top of page

24. PUTERI MADEEHA SYARMILLA BINTI SUFIAN (IIO170030)

  • Writer: Unit Media
    Unit Media
  • May 23, 2018
  • 2 min read

FASA SEBELUM

Bagi saya perancangan kumpulan 2 Jalinan Masyarakat amatlah baik dan terancang,syukur Alhamdulillah MT yang dilantik amatlah bertanggungjawab dan ajk ajk yang dilantik berdasarkan skop masing masing juga tidak culas menjalankan tanggungjawab masing-masing samada sebelum ,semasa dan selepas program dijalankan.Tidak dapat disangkal bahawa segala perancangan yang kita lakukan adalah sebenarnya adalah Allah juga sebaik baik perancang.Pada mulanya kumpulan kami telah menetapkan tempat dan masa di sekolah yang berlainan dari tempat yang sebenarnya kami jalankan,akan tetapi,terdapat sedikit masalah dari sudut jadual sekolah dan jadual pihak kita,dan ada jugayang bataalkan ‘last minute’,maka pihak MT amat bersungguh –sungguh mencari tempat untuk berprogram dan menebarkan bakti pada masyarakat.Akhirnya,kami dapat tempat untuk menjalan kan program di team seperti ajk tajaan dan ajk program yang amat bersungguh sungguh mencari dana dan menjalankan TOT(Trains Of Trainer) sebelum program dilaksanakan.


FASA SEMASA

Pada hari kejadian,semua ahli bekerjasama untuk datang awal ke Um C ,tempat bas mengambil kami. Ketibaannya kami ke sana,pada mulanya suasana agak hambar mungkin sebab kekekokan dari ajk sendiri.tapi,selepas kami mengadakan ice breaking,game- game,saya dapat rasakan keeratan itu timbul bila kami knal sesame sendiri ibarat bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta.Ketika aktiviiti dijalankan bersama adik adik ,saya dapat rasakan semangat kekerjasamaan dikalangan ajk amat padu,dan kami tidak berkira untuk menolong dan meringankan beban antara kami.


FASA SELEPAS

Setelah selesai program Jalinan Masyarakat ini,kami dapat mengeratkan silaturrahim bersama adik adik dan juga sesama kami .dari program ini saya juga dapati ibu bapa adalah satu hadiah yang amat istimewa buat anak anak,maka hargailah mereka dan sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi kita.selai itu saya juga dapati bahawa adik adik Taman Rukaiyah ini amatlah kuat memikul ujian sebegitu rupa dan saya seringkali memuhasabah diri,apakah saya mampu memikul ujian sebegitu,jika ianya terjadi pada saya(nauzubillah).maka,melalui program ini juga mengajar saya erti bersyukur dengan apa yang saya dapat pada hari ini iaitu ibu bapa,dan rezeki yang masih lagi diberikan.Oleh Itu,program Jalinan Masyarakat ini amatlah baik untuk kita para mahasiswa dan mahasiswi,selain member khidmat,kita turut merasakan impaknya.

Commentaires


bottom of page