top of page

7. FATIMAH BT REZZAL SHAH (IIO170003)

  • Writer: Unit Media
    Unit Media
  • May 23, 2018
  • 4 min read

Jalinan masyarakat merupakan salah satu kos universiti dan setiap pelajar wajib untuk mengambil kos ini sebagai syarat untuk lulus dalam peperiksaan pada akhir semester pembelajaran. Meskipun begitu, subjek ini akan memberikan kesan positif dalam diri pelajar kerana setiap pelajar akan menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan kemasyarakatan dengan bantuan beberapa orang pensyarah. Berdasarkan aktiviti yang telah kami jalankan bersama dengan anak-anak yatim/miskin rukaiyah saya akan memberikan refleksi berdasarkan beberapa fasa iaitu, fasa perancangan, fasa semasa, dan fasa selepas.


Pada fasa perancangan kami telah mengadakan perbicangan untuk melantik beberapa ahli majlis tertinggi dalam kalangan kumpulan kami agar perjalan program dapat berjalan dengan lancar dan mudah melalui arahan seorang ketua. Kami bersetuju dan meletakkan kepercayaan kepada ketua kami agar menjayakan program jalinan masyarakat ini dan ketua kami juga dibantu oleh beberapa orang rakan kami kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Kami pun mengadakan beberpa kali perjumpaan dan berbicang bersama-sama apakah langkah seterusnya yang perlu kami lakukan seperti di mana tempat yang akan kami pilih adakah di sekolah , di kampong orang asli dan sebagainya. Maka setelah berbincang kami dengan sebulat suara untuk memilih di Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Rukaiyah Selangor darul ehsan. Keputusan ini pun kami dapat selepas bebrapa kali percubaan untuk melaksanakan program ini di beberapa buah sekolah sekitar Selangor. Program ini melatih kami agar bersabar dan sentiasa bersiap siaga untuk menerima apa-apa keputusan dari pihak sekolah mahupun mana-mana pusat kebajikan. Saya juga mendapati bahawa kerjasama antara kami sangat mantap khususnya bagi mendapatkan dana kerana unti dana telah berhasil memperoleh hasil yang agak lumayan walaupun waktu semakin suntuk tetapi disebabkan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing kami dapat memeperoleh hasi yang agak lumayan dalam masa yang agar kritikal. Kami juga sanggup mengorbankan masa terluang kami terutamanya ketika tarikh program semakin hampir kerana kami melalukan ‘Training of Trainers’ dalam kalangan kami sebagai persediaan gambaran pelaksanaan program bersama dengan peserta bak kata pepattah sediakan payung sebelum hujan.


Selain itu, pada fasa semasa saya dapat mengambil iktibar bahawa sebagai fasilitator kami mestilah mengetahui setiap perjalan slot aktiviti program yang akan diadakan agar masa yang ditetapkan dapat dipatuhi kerana masa itu ibarat emas. Kami juga mestilah memastikan para peserta kami tidak terlalu bosan dan tahu cara untuk menarik perhatian mereka kerana peserta berumur dalam lingkungan 10-17 tahun. Sepertimana yang kita tahu bahawa peserta dalam lingkungan ini cepat bosan jadi sebagai penyampai yang baik, kami mestilah memiliki kemahiran untuk menarik minat peserta sepanjang slot aktiviti yang kami laksanakan. Apa yang telah saya dapati sepanjang aktiviti peserta berasa gembira dengan aktivi-aktiviti yang kami jalankan dan berdasarkan boring selidik ramai dalam kalangan mereka berpuas hati dengan akitivi yang kami jalankan. Melalui pelaksanaan program ini juga, secara tidak langsung melatih diri kami untuk menjadi lebih disiplin. Sebagai contoh bilamana kami mengarahkan peserta untuk bangun pada pukul 5.00 pagi bagi slot qiyammull lail berjemaah kami hendaklah bangun awal terlebih dahulu agar dapat memeberikan contoh yang baik kepada mereka dan mengejutkan mereka daripada tidur. Seterusnya saya juga mendapati bahawa kami saling hormat-menghormati antara kami dalam menjayakan program ini kerana, kami juga mengikuti arahan-arahan yang diberikan oleh rakan-rakan kami kepada para peserta yang mengendalikan slot aktiviti pada masa itu walaupun kami dalam lingkungan umur yang sama. Kami juga akan mengadakan ‘post morterm’ setelah menyelesaikan aktiviti bagi memperbaiki lagi diri kami untuk mengendalikan slot aktiviti yang seterusnya, dan di sini saya melihat bahawa kami dapat menerima teguran yang diberikan oleh rakan-rakan kami sendiri kerana ianya merupakan nasihat untuk kami memperbaiki diri kami pada masa akan datang.


Fasa selepas pula memberikan gambaran awal kepada kami bahawa menjadi guru itu bukanlah satu tugas yang mudah memandangkan kami dalam kos pendidikan saya melihat dari aspek ini. Hal ini demikian kerana saya telah melaui prosuder-prosuder di mana kami haruslah berjumpa dengan pihak atasan di tempat penganjuran agar kertas kerja program diterima dan disambut baik oleh pihak mereka. Di samping itu, aktiviti ini juga melatih diri kami untuk bersyukur kerana Allah memberikan kami peluang untuk masih bersama dengan ibu bapa kami berbanding dengan nasib anak-anak yatim/miskin Rukaiyah yang telah kehilangan ibu bapa mereka. Setiap yang hidup pasti akan mati. Oleh itu hargailah mereka sementara kita masih diberi peluang untuk bersama-sama. Kami juga mestilah mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dengan ramai orang tidak kira peringkat umur sama ada pihak atasan, peserta dan sesama kami. Saya juga dapt mengambil iktibar bahawa tidak boleh memandang rendah dengan orang lain kerama masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri. Hal ini demikian kerana , saya mendapati terdapat beberapa rakan saya yang agak pendiam di dalam kelas tetapi apabila terdapat tugasan yang diamanahkan kepada mereka, mereka dapat melaksanakannya dengan baik dan cemerlang kerana mereka tahu bahawa ianya merupaka tanggungjawab mereka untuk memberikan yang terbaik buat peserta. Oleh itu saya dapat mempelajari sesuatu melalaui rakan-rakan saya begitu juga dari peserta yang mengikuti program jalinan masyarakat ini.


Akhir kalam, sekiranya saya diberikan peluang untuk mengikuti aktviti yang berunsurkan kemasyarakatan pada masa akan datang, saya akan cuba untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut kerana saya mendapati bantyal kebaikan yang boleh di dapati tidak kira untuk kerohanian diri sebagai contoh muhasabah diri. Kemahiran insaniah juga akan terasah terutama keberanian diri untuk berkomunikasi dengan orang yang beru dikenali dan bercakap di khalayak orang ramai dengan berani dan menggunakan kemahiran yang bersesuaian. Pengalaman yang lalu akan memberikan pengajaran dalam diri kita untuk menjadi yang lebih baik pada masa akan datang. Melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ini juga, kita boleh memperoleh pengalaman yang menginspirasikan diri kita sendiri khususnya. Kita juga boleh berkongsi dengan rakan-rakan yang lain dan mmepelajari sesuatu yang baru melalui aktiviti ini. Saya berharap usaha yang telah kami lakukan kepada anak-anak yatim/miskin rukaiyah mendapat ganjaran pahala dari Allah dan meninggalkan kesan yang positif dalam diri peserta secara tidak langsung dalam diri setiap para penganjur sepanjang menjayakan program jalinan mayarakat Sarjana Muda Pengajian Islam sesi 2017/2018 ini. Sekian terima kasih.

留言


bottom of page