3. Yati Nayan (IIO170033)
- Unit Media
- May 23, 2018
- 1 min read

1. Fasa Perancangan
Proses untuk mendapatkan tempat program amat mencabar kerana terdapat beberapa tempat yang tidak dapat memberi persetujuan dalam jangka masa yang singkat
Tarikh dan tempat program kerap berubah-ubah disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat diatasi
Kesukaran untuk mengumpul dana program dalam masa yang singkat kerana perlu mengurus program kolej dan tugasan subjek lain.
2. Fasa Semasa
Bilangan peserta program yang sedikit melemahkan semangat saya untuk menjalankan aktiviti
Ahli kumpulan memberikan kerjasama yang padu semasa slot-slot dijalankan
Peserta program memberikan kerjasama dan tumpuan yang baik semasa program berlangsung
Menerbitkan rasa cinta kepada anak-anak yatim
Saya dapat mempelajari dan memperhalusi sikap anak-anak yatim yang boleh membantu saya untuk mengadaptasi ilmu tersebut dalam kerjaya saya yang akan dating
Perubahan tentatif program di saat akhir membantu saya untuk sentiasa bersedia dalam memberikan idea dan pendapat dalam keadaan yang mendesak
3. Fasa Selepas
Saya rasa saya perlu lebih melibatkan diri saya dalam program yang dijalankan bersama masyarakat seperti anak yatim, golongan tua dan pelajar sekolah
Program ini jujur melatih ilmu kepimpinan saya dalam menguruskan sesebuah organisasi
Lebih mengeratkan lagi ukhuwwah di antara saya dan ahli kumpulan
Comments