31. ‘ALIAA NAJWA BINTI MUNAWAR (IIN170001)
- Unit Media
- May 23, 2018
- 2 min read

Kesimpulannya, kami telah berjaya mengadakan satu Program Jalinan Masyarakat yang bertemakan Learn, Education, Aspire, Determine (LEAD) selama dua hari satu malam di Pusat Jagaan Anak-anak Yatim / Miskin Rukaiyah. Kami telah mengumpul dana yang mencecah RM1000 lebih untuk kami membuat persediaan membuat program tersebut. Tambahan pula, kami telah meluangkan masa untuk bergaul dengan anak-anak dan membuat pelbagai aktiviti yang bermanfaat bersama anak-anak yatim tersebut. Antara salah satu aktiviti yang kami lakukan adalah sesi ‘ice-breaking’, yang mementingkan komunikasi dua hala antara pelajar dan juga fasilitator supaya dapat menambahkan keakraban antara satu sama lain.
Melalui aktiviti ini, saya juga telah mempelajari beberapa nilai yang tidak akan didapat jika saya tidak melibatkan diri dalam aktiviti ini. Salah satu nilai tersebut adalah nilai kepimpinan dan cara untuk bekerjasama dalam satu kumpulan. Sebagai seorang biro kebajikan, saya bertanggungjawab untuk melihat perkembangan perjalanan setiap kumpulan dan memberi panduan sekiranya timbul apa-apa masalah. Di samping itu, saya perlu sentiasa bekerjamasama dengan ahli ajk yang lain sebagai satu kumpulan supaya ahli-ahli yang lain juga akan bersepadu.
Saya juga belajar cara tentang sikap dan etika yang perlu ada semasa berinteraksi dengan orang lain. Hal ini dilihat apabila kami perlu berinteraksi dengan felo, pengetua rumah anak yatim, ahli-ahli kumpulan dan anak-anak yatim. Saya belajar tentang formaliti yang perlu ada dan ucapan kami perlu berhemah supaya memberi hormat kepada orang lain.
Tambahan lagi, saya juga belajar tentang nilai bertanggungjawab dan pengurusan masa yang baik. Saya perlu belajar untuk mengimbangkan masa saya untuk menyediakan laporan dan menghadiri semua mesyuarat sambil menguruskan pelajaran saya. Saya harus bertanggungjawab untuk menyiapkan tugas saya pada masa yang ditetapkan supaya projek dapat berlangsung dengan lancar.
Konklusinya, saya tidak menyesal melibatkan diri dalam aktiviti ini kerana saya dapat menikmati kepuasan melihat kejayaan kami sebagai satu kumpulan dalam memberi impak yang positif kepada anak-anak yatim di rumah tersebut.
Comentarios