top of page

30. SITI HAJAR BINTI MAN (IIN170030)

  • Writer: Unit Media
    Unit Media
  • May 23, 2018
  • 3 min read

1. FASA PERANCANGAN

Dalam fasa merancang kelancaran perjalanan program jalinan masyarakat ini, saya dapat merasa hubungan antara ahli-ahli semakin rapat dan mesra namun begitu batas-batas pergaulan masih dijaga dengan rapi dan baik sekali. Ini terbukti apabila saya dapat mengenali sikap kawan-kawan saya dan hati budi mereka dengan lebih dekat yang mana ada segelintir daripada mereka tidak yang saya kenali sebelum ini walaupun dari pusat asasi yang sama. Selain itu, saya dan kawan-kawan berkongsi susah dan senang bersama-sama. Sebagai contoh, dalam usaha pencarian dana dan sumbangan bagi menjayakan program tersebut semua ahli turun menghulurkn bantuan bersama-sama berusaha mengumpul dana mengikut kadar jumlah kewangan yang telah di anggar oleh bendahari walaupun masing-masing sibuk dan penat dengan aktiviti harian sebagai pelajar. Seterusnya, saya juga dapat belajar menguruskan program dan mendapat tunjuk ajar dari sahabat-sahabat saya yang mempunyai banyak pengalaman dalam menguruskan program sebelum ini. Pada pandangan saya, setiap ahli saling berinteraksi antara satu sama lain seperti dalam usaha merangka aktiviti untuk sepanjang berlangsungnya program, dapat dilihat semua ahli berusaha keras dalam mendapat idea-idea yang bernas dan berfaedah. Di samping itu, saya juga belajar untuk menerima satu kegagalan dengan hati yang tenang dan meanggap ia sebagai langkah untuk kejayaan yang lebih baik pada masa akan datang. Contohnya, pada awalnya kami mengalami masalah mencari tempat untuk menjalankan program jalinan masyarakat ini seperti tempat yang agak jauh, pihak tertentu membatalkan perancangan dan sebagainya tetapi pada akhirnya kami mendapat peluang untuk menjalankan program bersama-sama anak-anak yatim yang mana mendatangkan manfaat,pengalaman dan keseronokkan yang luar biasa. Akhir sekali, saya dapat melihat melalui program jalinan masyarakat ini bakat-bakat terpendam di kalangan ahli semakin terzahir apabila mereka dapat melaksanakan tugas yang telah dibahagikan dan diamanahkan kepada semua ahli.


2. FASA SEMASA

Semasa berlangsungnya program, saya dapat belajar banyak perkara dan merasai pengalaman yang baru dalam hidup saya. Pertamanya, saya dapat merasai pengalaman tinggal dengan keluarga yang besar sementelah saya dilahirkan didalam keluarga yang kecil yakni hanya mempunyai dua beradik. Meskipun kami perlu mengambil giliran untuk makan, bersiap dan menggunakan infrastruktur tertentu tapi tetap lahir di hati saya satu rasa yang dinamakan kegembiraan berkongsi. Seterusnya, saya berpeluang untuk mencuba perkara baru sebagai contoh menjadi ketua dalam mengendalikan slot aktiviti. Saya tidak berpeluang merasai hal demikian sebelum ini kerana terlalu tertumpu pada pelajaran semata-mata. Selain itu, saya juga belajar erti syukur dengan apa yang ada dengan melihat bagaimana anak-anak yatim tersebut menjalani kehidupan dengan serba kekurangan dari segi kasih saying, kemudahan dan sebagainya namun mereka masih mampu ketawa bahagia di samping tabah menjalani kehidupan. Di samping itu, kami juga cuba menyelami perasaan dan jiwa para peserta program masyarakat tersebut yang mana telah mendorong kami untuk menyalurkan kasih sayang buat mereka sehingga menjadikan hubungan kami akrab seperti sebuah keluarga. Keakraban tersebut terbukti apabila pertemuan yang singkat tapi bermakna itu berpisah dengan lambaian dan air mata kesedihan. Akhir sekali, saya dapat memuhasabah diri agar tidak sesekali menderhaka kepada kedua ibu bapa selagi mereka masih ada dan terus berkhidmat kepada mereka.


3. FASA SELEPAS

Saya merasa gembira kerana program jalinan masyarakat berjalan lancar seperti apa yang telah dirancang dan berharap program seperti ini dapat dipergiatkan lagi dalam kalangan pelajar. Saya juga dapat belajar dari kesilapan melalui program ini berdasarkan teguran sahabat-sahabat dalam usaha untuk menambaikkan lagi bagi proram akan datang. Program ini merupakan antara pengalaman yang berharga dalam hidup yang tidak akan sekali-kali dilupakan. Hal ini juga mendorong saya untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan pada masa akan datang. Dengan ini, dapat menambahkan lagi pengalaman dan pengetahuan saya dalam usaha mematangkan pemikiran untuk masa akan datang. Melalui program seperti ini juga membantu menghakis kelemahan dalam diri saya iaitu membina keyakinan dalam diri ini kerana saya seorang yang cepat gemuruh ketika bercakap di hadapan kalayak ramai. Tidak dinafikan ia tidak akan terhakis sepenuhnya tapi saya percaya setiap usaha pasti ada hasilnya.

コメント


bottom of page