29. NORSHAFIKA BINTI CHE OMAR (IIN170018)
- Unit Media
- May 23, 2018
- 1 min read

Sebelum :
Sebelum program ini berlangsung saya dapat berkerjasama dengan ahli kumpulan yang lain dalam mencari dana dan juga menyiapkan barang-barang untuk menjalankan program ini dengan lancar.Selain itu,kami juga dapat bertukar-tukar idea dan fikiran dalam menetapkan aktiviti dan permainan yang bermanfaat kepada adik-adik di Ruqaiyah.
Semasa :
Semasa program ini berlangsung saya dapat melatih diri bercakap di hadapan orang ramai tanpa rasa gementar.Di samping itu, saya juga dapat melatih mendisiplinkan diri supaya menjadi tauladan yang baik kepada adik-adik untuk diikuti . Seterusnya, saya juga dapat mencari pengalaman dalam menguruskan sesuatu program itu dan dapat mengendalikan adik-adik supaya mengikuti program tanpa ada masalah disiplin.
Selepas :
Banyak ilmu yang saya dapat selepas menjalankan program ini seperti mencari dana, menyusun program, mengendalikan pelbagai jenis karenah adik-adik namun semua itu merupakan pengalaman manis yang tidak akan saya dapat dari tempat lain.Selain itu, dapat mengeratkan lagi silatulrahim antara kami sebagai fasilitator dan juga anak-anak yatim Ruqaiyah.
コメント