NAEEM
- Unit Media
- May 20, 2018
- 3 min read
Updated: May 22, 2018

MUHAMMAD NAEEM SIDDIQI B SHUIB
IIO170015
i) Fasa Perancangan
Perancangan sebelum membentuk program adalah baik dan sistematik seperti
pelantikan ahli-ahli jawatankuasa dan jawatan tertinggi. Namun begitu, terdapat beberapa
jawatan diberi, bukan atas undian atau pilihan ramai bahkan atas dasar main-main.
Perancangan dalam memilih tarikh dan tempat untuk melaksanakan program ini juga adalah
baik kerana dibuat berdasarkan perbincangan dan atas kata sepakat seluruh ahli
jawatankuasa program. Setiap unit memainkan peranan dan perancangannya dengan baik
dalam proses melaksanakan program. Unit pengangkutan contohnya, mereka berjaya
mendapatkan pengangkutan pergi dan balik dari tempat program iaitu sebuah bas yang
bukan sahaja selesa malah mengenakan bayaran yang berpatutan. Seperti saya unit dana
dan tajaan, adalah sedikit kekecewaan daripada pihak kami dalam mengutip dan mencari
dana untuk melaksanakan program ini. Berbekalkan hasil jualan yang tidak
memberansangkan serta kutipan-kutipan dari sumber lain seperti daripada orang awam dan
unit NGO yang kurang mendapat sambutan, adalah sukar bagi kami untuk menstabilkan
ekonomi kami dari segi kewangan dan peruntukan. Namun begitu, setinggi-tinggi
kesyukuran ke hadrat Ilahi apabila bajet belanjawan berkurang daripada RM4000+ telah
berkurang menjadi RM2000+. Ini telah memudahkan kami untuk mengutip dana kerana
target yang hendak dicapai tidak lagi seperti sebelumnya. Memandangkan seminggu
sebelum berlangsungnya program merupakan cuti pertengahan semester, kami mengambil
inisiatif dengan mengharapkan sumbangan daripada setiap ahli untuk mendapatkan
sumbangan RM50 di halaman rumah masing-masing sebagai pertambahan kepada dana dan
Alhamdulillah target belanjawan program ini berjaya kami capai jumlahnya. Selain itu, usaha
daripada unit-unit lain juga amatlah saya hargai seperti unit multimedia yang membuat
tempahan baju rasmi program yang menarik dan selesa dipakai. Begitu juga dengan unit
protocol dan pengisian yang berjaya merancang aktiviti-aktiviti menarik kepada peserta
sepanjang berlangsungnya program. Walaupun begitu, terdapat kesukaran dalam
menentukan waktu-waktu perjumpaan kerana jadual waktu kuliah setiap ahli adalah
berbeza dengan itu sukar untuk memenuhkan kehadiran pada setiap kali perjumpaan
dilakukan.
ii) Fasa Semasa
Pada pagi hari kejadian, kami terpaksa menunggu lama di perhentian bas Kolej 12
kerana bas lewat tiba. Perjalan kami ke SAMTISH hanya mengambil masa satu jam setengah
kerana trafik tidak sesak. Setibanya di sana lebih kurang jam 10.45 pagi, kami disambut baik
oleh wakil pelajar dari sekolah itu. Secara berasingan lelaki dan perempuan, kami diiring dan
ditunjukkan tempat menginap iaitu sebuah dom yang besar dan selesa. Selepas meletakkan
barang-barang, kami meninjau sekitar kawasan sekolah dan sempat mengambil beberapa
keping gambar di sudut-sudut sekolah yang cantik. Selepas solat zohor, peserta-peserta
tingkatan 2 dari sekolah tersebut(SAMTISH) berkumpul di dalam surau iaitu tempat
berlangsungnya program. Aktiviti-aktiviti berjalan dengan lancar bermula daripada ice-
breaking, pembahagian kumpulan sehingga ke aktiviti yang terakhir pada sesi itu. Para
peserta memberi kerjasama dan respon yang baik sepanjang sesi tersebut. Terdapat
segelintir peserta yang datang lewat atas sebab-sebab yang munasabah seperti berjumpa
dengan ibu bapa.
Selepas Asar pula, para peserta berkumpul untuk aktiviti explorace. Ketepatan waktu
sedikit lari pada ketika ini kerana segelintir fasi masih lagi bersantai di dalam surau selepas
solat Asar. Terdapat kurang daripada sepuluh checkpoint yang mesti diselesaikan oleh setiap
kumpulan. Alhamdulillah kesemua perserta daripada setiap kumpulan berjaya
menyelesaikan kesemua checkpoint dengan baik. Mereka memberi respon yang positif
kepada setiap checkpoint dan juga menunjukkan kesan yang baik hasil daripada terlaksana
explorace , meskipun tidak berjaya mengutip mata penuh namun intipati explorace itu
berjaya mereka serap. Kami sebagai fasilitator keseluruhannya berjaya mengendalikan
checkpoint masing-masing yang dipertanggungjawabkan dengan sempurna. Seperti saya
mengendalikan checkpoint belon air, kelihatan peserta-peserta terhibur dan enjoy dengan
cabaran yang diberi
Pada sebelah malam pula, peserta ke surau untuk menghadiri aktiviti seterusnya
iaitu ,mendengar kuliah berantai daripada tiga orang fasi iaitu saudara Izzuddin, Hilmi dan
Ikhwan. Para peserta mendengar kuliah dengan baik dan khusyuk.
Keesokannya,peserta ke padang untuk sesi riadah. Selepas itu mereka
mempersiapkan diri untuk menghadiri ceramah motivasi daripada ceramah jemputan
seterusnya bersedia untuk majlis penutupan. Terdapat beberapa peserta yang lewat. Begitu
juga dengan fasi yang lewat turun ke masjlis penutupan. Respon fasi dan peserta daripada
ceramah menyatakan sedikit kebosanan dan dianggap tidak berapa sesuai dengan tahap
umur pendengar berumur 14 tahun. Majlis penutupan berlangsung dengan jayanya setelah
dirasmikan perasmian penutup oleh Ustaz Azrien. Tayangan video oleh pihak multimedia
juga adalah sangat terbaik. Program ‘Seize Your Success’ telah diakhiri dengan lagu tema
program. Sesi fotografi bersama-sama peserta pun bermula.
iii) Fasa Selepas
Saya berasa sedih dan sayu dengan tamatnya program ini. Perasaan bercampur baur.
Gembira dengan terlaksananya suatu program yang telah diusahakan bertungkus lumus separuh
semester ini. Sedih kerana tiada lagi program seperti ini yang dapat mengeratkan hubungan sesama
kami sebagai pelajar, dan juga sedih kerana tidak berasa puas berprogram hanya dua hari bersama-
sama perserta. Seminggu selepas program, perjumpaan post-mortem diadakan bagi merumuskan
initipati program sesame fasilitator. Kesemua cadangan penambahbaikan, aduan, rungutan dan juga
pujian telah dilemparkan pada perjumpaan itu. Kami juga menyediakan ruang kepada para peserta
untuk menyuarakan pandangan mereka mengenai program yang mereka duduki ini melalui borang
soal selidik, respon yang positif kami terima sebagai loncatan untuk terus sebarkan nilai-nilai posotif
kepada individu yang lain manakala yang negatif seperti yang mengatakan aktiviti-aktiviti lapuk,
InsyaAllah kami akan perbaiki kepada kualiti yang lebih baik. Terdapat juga suara-suara daripada
kalangan fasi yang menyuarakan ketidakpuasan hati kepada sumbangan dan tahap function ketua
program dan hal ini saya berpendapat bahawa pemilihan ketua pada masa akan dating haruslah
benar-benar mendapat persetujuan kesemua ahli untuk mengelakkan hal seperti ini berlaku. Saya
juga sedikit terharu setelah mengetahui saya digelar dengan panggilan ‘abang belon’ oleh peserta-
peserta perempuan program yang telah dijalankan.
Comments