top of page

22. NUR HUSNA BINTI MOHD RAMLAN (IIN170023)

  • Writer: Unit Media
    Unit Media
  • May 23, 2018
  • 2 min read

Fasa perancangan:-

Saya selaku ajk bagi bahagian unit makanan, pada awalnya kami berbincang bersama-sama ajk unit makanan yang lain dalam merangka menu-menu yang akan kami makan bersama-sama dengan anak-anak yatim di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim Rukaiyah selama dua hari satu malam. Kami juga membincangkan berkenaan kos-kos yang diperlukan untuk membeli bahan-bahan masakan tersebut. Semasa dalam fasa perancangan ini saya dapat belajar untuk menguruskan hal-hal makanan dalam program ni. Selain itu, saya juga merasakan pengalaman sebegini amatlah berharga bagi saya.


Fasa semasa:-

Semasa program dijalankan, saya berasa sangat seronok kerana berpeluang untuk masak bersama ahli-ahli ajk yang lain. Ini kerana, saya seorang yang agak jarang untuk masuk ke dapur bagi membantu ibu saya memasak juadah kami sekeluarga. Disamping itu, saya juga dapat belajar serba sedikit skil-skil memasak daripada ahli ajk saya kerana mereka mempunyai kepakaran yang sangat tinggi dalam memasak. Seterusnya, saya juga berasa sangat gembira apabila makanan yang kami masak bersama-sama diterima baik oleh anak- anak yatim tersebut. Semasa program tersebut, kami juga ada menempah makanan daripada akak yang sudi menerima tempahan kami. Akan tetapi, saya berasa agak kecewa kerana makanan tersebut dihantar lewat dari waktu yang sepatutnya dihantar. Namun, alhamdulillah makanan tersebut sampai juga kepada kami. Saya berasa lega kerana anak-anak yatim dan kami tidaklah perlu menahan lapar dalam masa yang lama.


Fasa selepas:-

Selepas Program Jalinan Masyarakat SMPI ini tamat, saya dan ahli ajk makanan lain segera mengemas dan meletakkan balik peralatan memasak yang kami telah gunakan di tempat asalnya. Saya menganggap perbuatan ini adalah tanggungjawab bagi saya dan ahli ajk makanan lain. Saya juga berasa sangat bersyukur kerana mempunyai ahli ajk yang sangat membantu, bertanggungjawab dan ceria. Ini sekaligus mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami semua ahli jalinan masyarakat SMPI 2


コメント


bottom of page