9. NUR FARHANA SOLEHAH BINTI ROSLI (IIN170022)
- Unit Media
- May 23, 2018
- 2 min read

FASA PERANCANGAN:
Pada awalnya kumpulan kami bercadang untum melaksanakan program ini disekolah dengan sasrannya kepada pelajar dari tingkatan 3 dan 5. Akan tetapi, terdapat masalh teknikal yang dihadpi oleh kumpulan kami secara tidak langsung yang menyebabkan kami terpaksa menukarkan sasaran program kami ini kepada anak-anak yatim dan miskin di Pusat Rumah Kanak-kanak Yatim dan Miskin Ruqayyah. Walaubagaimanapun, kami tetap meneruskan program ini dengan menukar semua rancangan kami untuk disasarkan kepada anak-anak yatim dan miskin tersebut pada saat-saat akhir. Sebelum hari kejadian program ini berlangsung, kumpulan kami membuat persiapan yang rapi dari semua gerak kerja agar program yang kami anjurkan ini dapat berjalan dengan lancar. Saya diamanahkan untuk menguruskan unit makanan semasa program tersebut berlangsung selama 2 hari 1 malam. Oleh itu, saya dan rakan-rakan unit makanan yang lain bekerjasama untuk memikirkan menu yang sesuai semasa program itu berlangsung. Kami dari unit makanan bukan sahaja menguruskan bahagian makanan semata-mata, akan tetapi kami juga diberi kesempatan untuk turut bekerjasama dalam memeriahkan lagi program Jalinan Masyarakat ini dengan menyertai aktivti-aktiviti yang diuruskan oleh unit aktiviti dan pengisian dari kumpulan Jalinan Masyarakat kami.
FASA SEMASA:
Pada hari pertama kejadian program tersebut, saya berasa amat gembira kerana dipertemukan dengan adik-adik yang comel dan baik di pusat jagaan tersebut. Mereka terdiri daripada pelbagai variasi umur dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. Walaupun pada mulanya saya berasa tidk berkeyakiann terhadat program ini, namun setelah berjumpa dengan mereka semua saya dapat merasakan bahawa kami akan dapat mewujudkan satu hubungan yang amat erat seperti adik, kakak dan abang. Saya yakin bahawa mereka perlukan kasih sayang dari kakak-kakak dan abang-abang seperti kami sebagai penyokong untuk mereka meneruskan perjuangan mereka dalam pelajaran mereka. Alhamdulillah saya dan ahli kumpulan saya yang lain dapat melayan kerenah adik-adik di sana dengan baik dan penuh sabra kerana mereka semua juga dapat menerima kehadiran kami dan memberikan kerjasama dalam melaksanakan semua aktiviti yang kami rancang dengan begitu mantap. Pada pandangan mata kasar saya, bahawa adik-adik disana sangat mudah menerima tetamu yang ingin datang sama ada melawat atau membuat aktiviti yang bermanfaat kepada mereka.
FASA SELEPAS:
Pada hari terakhir kami disana adalah amat berat bagi saya untuk pulang kerana saya merasakan kami benar-benar rapat dengan adik-adik dari pusat jagaan tersebut walaupun perkenalan kami hanyalah singkat. Ketika kami melangkah keluar dari pagar pusat jagaan itu, mereka seperti tidak mahu melepaskan kami pulang bahkan ada yang mengalirkan air mata kerana kami dari tempat tersebut. Semua aktiviti yang kami rencanakan telah berjalan dengan lancar dan menjadi kenangan yang terindah bagi diri saya. Saya juga amat bersyukur kerana telah dikurniakan ahli kumpulan yang sanggup mengorbankan dan menngerah tenaga sehabis baik untuk menjalankan program ini walaupun kami diuji dengan ujian yang tidak dijangka yang berlaku pada saat-saat akhir. Inilah pengalaman Jalinan Masyarakat yang amat berharga yang pernah saya rasai dlam hidup saya.
Comments