktiviti di SAMTISH yang terletak di Klang pada 14

hingga 15 April 2018. Antara perkara yang kami lakukan ialah, kami mengadakan post mortem. Kami

telah berkumpul di bilik seminar akademi pengajian islam Universiti Malaya dan menjalankan post

mortem. Kami membincangkan setiap gerak kerja kami pada hari kejadian secara terperinci dan

sejahtera. Setiap unit telah membentangkan gerak kerja mereka di dalam post mortem tersebut.

Pembentangan tersebut berjalan dengan baik. Setiap ketua unit yang membentangkan telah

membentangkan dengan baik. Manakala ahli kumpulan yang lain sama ada daripada unit tersebut

mahupun dari unit yang lain turut memberikan komitmen seperti tidak membuat bising, fokus

terhadap apa yang sedang dibentangkan oleh pembentang dan tidak mengganggu pembentang

sehingga selesai dan turut memberi pandangan terhadap program ini.


Selain itu, kami juga telah mengadakan perjumpaan bagi menyiapkan laporan akhir berkaitan

program jalinan masyarakat (GIG1005). Laporan telah disiapkan dengan baik dan kemas oleh

setiausaha kumpulan kami serta turut dibantu oleh ahli kumpulan yang lain. Kerjasama yang

ditunjukkan ahli kumpulan bermula dari fasa perancangan tidak terhenti pada fasa semasa sahaja

bahkan masih diteruskan sehingga dalam fasa selepas. Ini merupakan suatu sikap yang perlu dipuji

dan dijadikan tauladan bagi saya kerana memberi komitmen ketika program berlangsung itu sudah

cukup baik tetapi tetap memberikan komitmen selepas selesainya program merupakan suatu perkara

yang luar biasa dan ianya sangat baik. Akhir kalam, program jalinan masyarakat memberikan kesan

yang cukup mendalam dalam diri saya sendiri. Ianya bukanlah hanya program semata-mata. Bahkan

ianya memberikan saya pengalaman yang berharga dan juga mengajar saya pelbagai perkara

khusunya berkaitan pengurusan sebelum program, semasa dan selepas program. Selain itu,

mencurahkan bakti kepada para pelajar adalah amalan yang mulia iaitu sama-sama mendapat manfaat

bagi meningkatkan jati diri kepada diri setiap pelajar. Di samping itu juga memberi pengalaman yang

berguna kepada kami bagi digunakan untuk masa yang akan dating mendidik pelajar kea rah

kecemerlangan akademik dan sahsiah. Sejajar dengan itu, hubungan antara mahasiswa dan mahasiswi

antara masyarakat sekitar akan lebih terjalin dan mampu memberi impak yang positif kea rah

pembangunan negara yang lebih maju dalam pelbagai aspek kehidupan.

Recent Posts

See All

Komentar


bottom of page