top of page

5. NURFARISA BINTI ANUAR (IIN170025)

  • Writer: Unit Media
    Unit Media
  • May 23, 2018
  • 3 min read

FASA PERANCANGAN

Pada mulanya, bagi memulakan sesuatu tindakan gerak kerja yang teratur memerlukan pengorbanan dari segi masa dalam menubuhkan suatu organisasi. Setelah itu, saya dilantik sebagai setiausaha bagi program jalinan masyarakat kumpulan 2. Melihat kepada bidang kerja saya ialah menyediakan kertas kerja projek, menguruskan kehadiran dan menetapkan hari mesyuarat. Selain itu, saya juga tinggal di sekitar Selangor dan menolong rakan-rakan lain dalam mencari tempat program, dimana, saya mengambil peluang untuk bertanyakan kepada guru sekolah saya dahulu, iaitu Sekolah Agama Menengah Sungai Merab, Sepang.Setelah itu, kami menghantar kertas kerja projek kami kepada pihak sekolah, setelah seminggu kami menunggu tindak balas daripada pihak sekolah, alhamdulillah akhirnya, mendapat persetujuan daripada pihak sekolah. Tindakan seterusnya, kami pergi melawat sekolah tersebut bagi melihat tempat. Pada hari isnin bertarikh 7 April 2018, saya mendapat satu panggilan daripada pihak sekolah yang mengatakan tidak dapat mengadakan program jalinan masyarakat di sekolah tersebut kerana pihak sekolah menghadapi beberapa masalah berkenaan dengan tarikh yang dipilih.Sejujurnya, perasaan ketika itu begitu sedih dan memerlukan motivasi yang tinggi. Jadi, semua majlis tertinggi mengadakan mesyuarat tergempar antara kami, bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.Pelbagai inisiatif kami ambil dengan menghantar kertas kerja projek kepada banyak sekolah akan tetapi tindak balas mereka mendukacitakan kerana disebakan tarikh yang dipilih.Akhirnya, saya menelefon guru saya di Sam Sg Merab Luar supaya memberi cadangan tempat program kami, dan guru saya mencadangkan di Pusat Jagaan Rukaiyah di Sungai Merab Luar.Setelah itu, kami menghantar kertas kerja projek ke pusat tersebut dan akhirnya Alhamdulillah kami mendapat satu panggilan daripada Puan Aishah pengurus pusat jagaan tesebut membenarkan kami untuk mengadakan program disitu.Seterusnya, kami lawati tempat tersebut sebagai persiapan yang tersusun rapi dari segi pelbagai aspek contohnya makanan, tempat penginapan, tempat aktiviti pengisian dan modul, tempat solat dan lain-lain. Akhirnya, pada tarikh 14 dan 15 april kami mengadakan program jalinan masyarakat di Pusat Rukaiyah tersebut.


FASA SEMASA

Seterusnya, pada hari kejadian kami berkumpul pada 7.00 pagi di umc dan bertolak pada pukul 7.00 pagi dan sampai di pusat jagaan Rukaiyah pada 8.30 pagi,seterusnya, setibanya kami disana pendaftaran bagi peserta dan pemberian barang amanah kepada peserta. Seterusnya, slot 1 ice breaking ‘Ikatan Kasih’Game 1 : ‘Nama & Gaya’di mana, matlamat utama dalam menjayakan slot ini ialah serlahkan keunikan identiti dan trademark masing-masing dalam pada masa yang sama, Peserta dan fasi kumpulan dapat saling mengenali sesame antara satu sama lain dengan lebih erat serta dapat belajar menerima perbezaan dan persamaan. Setelah itu, LDK 1 : ‘Ke mana Hala Tuju Kita’ di mana apa yang saya dapat daripada LDK ini ialah belajar meghormati dan percaya kepada keputusan ketua. Seterusnya, slot bersama alumni, bagi saya ianya memberi impak yang positif kepada peserta yang sesuai dengan umurnya.


Di samping itu, pada slot yang ketiga iaitu ’Follow My Lead’ (Outdoor), di mana ianya dapat melatih peserta berkongsi idea dan pendapat meskipun dalam masa yang singkat bagi saya ibrah ini sangat penting bagi mendidik seseorang dalam menghadapi pelbagai kemungkinan yang berlaku pada masa akan datang. Seterusny, slot ’Sharing Moments’ ianya memberi kesan yang mendalam kerana fasi menceritakan pengalaman suasana di alam universiti.


Selain itu, pengisian pada hari ahad pula, dimulakan qiamualai, solat subuh berjemaah dan bacaan al mathurat, selepas itu, senaman dan lagu tema serta diterusnya lagi dengan majlis penutup.


FASA SELEPAS

Selepas program ini, banyak pengajaran dan ibrah yang saya dapat terutamanya cara untuk mengendalikan sesuatu program dan cara untuk berkomunikasi dengan yang lain serta dapat mengetahui kekurangan – kekurangan sepanjang program, antaran kekurangannya dari sudut masa, dimana ada peserta yang tidak menepati waktu daripada situ kita dapat mengetahui cara untuk mengendalikan peserta tersebut,Ibrah yang terbesar ialah memerlukan kesabaran yang sangat tinggi dalam melayan karenah peserta . Selain itu, daripada program jalinan masyarakat ini, saya dapat mengenali kawan-kawan dengan lebih rapat dan dapat ketahui gerak kerja kawan –kawan yang lain secara tidak langsung ianya dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara satu sama lain. Seterusnya, aspek kerjasama sangat penting dalam sesebuah organisasi bagi melahirkan satu program yang berkualiti bagi peserta dan diri sendiri serta mencungkil kemahiran insaniah dalam diri.

Comments


bottom of page