top of page

MIRA

  • Writer: Unit Media
    Unit Media
  • May 20, 2018
  • 2 min read

Updated: May 22, 2018



Nurul Mira Qarlisa Bt Nuramli

IIO170029

Jalinan Masyarakat kumpulan 1


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat saya

menulis refleksi berkaitan jalinan masyarakat yang telah dijalankan tempoh hari. Pada 14

dan 15 April yang lalu, kami dari Jalinan Masyarakat kumpulan 1 telah mengadakan program

yang diberi nama ‘SEIZE YOUR SUCCESS’ di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan

Hisamuddin, Klang, Selangor. Program yang kami jalankan adalah berbentuk motivasi

selama 2 hari 1 malam. Sesungguhnya program yang dilaksanakan berjalan dengan lancar

seperti yang dirancang.

Kekuatan program ini ialah saya dan ahli kumpulan dapat melaksanakan program ini

mengikut perancangannya. Apa yang saya dapat daripada program khidmat masyarakat ini

ialah saya diberi pendedahan tentang pengurusan, perancangan dan pengelolaan sesuatu

tugasan. Malahan, dapat berbincang sesama ahli kumpulan untuk bekerja mengikut tugas

yang diberikan. Selain itu, saya dapat membina hubungan baik di antara ahli kumpulan saya.

Malahan saya juga turut didedahkan dengan cara dan prosedur berkaitan pengurusan

apabila bekerja dalam sesebuah kumpulan. Saya selaku wakil daripada unit pengangkutan

amat gembira kerana pengurusan bas yang bakal kami naiki pada hari kejadian

dipermudahkan dan tidak terdapat sebarang kekangan sebelum hari kejadian.

Namun, tidak semua yang kita rancang akan mengikut kehendaknya. Kesukaran yang

kami alami pada hari kejadian ialah dimana bas yang bakal kami naiki telahpun lewat 50

minit daripada yang dijadualkan. Kami sepatutnya bergerak pada jam 9 pagi namun telah

bergerak pada jam 950 pagi. Kami telah berusaha untuk menghubungi pemandu bas

tersebut beberapa kali namun beliau terpaksa menghantar orang sebelum kami ke suatu

tempat. Kami amat bersyukur kerana walaupun kami telah bertolak lewat daripada yang

dijadualkan, perjalanan ke sekolah tersebut tidaklah mengambil masa yang lama. Malah

kami mempunyai masa yang panjang untuk membuat persiapan sebelum bermulanya

program. Hal ini kerana pihak protokol telah meletakkan masa yang awal untuk kami bersiap

dan bersedia sebelum bertolak agar tidak membuang masa dan bersedia dengan perkara

mendatang yang tidak kita ketahui.

Apa yang ingin saya simpulkan daripada yang berlaku ini ialah kita haruslah bersiap

siaga dengan apapun rancangan kerana kita tidak tahu apa yang berlaku di kemudian hari.

Penjadualan awal untuk tiba di tempat kejadian adalah satu yang bernas bagi saya kerana

kita dapat mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku dan masih mempunyai waktu

yang panjang untuk bersedia sebelum bermulanya program pada pukul 3 petang.

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page